Isu Bahasa Inggeris Ini Jawapan Anak Terengganu Untuk Maya Karin


SOSMED | Nampaknya kicauan Maya Karin mengenai tahap penguasaan Bahasa Inggeris bagi murid sekolah rendah di Terengganu mendapat kecaman hebat dari orang Terengganu.
"Saya bertanya pada seorang budak perempuan masa program saya di Terengganu. 
"Berapa umur kamu?" *senyap.
"Berapa umur kamu?" *masih senyap.
Jadi saya ubah kepada "Adik umur berapa tahun?". Terus jawab "10 tahun".
Fikirkanlah..," kicau Maya Karin pada jumaat lepas.
Kicauan itu pada awalnya tular dengan respon positif. Bagaimanapun sedikit demi sedikit respon yang diterima oleh selebriti itu menjadi negatif.
Dan apabila ditangkaplayar dan disebarkan di Facebook, respon yang diterima Maya, lebih banyak yang negatif berbanding positif.

Tidak hanya itu, beberapa netizens juga mula menjadikan isu tersebut sebagai serangan peribadi apabila Maya dipersoalkan kenapa tag Nik Nazmi di kicauan itu.
Sebagai rekod, Maya pernah dikaitkan sebagai punca perceraian Nik Nazmi tetapi dinafikan oleh ahli politik dari PKR itu.
Susulan kecaman demi kecaman yang diterima oleh Maya Karin, seorang pengulas politik dan isu semasa yang agak berpengaruh di sosial media, tampil membuat surat terbuka untuk Maya Karin.
Berikut adalah surat terbuka itu;
Kepada Maya Karin, Di bawah adalah sebuah pintu yang memagar bangunan ilmu Universiti Oxford, England. Ia adalah hasil ukiran seni anak-anak Besut Terengganu. 

Kami bangga kerana kedudukan dan maruah kami ditentukan oleh kesenian dan budaya kami sendiri, bukan oleh bahasa asing. Saya bangga menjadi orang Terengganu. Bangsa Terengganu ini bangsa yang hebat. Saya tak pernah malu menggunakan loghat negeri saya ketika masih belajar dahulu. 
Saya boleh memilih untuk bercakap bahasa baku, tetapi saya memilih untuk bangga dengan asal-usul saya sendiri. Saya bangga menjadi bangsa Terengganu. Ketika awal pemerintahan PM ke 4 dahulu, hampir 20% ekonomi negara dipacu melalui hasil bumi negeri kami. Kekayaan besar negara ini adalah antaranya hasil jerih anak negeri kami. Dan kami masih bersabar walau berpuluh tahun kami dianak tiri. 
Saya bangga menjadi anak Terengganu. Sejarah Islam kami sangat hebat. Ketika Islam memasuki kawasan kawasan lain di Nusantara hanya pada abad ke 15, Terengganu telah menerima hidayah Islam 100 tahun selepas kewafatan Nabi s.a.w (Prof Madya Dr Wan Hussein Azmi, 1987). 
Malah pada awal abad ke 11, umat Islam Terengganu bangkit membantu kerajaan Islam Perak sehingga akhirnya Allah mengurniakan kemenangan kepada kami ke atas empayar Srivijaya. 
Tahukah Maya pada abad ke 13, negeri kami ini sudahpun mempunyai sistem pemerintahan Islam yang teratur dan sistematik?. Ya Batu Bersurat itu bukan tanda kehadiran Islam. Ia tanda kewujudan pemerintahan Islam. [1] Saya bangga dengan negeri Terengganu. Hasil bumi kami di darat dan laut bernilai tinggi. 
Mungkin Maya tidak tahu bahawa silika dan hasil kayu negeri ini adalah antara yang paling bernilai di seluruh Semenanjung. 
Mungkin Maya juga tidak tahu bahawa struktur mukabumi Terengganu yang unik dan hasil air yang melimpah menyebabkan negeri ini adalah antara kawasan paling ideal bagi penjanaan elektrik solar dan hidro. 
Saya bangga menjadi anak Terengganu. Disaat negeri-negeri lain membuat reclamation bagi menambah kawasan darat, Terengganu berkorban membuat declamation di kawasan pedalaman. 
Kami menenggelamkan 260 ribu hektar tanah negeri dan ratusan kampung bagi mewujudkan Tasik Kenyir - penampan kepada masalah banjir di Pantai Timur Maya tahu berapa luas 260 ribu hektar? Lebih luas daripada setiap inci tanah Kuala Lumpur. Saya bangga menjadi rakyat Terengganu. 
Rakyat Terengganu bijak. Sebab itu PH tidak boleh bertapak di sini. Pada PRU14, PH hilang deposit di 19 kerusi DUN dan 6 kerusi parlimen. Undi popular parlimen mereka di Terengganu adalah yang terendah di seluruh Malaysia. Hanya 9.87% sahaja. 
Sebab apa? Sebab rakyat Terengganu bijak dan tak mudah kena kelepet Maya Orang Terengganu ini prinsipnya kuat, akar agamanya kukuh, akhlaknya tinggi, mindanya luas dan jiwanya lembut ke atas saudara saudaranya. Kami tidak pernah marah apabila ada orang memperlekeh kebolehan berbahasa Inggeris kami. 
Kerana kami tidak pernah menilai manusia lain melalui cara mereka berkomunikasi. Bagi sesetengah orang, bahasa mungkin menunjukkan kemajuan. 
Bagi kami tidak. Kerana yang paling utama adalah akhlak. Dan akhlak lah yang menjadi inti gagasan membina ketamadunan manusia.
Abdul Rahim Hilmi Zakariya Bukit Tunggal Kuala Terengganu 
Kredit gambar : Zarir Abdullah 
Rujukan : [1] https://ift.tt/2OuaZTl

