Maya Karim Minda Yang Dipateri Penjajah Inggeris



HALAMAN HIBURAN‘Ombak Rindu’ Maya Karin, mabukkan Terengganu KADANG-kadang, suka juga hati ini, sesekali keluar dari kebiasaan penulisan politik ini. Maya Karin, satu nama besar dalam industri filem tempatan. 
Sememangnya anak kacukan Jerman itu sudah sangat popular dengan sama ada lakonan ataupun mungkin gosip yang melibatkan dirinya. Tetapi semalam, Maya dilihat lebih popular di alam maya, terutama kepada anak Terengganu. Ia berikutan hantarannya di‘Twitter’ yang dilihat seperti menghina anak Terengganu berumur 10 tahun, hanya kerana gagal menjawab pertanyaan beliau dalam bahasa Inggeris.
Pada ramai orang, maksud ayat itu menjurus kepada cubaan memalukan orang Terengganu. Untuk sesetengah yang lain pula, ianya biasa sahaja. Bagi berlaku adil kepada Maya, Maya harus menjelaskan kepada semua apakah maksud di sebalik hantarannya itu, sehingga menimbulkan kemarahan orang Terengganu dengan maksud yang tergantung itu. 

Bukan sedikit sindiran yang dihantar kepada Maya sebagai tanda protes rakyat Terengganu.Saya cuba mencari logik di sebalik ayat-ayat yang Maya tulis itu. Jika Maya bermaksud, budak itu bodoh kerana tidak tahu berbahasa Inggeris, maka Maya tersilap besar, kerana bahasa bukannya indikasi kepandaian seseorang. Mike Tyson, sewaktu kegemilangannya, dikatakan mempunyai IQ sama kualitinya dengan budak berumur 15 tahun, walaupun penuh mulut bercakap Inggeris. 
Sebab itu Don King senang memulas kepalanya. Lihat pula kemajuan Negara Jepun dan Jerman yang sangat sedikit bilangan mereka yang pandai berbahasa Inggeris.

Kita masih di takuk lama jika meletakkan Bahasa Inggeris sebagai lambang kebijaksanaan. Ia membawa kita kembali ke zaman kuno, suatu ketika dahulu, ketika Inggeris menjajah kita, Melayu yang berkerja di pejabat-pejabat Inggeris, dianggap sebagai orang yang terhormat. Sehinggakan si supir yang tidak tahu menulis dan membacapun, dicari oleh mak dan ayah yang mempunyai anak dara bagi menjodohkan anak-anak mereka dengan supir yang buta huruf itu.

Begitulah minda yang telah dipateri oleh Inggeris, apa sahaja daripada mereka, ianya pasti moden, maju, cerdik, gagah dan lain-lain kehebatan. Jika si supir yang tidak tahu membaca itu boleh dipanggil tuan atau encik kerana duduk di pejabat orang putih, maka apa lagi dengan ‘peon’atau kerani. Mungkin menjadi gila ibu bapa jika penyelia pejabat Inggeris mahu meminang anak dara mereka. Ini semua kononnya kerana jaminan masa depan.

Perlu juga diketahui Maya, yang Tanah Melayu dahulu dibahagi kepada tiga bahagian negeri iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Beza jelas antara ketiga-tiga negeri ini ialah kemajuan. Mungkin Johor, boleh dikecualikan kerana mereka telah lama menerima pembangunan. Tetapi Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, tidak menerima nasib yang sebaik negeri-negeri lain, mereka seperti disisihkan oleh Inggeris.

Terengganu ialah negeri terakhir mendapat penasihat Inggeris, setelah sekian lama mereka mencuba. Pembangunan di Terengganu sebelum penemuan petroleum dikatakan sebagai sangat jauh ketinggalan. Pernah diibaratkan orang buta yang menaiki kenderaan dari Pahang, mereka mengetahui sebaik sahaja memasuki Terengganu, kerana terlalu teruknya jalan di sini.

Sehingga sekarang, Terengganu tidaklah dipandang terhormat oleh orang lain, mungkin kerana cerita lama ini. Ditambah pula Terengganu dahulu, selalu mendapat tempat kedua negeri termiskin
Tetapi keadaan membuktikan sebaliknya sekarang, terutama pada zaman serba canggih ini. Pelajar-pelajar Terengganu sentiasa memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama kebangsaan.

