Mcdonald S Cipta Malaysia Book Of Records Bagi Drive Thru Challenge Dalam Tempoh 24 Jam


hai assalammualaikum

McDonald's Cipta Malaysia Book Of Records Bagi " Drive-Thru Challenge " Dalam tempoh 24 Jam -  Baru-baru ni, McDonald's ada membuat " Cabaran Hujung Minggu Pandu-lalu McDonald's ( McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge) yang diadakan pada 26 hingga 28 April. Catatan jumlah kereta sepanjang tiga hari itu sejumlah 473,860 kenderaan mendapatkan hidangan mereka melalui Drive-Thru McDonald's di seluruh negara.


McDonald's Cipta Malaysia Book Of Records Bagi " Drive-Thru ChallengeDan pada hari kedua cabaran tersebut, iaitu pada 27 April , McDonald's telah mencipta rekod baharu, dengan jumlah kenderaan paling banyak menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu dalam tempoh 24 jam, sebanyak 164,235 kenderaan, menjadikan McDonald's Malaysia diiktiraf  secara rasmi sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi “Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu dalam Tempoh 24 Jam”. Dan jumlah ini telah diumumkan pada Hari Isnin 29 April, di majlis Drive-Thru Leadership for Customer Convenience di cawangan McDonald’s Kota Damansara. Tahniah McDonald's. Nad sendiri menjadi saksi pengumuman itu diucapkan.



‘McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge ’ melambangkan kemampuan McDonald’s untuk menguruskan segmen perniagaan yang semakin berkembang ini. Dalam usaha berterusan untuk mengembangkan perniagaan McDonald's di seluruh negara, segmen perniagaan Drive-Thru McDonald’s merupakan komponen penting dalam strategi perniagaannya. Mereka sentiasa komited untuk mengekalkan kepimpinan pasaran mereka dan pada masa sama meningkatkan lagi kecekapan operasi.

“Segmen perniagaan Drive-Thru telah menyumbang pertumbuhan yang cukup signifikan sejak restoran Drive-Thru pertama dibuka di McDonald’s Titiwangsa pada tahun 1988. Sejak daripada itu, segmen Drive-Thru telah menjadi kunci utama terhadap kejayaan syarikat, dimana jualan menerusi tingkap Drive-Thru menyumbang hampir 50 peratus jumlah jualan keseluruhan bagi semua 167 restoran Drive-Thru McDonald’s. Selain itu, kami juga melihat purata pertumbuhan sebanyak 10 peratus tahun ke tahun untuk jualan Drive-Thru bagi suku pertama tahun 2019,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Tambah Azmir Jaafar, syarikat mensasarkan untuk membuka 20 restoran Drive-Thru McDonald’s tahun ini. Ini akan memberi nilai tambah kepada 167 restoran Pandu-Lalu yang sedia ada hari ini.


Drive-Thru McDonald's Memudahkan Mereka Yang Sibuk Dengan Rutin Harian.

Nampaknya, ramai rakyat Malaysia menggunakan Drive-Thru ni untuk memudahkan mereka mendapatkan makanan ketika lapar atau sibuk. Bila perut lapar, malas nak makan dekat kedai, nak parking lagi, lambat pergi kerja, ramai anak tak boleh nak handle dalam restoran, benda senang untuk nad cari makanan ialah Drive-Thru McDonald's je..hehee. Perkhidmatan yang hanya memesan dan ambil makanan tanpa perlu keluar daripada kereta. Dah dapat makanan, terus jalan je pulang ke rumah atau memang dah lapar, boleh makan dalam kereta.

Nad pun kadang-kadang, pergi Drive-Thru McDonalds je kalau teringin nak makan McD. Kadang malas nak masuk dalam restoran, nak cari parking lagi, nak beratur order makanan lagi..huhu..Kalau ikutkan nad lagi senang order Drive-Thru je.


Memang mudah dan pantas bila guna drive-thru ni, lagi-lagi buat mereka yang sibuk dengan rutin harian. Faktor utama yang mendorong pelanggan menggunakan perkhidmatan drive-thru ni bukan sahaja mudah malah efisien dan menjimatkan masa. Lagipun McDonald's ni ada di mana-mana lokasi dan mudah didapati.

Pihak McDonalds akan melaksanakan lebih banyak inisiatif lagi untuk pelanggan pada masa hadapan dan mereka yakin, mereka mampu memenuhi keperluan makanan yang lazat untuk dihidangkan kepada pelanggan dengan pelbagai citarasa tanpa mengira masa apabila mereka pergi ke McDonald's.

Menjelang tahun 2021, McDonald’s Malaysia mensasarkan 70 peratus restoran McDonald’s di seluruh negara untuk menjadi restoran Drive-Thru.