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/10/isu-bahasa-inggeris-ini-jawapan-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tweet Maya Karin Dikecam Hebat Cetus Persepsi Orang Terengganu Lemah Bahasa Inggeris

Tweet Maya Karin Dikecam Hebat Cetus Persepsi Orang Terengganu Lemah Bahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 729 hits
Sejak akhir akhir ini nampak nama pelakon Maya Karin menjadi topik bualan di media sosial gara gara tweet yang dibuatnya berhubung isu bahasa English Pelakon tersebut yang berada Kuala Terengganu bagi menjalankan kempen membaca telah menuli...
Dikecam Kononnya Perlekehkan Kanak Kanak Tak Faham Bahasa Inggeris Maya Karin Jelaskan Niat Sebenar

Dikecam Kononnya Perlekehkan Kanak Kanak Tak Faham Bahasa Inggeris Maya Karin Jelaskan Niat Sebenar

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 1002 hits
Selebriti terkenal Tanah Air Maya Karin tular baru baru ini apabila status yang dimuatnaik di laman Twitter mendapat kecaman netizen Netizen mendakwa selebriti ini seakan tidak menjaga sensitiviti masyarakat Status yang dimuatnaik juga mend...
Saya Tiada Niat Perlekeh Orang Terengganu Maya Karin

Saya Tiada Niat Perlekeh Orang Terengganu Maya Karin

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 492 hits
Gara gara memuat naik status Twitter berkaitan kanak kanak dari Terengganu yang tidak tahu menjawab soalan asas tentang umur dalam bahasa Inggeris pelakon Maya Karin menerima kecaman hebat di media sosial Tampil memberikan penjelasan Maya m...
Kuih Warisan Terengganu Mak Mak Kena Wariskan Pada Anak Anak

Kuih Warisan Terengganu Mak Mak Kena Wariskan Pada Anak Anak

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 952 hits
Kuih tradisional ni memang wajar diwarisi golongan muda Bahannya ringkas sahaja dahlah tu murah pulak Musim cuti sekolah ni masa terbaik nak kenalkan anak anak kuih muih tradisional ini Ni min kongsikan 7 resipi kuih muih dari pantai timur ...
Bahasa Terengganu Senang Boh

Bahasa Terengganu Senang Boh

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 540 hits
Bahasa Terengganu senang je boh cayye dok Meh kita tengok sekali imbah kut inggeris or omputih or English kita v selalu bahasa melayu atau bahasa standard atau bahasa baku ke guana sek sek mung Inggeris I don t knowBM Saya tidak tahuTerengg...
Bertutur Bahasa Inggeris Tidak Bermakna Lupakan Tradisi Kita Permaisuri

Bertutur Bahasa Inggeris Tidak Bermakna Lupakan Tradisi Kita Permaisuri

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 331 hits
KUANTAN 14 Okt Bertutur dalam bahasa Inggeris tidak bermakna kita telah melupakan tradisi kita juga ia bukan bermaksud meninggalkan identiti kita demikian titah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Raja Perma...
Bahasa Inggeris Tak Betul Tak Jadi Masalah Saya Tak Malu Kerana Itu Bukan Bahasa Ibunda Saya Tunku Azizah

Bahasa Inggeris Tak Betul Tak Jadi Masalah Saya Tak Malu Kerana Itu Bukan Bahasa Ibunda Saya Tunku Azizah

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 1010 hits
DALAM kehangatan isu yang memperdebatkan mutu pendidikan dan penguasaan bahasa Inggeris di negara ini tweet Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup mencuri tumpuan ramai Baginda menerusi Twitter rasmi cheminahsa...
7 Petua Yakin Bercakap Dalam Bahasa Inggeris

7 Petua Yakin Bercakap Dalam Bahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 414 hits
Boleh klik Share untuk kongsikan tips ini bersama kawan kawan atau kenalan yang sedang cuba untuk meningkatkan keyakinan diri bercakap dalam Bahasa Inggeris ya Klik pada gambar untuk imej yang
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengandungi Dna Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso

Kaya Sebab Duit Banyak