Mcdonald S Drive Thru Memenuhi Gaya Hidup Yang Sibuk
Assalamualaikum ~
Hye korang , bila zaman dah makin berubah , dunia makin maju dan semua boleh di buat melalui hujung jari je bermakna kita pun kadang-kadang makin sibuk , hingga kan sesetengah yang berkerjaya nak makan di restoran pun tak sempat kan , kadang-kadang bila dah penat memang tak larat nak makan di kedai / restoran dan memilih untuk 'take away'
Yang bestnya , McDonald’s Malaysia memberi fokus terhadap segmen perniagaan Pandu-Lalu di seluruh negara bagi memenuhi trend yang kian berubah dalam kalangan pelanggan, yang kini mencari perkhidmatan yang mudah, pantas dan mesra bagi melengkapi gaya hidup yang sibuk.
Berdasarkan satu kajian, Pandu-Lalu McDonald’s memenuhi keperluan pelanggan dalam memberikan kemudahan semasa waktu makan. Faktor utama yang mendorong pelanggan menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu adalah disebabkan ia adalah mudah dan efisien.
Kajian tersebut turut menambah bahawa kelebihan Pandu-Lalu tidak terhad kepada manfaat yang bersifat praktikal, tetapi juga manfaat bersifat emosional kepada pelanggan. Selain memberikan kemudahan, pelanggan berasa lebih tenang dan yakin kerana telah berjaya menjimatkan masa sebaik mungkin
Terkini, McDonald’s berbangga memimpin pasaran perkhidmatan Pandu-Lalu, dimana syarikat ini dikenal pasti sebagai jenama yang boleh dipercayai dan mudah didapati di Malaysia. Dalam usaha berterusan untuk mengembangkan perniagaannya di seluruh negara, segmen perniagaan Pandu-Lalu McDonald’s merupakan komponen penting dalam strategi perniagaannya, bagi membolehkan McDonald’s terus memimpin pasaran dan memenuhi janjinya untuk menghidang makanan yang lazat dan memberi pengalaman yang indah kepada para pelanggan setianya dimana sahaja tanpa mengira masa.
Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar, syarikat mensasarkan untuk membuka 20 restoran Pandu-Lalu McDonald’s tahun ini. Ini akan memberi nilai tambah kepada 167 restoran Pandu-Lalu yang sedia ada hari ini
“Segmen perniagaan Pandu-Lalu telah menyumbang pertumbuhan yang cukup signifikan sejak restoran Pandu-Lalu pertama dibuka di McDonald’s Titiwangsa pada tahun 1988. Sejak daripada itu, segmen Pandu-Lalu telah menjadi kunci utama terhadap kejayaan syarikat, dimana jualan menerusi tingkap Pandu-Lalu menyumbang hampir 50 peratus jumlah jualan keseluruhan bagi semua 167 restoran Pandu-Lalu McDonald’s. Selain itu, kami juga melihat purata pertumbuhan sebanyak 10 peratus tahun ke tahun untuk jualan Pandu-Lalu bagi suku pertama tahun 2019,” kata Azmir.
“Menjelang tahun 2021, McDonald’s Malaysia mensasarkan 70 peratus restoran McDonald’s di seluruh negara untuk menjadi restoran Pandu-Lalu,” tambah Azmir.
Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald's
Rangkaian restoran khidmat segera yang memimpin segmen perniagaan Pandu-Lalu ini memperkukuhkan lagi kemampuannya dengan mengadakan ‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’ (McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge) yang diadakan pada 26 hingga 28 April. Sepanjang tiga hari tersebut, sejumlah 473,860 kenderaan mendapatkan hidangan McDonald’s kegemaran mereka dari 167 restoran Pandu-Lalu McDonald’s di seluruh negara. Jumlah kenderaan ini jika diukur kepanjangannya adalah bersamaan dengan kira-kira 150 kali ganda kepanjangan Jambatan Pulau Pinang yang pertama.
Selain itu, McDonald’s juga berjaya mencipta rekod baharu pada 27 April dengan jumlah kenderaan paling banyak menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu dalam tempoh 24 jam, dengan sejumlah 164,235 kenderaan. Ini menjadikan McDonald’s Malaysia diiktiraf secara rasmi sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi “Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu dalam Tempoh 24 Jam”
McDonald’s Malaysia sebelum ini telah memegang rekod bagi jumlah kenderaan paling tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu pada Ogos 2008, dimana 18,677 kenderaan telah melalui 53 restoran Pandu-Lalu McDonald’s di seluruh negara mulai jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Tahun sebelumnya pula, McDonald’s mencatat rekod 7,186 kenderaan melalui 49 restoran Pandu-Lalu McDonald’s antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang
‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’ melambangkan kemampuan McDonald’s untuk menguruskan segmen perniagaan yang semakin berkembang ini. Selain itu, McDonald’s juga menjangkakan 10 hingga 15 peratus peningkatan jumlah kenderaan yang melalui restoran-restoran Pandu-Lalu McDonald’s pada masa hadapan berdasarkan perkembangan pesat segmen perniagaan ini
Satu inisiatif menarik juga telah dilancarkan menerusi McDonald’s App mulai 17 hingga 30 April sempena ‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’. Drive-Thru Hero Challenge telah mewujudkan keterujaan dalam kalangan pelanggan dimana ia menggalakkan mereka untuk menuju ke sebanyak restoran Pandu-Lalu McDonald’s yang mungkin dan berpeluang menjadi Top 10 Drive-Thru Heroes
Satu perhentian ke restoran Pandu-Lalu McDonald’s adalah bersamaan 10 mata, dan Top 10 Drive-Thru Heroes menerima ganjaran wang tunai berdasarkan jumlah mata yang dikumpul. Bagi pelanggan-pelanggan lain pula, setiap 5 perhentian di mana-mana restoran Pandu-Lalu McDonald’s membolehkan mereka mendapatkan tawaran tertentu daripada menu hidangan McDonald’s.
Qaseh pun selalu sangat menggunakan perkhidmatan Drive Thru ni sebab sangat memudahkan dan menjimatkan masa , kadang bila balik kampung McDonald's memang pilihan terbaik untuk di bawa bersama heheh .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2019/05/mcdonalds-drive-thru-memenuhi-gaya.html