Mawi Pecah Rahsia Tiada Tajuk Jadi Judul Filem


Nadia Azam 
Selepas lebih setahun menyimpan rahsia daripada umum, pengarah dan penerbit Mawi akhirnya mengumumkan dia memilih Tiada Tajuk sebagai judul filem pertama arahannya. Menurut Mawi yang sebelum ini lebih dikenali sebagai penyanyi itu, pada awal perancangannya untuk menghasilkan filem berkenaan, dia sememangnya tidak mempunyai sebarang ilham berhubung tajuk yang ingin digunakan.

“Setelah lebih setahun saya rahsiakan daripada media, hari ini secara rasmi semuanya akan terjawab.

"Judul filem ini ialah Tiada Tajuk," katanya.

Mawi ditemui pada majlis pelancaran karyanya itu di depan sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani sebelum ini didakwa sengaja tidak meletak sebarang tajuk ke atas karya sulungnya itu bertujuan membina publisiti.

Bagaimanapun, Mawi, 37, tampil menafikan ketiadaan tajuk filemnya bukanlah gimik yang sengaja diada-adakan.

“Saya cuma mahu tampilkan kelainan apabila muncul dengan sebuah filem,” katanya seperti dilapor media.

Mawi menjelaskan pada ketika itu, dia sebenarnya masih mencari-cari tajuk bersesuaian untuk digunakan bagi filem terbitan Mawi World Entertainment, syarikat yang diasaskannya.
Sementara itu, Mawi yang juga bergelar pelakon berkata, peminat juga berpeluang membawa pulang hadiah lumayan melalui pembelian tiket Tiada Tajuk.

“Peserta boleh menyertai peraduan tonton dan menang dengan memuat turun aplikasi Mawi World menerusi platform Play Store atau App Store.

“Untuk 1 tiket peserta boleh utarakan 1 tajuk berserta 1 tagline,” katanya.

Antara hadiah menanti peserta adalah seperti pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian ke Australia, sebuah motosikal jenama Yamaha Y15, atau sebuah kereta jenama Proton Bezza.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Bukan Propaganda itu tidak meletakkan harapan terlalu tinggi dari segi hasil kutipan filemnya yang bakal menjengah pawagam pada 4 April depan.

“Memang tak nak rugi kalau boleh. Tapi jika dapat balik modal pun alhamdulillah.

“Mana tahu duit itu nanti boleh buat modal filem lain pula,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/mawi-pecah-rahsia-tiada-tajuk-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sylvester Stallone Dedah Tajuk Filem Ketiga Siri Filem Escape Plan

Sylvester Stallone Dedah Tajuk Filem Ketiga Siri Filem Escape Plan

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 307 hits
Pelakon aksi Sylvester Stallone kini telah mendedahkan tajuk filem ketiga Escape Plan Filem yang mana menggandingkan pelakon aksi Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzennegger ditayangkan pada tahun 2013 Ianya mungkin filem aksi biasa namun...
Mengejutkan Yayan Ruhian Dilatih Oleh Hairul Azreen Untuk Filem Wira

Mengejutkan Yayan Ruhian Dilatih Oleh Hairul Azreen Untuk Filem Wira

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 883 hits
Tak disangka pula bahawa pelakon yang muncul dengan filem Paskal Hairul Azreen mampu untuk melatih bintang Indonesia bertaraf antarabangsa Yayan Ruhian sebagai persediaan untuk filem Wira yang bakal menjalani penggambaran tak lama lagi Mene...
Hiburan Isu Misteri Dilaila Ciplak Filem Hollywood Yusof Haslam Enggan Beri Komen

Hiburan Isu Misteri Dilaila Ciplak Filem Hollywood Yusof Haslam Enggan Beri Komen

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 634 hits
Beberapa hari lalu hangat dengan isu filem Misteri Dilaila yang didakwa meniru jalan cerita filem Hollywood Vanishing Act Ramai juga peminat filem kecewa dengan berita itu Susulan isu itu penerbit Datuk Yusof Haslam buat masa ini enggan mem...
Milly Mamet Filem Cinta Comel Dan Mencuit Hati

Milly Mamet Filem Cinta Comel Dan Mencuit Hati

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 474 hits
Hello pembaca kesayangan Kali ini Misz ella nak kongsikan tentang filem Milly Mamet yang akan menemui peminat peminat filem Indonesia pada 7hb Mac 2019 ini Filem ber genre komedi romantik ini merupakan kisah terbaru dari dunia Ada Apa Denga...
Ulasan Misteri Dilaila Dua Buah Filem Yang Unik Dan Menarik

Ulasan Misteri Dilaila Dua Buah Filem Yang Unik Dan Menarik

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 410 hits
Assalamualaikum salam sejahtera Nampak gayanya baru hari ini saya sempat untuk memberi ulasan tentang filem baru karya Syafiq Yusof yang bertajuk Misteri Dilaila Saya berkesempatan menonton bersama isteri saya namun begitu saya baru sahaja ...
Hiburan Netizen Dakwa Filem Misteri Dilaila Tiru Jalan Cerita Filem Vanishing Act

Hiburan Netizen Dakwa Filem Misteri Dilaila Tiru Jalan Cerita Filem Vanishing Act

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 709 hits
Filem Misteri Dilaila karya Syafiq Yusof mendapat sambutan yang menggalakkan begitu juga ulasan positif kerana jalan cerita yang menarik dan menampilkan dua versi pengakhiran berbeza untuk satu cerita yang sama Sejak beberapa hari lalu file...
Anwar Si Hero Filem Tamil

Anwar Si Hero Filem Tamil

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 352 hits
Syed Ahmad Fadhli Apabila melihat gelagat Anwar Ibrahim yang kepanasan kebelakangan ini amatlah layak kita calonkan dia Anugerah Hero Paling Popular Filem Tamil Tambahan pula dia sememangnya berbakat menyanyi dan berjoget di atas pentas Per...
Seni Origami Kertas Dari Filem Filem Terkenal

Seni Origami Kertas Dari Filem Filem Terkenal

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 348 hits
Loiuse Cassidy seorang artis origami yang banyak membuat origami kertas dengan rujukan dari filem filem terkenal dan juga karakter dari pop culture Seni yang halus dan merumitkan
Tiket Percuma Ke Filem Captain Marvel Sempena Hari Wanita

Tiket Percuma Ke Filem Captain Marvel Sempena Hari Wanita

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 727 hits
Tiket Percuma Ke Filem Captain Marvel Sempena Hari Wanita TGV Cinemas menawarkan tiket filem Marvel Studios Captain Marvel secara percuma kepada para wanita sempena Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac ini Tayangan eksklusif ini khas u...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Man City Bergaya Bedal Juventus

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual