Maybank Qrpay Tawarkan Rebat Tunai 20 Di Pg Mall
Assalamualaikum w.b.t
Hai hampa! ❤️Semoga sihat sejahtera buat semuanya. Lamanya Husna tak bersiaran. Teringin nak aktif macam dulu balik, sekurang-kurangnya 2-3 post setiap bulan. Tapi ada beberapa kekangan yang buat Husna tangguh dulu sekejap, kita fokus pada tugas yang hakiki saja dulu.
Terlebih dahulu, sebelum terlambat Husna dan Seisi keluarga nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua umat Islam yang merayakannya. Siapa sangka tahun ni kita sambut Aidilfitri dengan cara yang baharu yang bakal menjadi kebiasaan, yang mana salah satunya, kebersihan dititikberatkan.
Kalau dulu kita tak pandai nak selindung bila batuk atau bersin, sekarang kita dah terbiasa. Kalau dulu jumpa anak orang main tenyeh je hidung dia dengan hidung kita tanpa rasa bersalah, sekarang kita dah pandai hormat mak pak dia. Kita dah semakin berjaga-jaga dengan kebersihan diri kita sendiri. Alhamdulillah, ada hikmahnya.
Banyak sebenarnya kalau nak dihuraikan, tapi bukan itu motifnya Husna muncul hari ni. Sebabnya ada isu yang lagi penting Husna nak kongsi dengan hampa.
Maybank QRPay Tawarkan Rebat Tunai Sebanyak 20% di PG Mall
Apa itu PG Mall?
PG Mall adalah platform e-dagang tempatan No. 1 di Malaysia, yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. dan disokong penuh oleh Kumpuan PG. PG Mall telah ditubuhkan sejak tahun 2017, bertujuan untuk menghadirkan platform perniagaan yang boleh dipercayai untuk para peniaga dan seterusnya kepada para pembeli.
Untuk pengetahuan, menerusi laporan iPrice Insight, PG Mall sebenarnya berada di kedudukan ke-3 teratas yang menjadi pilihan para pembeli atas talian selepas Shopee dan Lazada. Seperti di laman yang lain juga pembeli di PG Mall ditawarkan pelbagai pilihan produk mulai dari elektronik, fesyen, buku, kelengkapan rumah, makanan dan minuman, alatan sukan dan riadah, kelengkapan bayi, kesihatan dan kecantikan, dan sebagainya.
Maybank QRPay Cashback
Istimewa buat pelanggan Maybank, PG Mall menawarkan Rebat Tunai Sebanyak 20%buat mereka yang membeli-belah atas talian dengan menggunakan Maybank QRPay.
*Tertakluk pada terma dan syarat.Diskaun 20% terhad pada RM20 dengan perbelanjaan minimum RM30Penggunaan sebanyak 2 kali selama promosi berlangsungTempoh promosi 04 Mei 2020 – 26 Jun 2020Durian runtuh: 2 kali x RM20 = RM40bagi setiap akaun Maybank untuk shopping di PGMall.
Konsep ConsuMerchant
Bukan itu sahaja, PG Mall turut menghargai para pelanggannya dengan memperkenalkan Konsep ConsuMerchant, yang mana para pembeli ni layak untuk “Forever Cashback” sehingga 3.5% dengan hanya Shop, Share and Earn.
Sangat mudah! Caranya kita cuma perlu membuat pembelian atas talian di PG Mall, kongsikan pengalaman dan dapat ganjaran setelah pengguna yang lain berjaya daftar keluar (check out) menggunakan pautan yang dikongsikan.
Peratusan rebat tunai bergantung pada kedudukan pembeli - Super Shopper, Premium Shopper dan Elite Shopper. Senang cerita lagi banyak kita membeli-belah di PG Mall, lagi tinggi peluang tersebut. Klik pautan Konsep ConsuMerchant untuk maklumat lanjut ya.
Jom Shopping di PG Mall! Siapa je yang tak suka cashback betul tak. Kebanyakan dari kita kalau boleh nak membeli sambil berjimat. Apa tunggu lagi, sangat berbaloi bagi mereka yang suka sangat membeli-belah atas talian, lagi-lagi di musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Masing-masing belum berani sepenuhnya untuk keluar rumah kan. Stay safe Everyone!
Untuk maklumat lanjut mengenai PG Mall, boleh layari laman tersebut:
Website: www.pgmall.my
Facebook: PGMall Official
Instagram: PGMall.my
#PGMall #OnlineShopping #Shopping #MalaysiaNo1ECommercePlatform #ECommercePlatform #MaybankQRPayCashback #Maybank2u #Maybank #ShopOnline #ShopFromHome
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://husnazahidi.blogspot.com/2020/05/maybank-qrpay-tawarkan-rebat-tunai-20.html