Medac Akan Permudah Urusan Pinjaman Usahawan Wan Junaidi




Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mempermudah prosedur pinjaman kepada usahawan susulan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dihadapi untuk memulakan semula perniagaan ekoran pandemik COVID-19.
Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Ketua Setiausaha kementerian itu telah diminta untuk menjalankan kajian bagi meneliti semula proses berkaitan.
Menurutnya, ini berikutan terdapat banyak perusahaan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat hingga 9 Jun ini.
“Kita telah meminta Ketua Setiausaha (MEDAC) untuk buat satu kajian supaya semua proses lama yang merumitkan dan memakan masa (dihapuskan)…saya tak nak lagi dah. Saya nak bawa prosedur baharu supaya bantuan kepada peniaga dapat dipermudahkan.
“Berikutan keadaan sedemikian, kita telah membuka dua saluran bank dan satu koperasi sebagai sumber kewangan iaitu Bank Rakyat, SME Bank Bhd dan Tekun Nasional. Apabila sektor ekonomi dibuka sepenuhnya, usahawan dapat menggerakkan perniagaan mereka secepat mungkin,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan 400 pek juadah berbuka puasa sumbangan UDA Holdings Berhad (UDA) kepada warga kerja Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif UDA Mohd Salem Kailany, Pengerusi Bernama Suhaimi Sulaiman dan Ketua Pengarang merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Mokhtar Hussain.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata setakat ini, beliau dimaklumkan bahawa SME Bank Bhd telah menerima kira-kira 1,000 permohonan pinjaman, sekali gus membuktikan banyak syarikat berminat untuk mendapatkan sumber kewangan disediakan kerajaan.
“Banyak kaedah dan prosedur disyaratkan telah dipermudah termasuklah proses pengeluaran. Bahkan saya juga memberi arahan kepada Tekun Nasional agar tidak melengahkan kelulusan permohonan pinjaman,” katanya.
Selain itu, menyedari ramai usahawan wanita turut terjejas, Wan Junaidi berkata pihaknya telah mengagihkan RM80 juta kepada golongan itu menerusi Tekun Nasional.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan mahu melihat perubahan dalam arus perniagaan termasuk penggunaan platform perniagaan dalam talian seperti e-dagang dengan lebih meluas.
“Tidak ada lagi cara lama… benda yang kita perbaharui adalah dari segi penjenteraan dan pengkomputeran bagi memudahkan serta meningkatkan perniagaan mereka,” katanya.
— BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/12/medac-akan-permudah-urusan-pinjaman-usahawan-wan-junaidi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=medac-akan-permudah-urusan-pinjaman-usahawan-wan-junaidi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tekun Nasional Kemas Kini Cara Permohonan Dalam Talian Wan Junaidi

Tekun Nasional Kemas Kini Cara Permohonan Dalam Talian Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 441 hits
Assalamualaikum WBT Saya berharap pasca Perintah Kawalan Pergerakan nanti usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Mikro dapat meneroka model perniagaan baharu yang sesuai dengan norma baharu dunia Mereka yang masih dalam cara kovensiona...
Pks Diharap Dapat Meneroka Model Perniagaan Baru Wan Junaidi

Pks Diharap Dapat Meneroka Model Perniagaan Baru Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 563 hits
Assalamualaikum WBT Saya berharap pasca Perintah Kawalan Pergerakan nanti usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Mikro dapat meneroka model perniagaan baharu yang sesuai dengan norma baharu dunia Mereka yang masih dalam cara kovensiona...
Peruntukan Rm372 845 Juta Untuk Pelan Pemulihan Usahawan Medac

Peruntukan Rm372 845 Juta Untuk Pelan Pemulihan Usahawan Medac

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 352 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui agensinya TEKUN telah mewujudkan permohonan secara atas talian untuk Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro Sehingga 30 April 2020 jumlah permohonan yang diterima ad...
Bank Rakyat Tawar Pembiayaan Khas Sehingga Rm300 000 Wan Junaidi

Bank Rakyat Tawar Pembiayaan Khas Sehingga Rm300 000 Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 434 hits
Bank Rakyat mengambil langkah proaktif dalam membantu individu dan perniagaan yang terjejas daripada kesan ekonomi akibat pandemik COVID 19 yang berterusan dengan menawarkan pelbagai bantuan kewangan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperas...
Telemovie Remuk Saharul Ridzwan Shukri Yahaya Nabila Huda Wan Sharmila

Telemovie Remuk Saharul Ridzwan Shukri Yahaya Nabila Huda Wan Sharmila

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 951 hits
Telemovie Remuk Saharul Ridzwan Shukri Yahaya Nabila Huda Wan Sharmila Telemovie Remuk diulangtayang tadi Cik akak pernah menonton tahun lepas Telemovie ini mengisahkan seorang suami yang berkerjaya sebagai Warden Penjara Hajat untuk beraya...
Pks Dan Usahawan Mikro Disaran Ubah Strategi Pemasaran Model Perniagaan

Pks Dan Usahawan Mikro Disaran Ubah Strategi Pemasaran Model Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 560 hits
Perusahaan Kecil Dan Sederhana serta Usahawan Mikro disaran mengubah strategi pemasaran dan model perniagaan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku J...
5964 Peluang Bergelar Usahawan Virus Buster Malakat Tribune 13 05 2020

5964 Peluang Bergelar Usahawan Virus Buster Malakat Tribune 13 05 2020

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 376 hits
RAUDHAH CITY Virus Covid 19 yang melanda tanah air menyaksikan perkhidmatan nyah kuman diperlukan oleh banyak pihak membuatkan pihak Malakat Mall membuka peluang kepada usahawan menyertai program virus buster yang dijalankan oleh pihaknya K...
Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

Lrt3 Line Set For Dec 31 Launch Pending Final Safety Tests Says Transport Minister

Kuasai Kesihatan Anda Demi Mencegah Diabesiti

Anthony Joshua Akan Bertarung Dengan Jake Paul Dalam Pertarungan Tinju Di Miami

Ayu Raudhah Nafi Hamil Lagi Cukup Dah Tujuh Orang Ni

Pegang Pinggang Pelajar Dalam Surau Guru Dipenjara Tujuh Tahun Dua Sebatan

Pm Anwar Flies To Ethiopia South Africa And Kenya This Week To Boost Trade And Diplomacy

Rm5 Chicken Briyani Takes Internet By Storm A Case Of Too Cheap Or Is The Portion Small


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jodja City Mall Makan Ayam Taliwang

Laptop Kesayangan Rosak

Tips Sukatan Air Yang Sebenar Untuk Buat Agar Agar Tali Yang Lembut Dan Sedap

Restoran Seafood D Bendang Sekinchan Tempat Santai Untuk Pencinta Seafood Segar

Masak Masak Rumah Baru

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pengerusi Bernama Ppim 18 11 2025