Mbi Kedah Jalin Kerjasama Bangunkan Sektor Tenaga Hijau Dan Tenaga Boleh Diperbaharui




RABU (09.10.2019)

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah) hari ini menjalin dua kerjasama bagi membangunkan sektor Tenaga Hijau dan Tenaga Boleh Diperbaharui di negeri Kedah.

Jalinan kerjasama ini membabitkan MBI Kedah bersama Lembaga Pertanian Muda (MADA) dan MBI Kedah bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan GreenTech Malaysia.

Majlis yang diadakan sempena 10th International GreenTech & Eco Products Exhibition & Conference disaksikan oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin serta Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ooi Tze Min.

MBI Kedah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Mahadi Mohamad, manakala MADA diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar (Teknikal), Syed Zainuddin Syed Zain.

Bagi jalinan kerjasama kedua, GreenTech diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Ahmad Syed Mustafa manakala LADA diwakili Ketua Penolong Pengurus Kanan Bahagian Pelancongan, Norazhar Anas.

Jalinan kerjasama antara MBI Kedah dan MADA adalah bagi membangunkan sektor tenaga boleh diperbaharui di dalam kawasan MADA, manakala kerjasama bersama dua agensi lain bertujuan membangunkan mobiliti lestari di Pulau Langkawi.

Pembangunan ini termaktub di dalam rangka Pelan Induk Tenaga Hijau dan Tenaga Boleh Diperharui Negeri Kedah yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Julai lalu.

Pelan induk tersebut menggariskan beberapa aktiviti utama dalam pembangunan tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui di Kedah, termasuklah solar, biomas, biogas dan tenaga hidro sebagai salah satu cara bagi memastikan kelestarian alam selain menjana pendapatan baharu untuk negeri.

Bagi kerjasama bersama MADA, MBI Kedah berhasrat membangunkan beberapa projek antaranya solar terapung, tenaga hidro serta meneroka potensi pembinaan turbin angin di kawasan sekitar Tasik Pedu, Tasik Ahning dan Tasik Muda.

Ketiga-tiga kawasan yang berada di bawah seliaan MADA itu berpotensi untuk dibangunkan dengan projek berkenaan kerana memiliki kawasan takungan air yang luas selain bentuk muka bumi yang berbukit.

Pembangunan projek ini mampu menyelesaikan isu tanah selain mendatangkan pelbagai manfaat antaranya pemerkasaan sosio-ekonomi setempat. Langkah itu juga mampu membuka peluang pekerjaan baharu kepada penduduk setempat selain memanfaatkan mereka yang terlibat dalam sektor ternakan dan pertanian.

Selain itu, kerajaan negeri turut bercadang untuk menjadikan kawasan itu sebagai pusat kecemerlangan bagi penyelidikan tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui untuk dimanfaatkan mana-mana pihak termasuk sektor kerajaan, swasta mahu pun institusi pengajian tinggi.

Kolaborasi ini selaras dengan matlamat utama MADA untuk mendidik golongan petani agar dapat menerima transformasi baharu dari aspek amalan, teknologi moden dan pendekatan diambil dalam sektor pertanian.

Manakala bagi usahasama di Langkawi, MBI Kedah berhasrat menjadikan pulau legenda itu sebagai kawasan rendah karbon, sesuai dengan statusnya sebagai salah satu destinasi pelancongan terkemuka dunia.

Pembangunan ini juga selaras dengan titah Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah baru-baru ini, yang menyarankan supaya Langkawi dijadikan sebagai pulau rendah karbon bagi mengekalkan statusnya sebagai antara 10 pulau peranginan terbaik di dunia.

Kerjasama antara ketiga-tiga pihak ini akan menumpukan kepada pengangkutan darat terutamanya kenderaan milik kerajaan serta pengangkutan awam. Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan persekitaran yang baik dan melestarikan alam sekitar di pulau tersebut.