Terengganu juga sentiasa berada dalam kelas tersendiri dalam bidang sukan, terutama untuk kejohanan bawah umur. Diisytiharkan dalam kajian UKM bahawa, paling ramai genius ialah rakyat Terengganu. Ianya kekal untuk beberapa tahun. Tidak kurang nama-nama individu dalam senarai insan hebat negara, berasal dari Terengganu.

Oleh kerana sikap memandang Terengganu sebagai negeri yang tertinggal, sedangkan ianya tidak sebegitu, ia menyebabkan orang Terengganu mungkin kelihatan agak bersikap sedikit kenegerian dan janggal dengan orang luar. Hal ini seperti yang berlaku kepada rakyat Korea, yang mana kerana tekanan yang terlalu tinggi akibat selalu berperang, maka mereka tidak mempercayai orang luar.

Sangat sukar untuk menembusi kepercayaan orang-orang Korea. Begitulah sedikit sebanyak sosiologi yang perlu Maya fahami mengenai Terengganu
Dan jika Maya cuba mahu mengatakan bahawa kanak-kanak itu tercicir, seharusnya Maya bertanya dahulu kanak-kanak itu sama ada sedang bersekolah atau tidak. Atau jika mahu mengadu kepada Menteri Pendidikan kerana pelajar itu tidak mampu menjawab soalan mudah, Maya seharusnya bertanya juga kepada kanak-kanak lain.

Dan jika Maya merasakan seorang kanak-kanak itu melambangkan kepada kegagalan pendidikan, saya walaupun tidak menggemari Dr Maszlee, terpaksa menyokong beliau dan meminta Maya melakukan kerja yang lebih berfaedah.

Maya Karin mempunyai ijazah dari Universiti Lim Kok Wing, pastinya tahu bagaimana mahu mengambil sampel kepada sesuatu kajian atau dapatan. Ia tidak boleh dilakukan ke atas seorang budak daripada sejuta keseluruhan penduduk Terengganu untuk dibuat hipotesis. Kajian Maya itu langsung tidak akan diterima. Atau adakah kehadiran Maya dengan niat untuk menjadi duta kepada PH, memperlekehkan Terengganu, maka selayaknyalah Maya diperlakukan seperti sekarang oleh rakyat Terengganu.

Jadi Maya Karin perlu menjelaskan kepada semua, terutamanya kepada orang Terengganu, apakah tujuan hantaran beliau itu dan atas parameter apakah Maya melakukannya. Harapnya bukan publisiti murahan. Jangan dibiarkan ‘Ombak Rindu’ itu, memabukkan rakyat Terengganu.

Redakan ombak itu dan jika perlu, memohon maaf atas sikap yang mungkin agak terlalu cepat melatah dengan ‘kajian’ sendiri itu atau sikap ini akhirnya akan memberikan persepsi yang tidak bagus terhadap diri Maya sendiri.


Maya Karin juga boleh rujuk senarai kejayaan anak Terengganu yang mana saya yakin ia telah disedari oleh Maszlee Malik di bawah:https://www.utusan.com.my/berita/nasional/spm-sabk-smka-terengganu-dominasi-senarai-terbaik-kebangsaan-1.628223https://www.sinarharian.com.my/article/18013/EDISI/Terengganu/SPM-2018-Terengganu-kekal-rekod-terbaikhttps://www.bharian.com.my/node/225392https://www.utusan.com.my/sukan/juara-sukma-terengganu-cuti-30-september-1.753079 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/261827/terengganu-paling-ramai-genius MOHD NASIR ABDULLAH
6 Oktober 2019 - HARAKAHDAILY 6/10/2019


Lihat lagi..E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/maya-karim-minda-yang-dipateri-penjajah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tweet Maya Karin Dikecam Hebat Cetus Persepsi Orang Terengganu Lemah Bahasa Inggeris