Sekali lagi, tahniah kepada McDonald's Malaysia kerana telah mencipta nama di Malaysia Book Of Records. Semoga terus maju.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.mcdonalds.com.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2019/05/mcdonalds-cipta-malaysia-book-of.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keberkesanan Mcdonald S Drive Thru Dalam Memenuhi Permintaan Pelanggan

Keberkesanan Mcdonald S Drive Thru Dalam Memenuhi Permintaan Pelanggan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 573 hits
Bukan sekali tapi dah berkali kali aku guna servis mereka ni Apa tu Haa ni dia McDonald s Drive Thru Tipu la kan kalau ada orang yang tak tahu kewujudan drive thru ni Boleh kata dalam sesuatu kawasan at least mesti ada satu kaunter drive th...
Mcdonald S Drive Thru Memenuhi Gaya Hidup Yang Sibuk

Mcdonald S Drive Thru Memenuhi Gaya Hidup Yang Sibuk

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 959 hits
Assalamualaikum Hye korang bila zaman dah makin berubah dunia makin maju dan semua boleh di buat melalui hujung jari je bermakna kita pun kadang kadang makin sibuk hingga kan sesetengah yang berkerjaya nak makan di restoran pun tak sempat k...
Aksb Bab 7 Terima Anugerah The Malaysia Book Of Records

Aksb Bab 7 Terima Anugerah The Malaysia Book Of Records

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 403 hits
Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad pernah dianugerahkan Largest Groundwater Operator yang disahkan oleh The Malaysia Book Of Records pada 20 November 2018 Rekod itu satu pengiktirafan mengenai operasi AKSB yang menggunakan sumber air ba...
Malaysia Airlines Domestic Raya Promo Book Selected One Way Domestic Flights With Malaysia Airlines

Malaysia Airlines Domestic Raya Promo Book Selected One Way Domestic Flights With Malaysia Airlines

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 839 hits
Malaysia Airlines Domestic Raya Promo Book selected one way domestic flights with Malaysia Airlines
Rm120k Pakai Dekat Tangan Je Netizen Malaysia Memang Power Sampai Jam Tangan Alif Satar Pun Jadi Bahan

Rm120k Pakai Dekat Tangan Je Netizen Malaysia Memang Power Sampai Jam Tangan Alif Satar Pun Jadi Bahan

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 850 hits
RM120k Pakai Dekat Tangan Je Netizen Malaysia Memang Power Sampai Jam Tangan Alif Satar Pun Jadi Bahan Sejak semalam konflik rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah kembali sensasi lalu menjadi perbualan hangat di kalangan netiz...
Majlis Iftar Bersama Anak Anak Yatim Anjuran Mcdonald S Malaysia

Majlis Iftar Bersama Anak Anak Yatim Anjuran Mcdonald S Malaysia

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 386 hits
Majlis iftar bersama anak anak yatim anjuran McDONALD S MALAYSIA dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia dengan kerjasama PPZ MAIWP bersama tetamu kehormat SS Mufti Wilayah Persekutuan Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadan yan...
Shamsubahrin Berikan Tempoh 72 Jam Kepada Anthony Loke

Shamsubahrin Berikan Tempoh 72 Jam Kepada Anthony Loke

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR Pengasas dan Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail memberi tempoh 72 jam kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook bagi menarik balik kelonggaran pengambilan lesen kenderaan pengangkutan ...
Menurut Kajian Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Tercantik Dan Terkacak Di Malaysia

Menurut Kajian Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Tercantik Dan Terkacak Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 432 hits
Member member saya yang bukan berasal dari pantai timur kalau ada peluang berjumpa suka sangat tanya soalan iniApe korang makan yea sebab aku tengah orang dari tempat kau mesti lawa kawaPayah saya nak menjawab soalan itu Takdenya kita kat s...
Anwar Bebas Buat Keputusan Yang Difikir Terbaik Untuk Malaysia

Anwar Bebas Buat Keputusan Yang Difikir Terbaik Untuk Malaysia

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 394 hits
WAWANCARA Dr Mahathir berkata beliau akan mematuhi pelan peralihan kuasa dan tidak akan campur tangan selepas itu
The Future Of Green Energy

Apa Yang Dilepaskan Dari Otot Jantung Jika Berlaku Serangan Jantung

Tolak Petronas Sarawak Berisiko Dikawal Pihak Asing Zaid Beri Amaran

Skop Tugas Sebenar Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1

Buffet Ramadan Johor Di Bara Stulang Jb Dengan Menu Ala Carte

Panduankini Akta Pembaharuan Semula Bandar Apa Kita Tahu Setakat Ini

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

Pbt Suat Muslihat Bersama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Collaborate And Innovate For Economic Resilience

From 5 Sen To Rm5 In A Space Of 60 Years

Muslims In Indonesia To Begin Fasting Tomorrow

Aiken Bha Pha Bright Pore Refining Exfoliating Gel

Gula Dan Kanser Memahami Hubungannya

2025 Predictions Future Of Domains