Menerusi kerjasama ini, MBI Kedah bersama dengan LADA dan GreenTech berhasrat untuk menjadi katalis dalam pembangungan mobiliti lestari di pulau legenda tersebut.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab memacu pembangunan Langkawi, LADA mampu memainkan peranan dengan mengeluarkan polisi untuk memberi ruang kepada penggunaan lebih banyak kenderaan elektrik, bagi mengurangkan pengeluaran karbon di pulau tersebut.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mukhrizmahathirfc.blogspot.com/2019/10/mbi-kedah-jalin-kerjasama-bangunkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mbi Kedah Cypark Resources Berhad Jalin Kerjasama

Mbi Kedah Cypark Resources Berhad Jalin Kerjasama

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 364 hits
10 10 2019KUALA LUMPUR Perbadanan Menteri Besar Kedah hari ini menjalin kerjasama dengan Cypark Resources Berhad bagi projek pembekalan tenaga boleh diperbaharui kepada bangunan dimiliki dan berkaitan kerajaan negeri Projek ini terletak di ...
Gelombang Tolak Umno Masih Kuat Di Kedah Kerjasama Sukar

Gelombang Tolak Umno Masih Kuat Di Kedah Kerjasama Sukar

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 285 hits
Meskipun sudah menjalinkan kerjasama tidak begitu mudah untuk Pas dan Umno meraih sokongan pengundi di Kedah pada pilihan raya akan datang Pengarah Komunikasi Amanah Kedah Ustaz Ridzwan Abu Bakar berkata sukar untuk Pas Umno meraih sokongan...
Buka Pasar Ekspor Baru Ri Jalin Kerjasama Dagang Dengan Negara Eurasia

Buka Pasar Ekspor Baru Ri Jalin Kerjasama Dagang Dengan Negara Eurasia

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 260 hits
MOC akan dijadikan landasan bagi kedua pihak untuk memulai kerjasama teknis di berbagai bidang guna peningkatan perdagangan dan investasi seperti pertukaran informasi dan pengalaman studi bersama dan mendorong interaksi bisnis Bidang kerjas...
Wow Kementerian Cadang Naikkan Cuti Bersalin 98 Hari Bagi Sektor Swasta Boleh Rehat Sambil Jaga Anak

Wow Kementerian Cadang Naikkan Cuti Bersalin 98 Hari Bagi Sektor Swasta Boleh Rehat Sambil Jaga Anak

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 273 hits
Dalam masyarakat Melayu berpantang adalah amalan turun temurun yang masih diamalkan sehingga ke hari ini kerana ada banyak manfaat dengan amalan tersebut Tambahan pula ada berita gembira baru baru ini apabila Kementerian Sumber Manusia menc...
Kesan Surah Ad Dhuha Boleh Mengubah Kehidupan Kita

Kesan Surah Ad Dhuha Boleh Mengubah Kehidupan Kita

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 273 hits
Kesan Surah Ad Dhuha Boleh Mengubah Kehidupan Kita Kebanyakan daripada kita tahu dan hafal Surah Ad Dhuha dan makna yang disampaikan agak mudah untuk difahami apabila berulang kali membacanya Namun adakah kita pernah sedar bahawa surah Ad D...
Selalu Sangat Drive Thru Seawal Usia 6 Tahun Anak Dah Boleh Dapat Darah Tinggi

Selalu Sangat Drive Thru Seawal Usia 6 Tahun Anak Dah Boleh Dapat Darah Tinggi

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 486 hits
Bagi mereka yang mempunyai anak sila perhatikan anak anda terutamanya bagi mereka yang telah bersekolah Ada satu trend yang membimbangkan sedang berlaku terhadap kanak kanak di seluruh dunia Mungkin anak anda merupakan salah seorang daripad...
Tak Boleh Dah Kata Quran Itu Kitab Suci Noran Zamini

Tak Boleh Dah Kata Quran Itu Kitab Suci Noran Zamini

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 886 hits
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang membimbangkan umat Islam muncul Ini antaranya Saksikan huraian dan penjelasannya
Cara Cara Kesan Kemurungan Awal Dan Bantuan Segera Yang Boleh Diberikan

Cara Cara Kesan Kemurungan Awal Dan Bantuan Segera Yang Boleh Diberikan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 629 hits
Cara Cara Kesan Kemurungan Awal Dan Bantuan Segera Yang Boleh Diberikan Kemurungan tak boleh dibuat main ya sebab ada banyak sebab kejadian yang tak diingini berlaku disebabkan kemurungan awal Iaitu kemurungan ringan yang ramai orang pandan...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Pakej Percutian Turki


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Dulu Aku Boss Dia Hari Ini Aku Belajar Dari Dia

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Conflation A Political Tool To Muck Things Up

Yummy Rojak Mee

Menerima Surat Kenaikan Pangkat Ke Gred Dg54