Tweet Maya Karin Dikecam Hebat Cetus Persepsi Orang Terengganu Lemah Bahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 661 hits
Sejak akhir akhir ini nampak nama pelakon Maya Karin menjadi topik bualan di media sosial gara gara tweet yang dibuatnya berhubung isu bahasa English Pelakon tersebut yang berada Kuala Terengganu bagi menjalankan kempen membaca telah menuli...
Dikecam Kononnya Perlekehkan Kanak Kanak Tak Faham Bahasa Inggeris Maya Karin Jelaskan Niat Sebenar

Dikecam Kononnya Perlekehkan Kanak Kanak Tak Faham Bahasa Inggeris Maya Karin Jelaskan Niat Sebenar

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 921 hits
Selebriti terkenal Tanah Air Maya Karin tular baru baru ini apabila status yang dimuatnaik di laman Twitter mendapat kecaman netizen Netizen mendakwa selebriti ini seakan tidak menjaga sensitiviti masyarakat Status yang dimuatnaik juga mend...
Isu Bahasa Inggeris Ini Jawapan Anak Terengganu Untuk Maya Karin

Isu Bahasa Inggeris Ini Jawapan Anak Terengganu Untuk Maya Karin

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 630 hits
SOSMED Nampaknya kicauan Maya Karin mengenai tahap penguasaan Bahasa Inggeris bagi murid sekolah rendah di Terengganu mendapat kecaman hebat dari orang Terengganu Saya bertanya pada seorang budak perempuan masa program saya di Terengganu Be...
Soal Selidik Saringan Minda Sihat

Soal Selidik Saringan Minda Sihat

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 504 hits
DASS adalah singkatan kepada Depression Anxiety Stress Scale Bagi mudah difahami DASS merujuk kepada soal selidik untuk menguji sama ada individu itu sama ada mereka berada dalam kondisi Tekanan Kebimbangan atau Kemurungan Hal ini mungkin d...
Iq Danish Almas Makanan Minda

Iq Danish Almas Makanan Minda

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 430 hits
IQ Danish Almas didatangkan dalam dua perisa kegemaran kanak kanak coklat atau strawberi Sesuai untuk para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Formulasi terbaik untuk anak anda Boleh diambil seawal usia 2 tahun ke atas Kebaikan dan kha...
Tablet Abqari Minda Genius

Tablet Abqari Minda Genius

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 241 hits
Tablet Abqori Minda Genius merupakan produk makanan coklat minda yang diperbuat dari bahan makanan sunnah dan juga makanan berhasiat yang lain khusus untuk meningkatkan pembelajaran dan ketahanan badan anak anak Abqori Minda Genius dihasilk...
Bahasa Inggeris Tak Betul Tak Jadi Masalah Saya Tak Malu Kerana Itu Bukan Bahasa Ibunda Saya Tunku Azizah

Bahasa Inggeris Tak Betul Tak Jadi Masalah Saya Tak Malu Kerana Itu Bukan Bahasa Ibunda Saya Tunku Azizah

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 937 hits
DALAM kehangatan isu yang memperdebatkan mutu pendidikan dan penguasaan bahasa Inggeris di negara ini tweet Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup mencuri tumpuan ramai Baginda menerusi Twitter rasmi cheminahsa...
Kaji Chant Peminat Liverpool Mohamed Salah A Gift From Allah Pemuda Inggeris Ini Akhirnya Peluk Islam

Kaji Chant Peminat Liverpool Mohamed Salah A Gift From Allah Pemuda Inggeris Ini Akhirnya Peluk Islam

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 299 hits
Seperti yang kita ketahui Mohamed Salah atau turut dikenali dengan Mo Salah adalah salah seorang pemain bintang yang berasal daripada Mesir Kemasukan beliau dalam skuad Liverpool telah memberi banyak impak besar pada kelab itu Antaranya ial...
Kertas Bahasa Inggeris Pt3 Bocor Berita Palsu Kpm

Kertas Bahasa Inggeris Pt3 Bocor Berita Palsu Kpm

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 863 hits
PUTRAJAYA Tiada berlaku kebocoran soalan kertas Bahasa Inggeris Pentaksiran Tingkatan 3 seperti yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp hari ini Sehubungan itu Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan bahawa kertas Bahasa Ingger...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor