Matrikulasi Pemuda Dap Saran Kerajaan Utamakan B40


FMT Reporters Ketua Pemuda DAP, Howard Lee memohon Kementerian Pendidikan menyelesaikan ketidaksamarataan dalam status quo di bawah sistem penapisan untuk peperiksaan matrikulasi. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Pemimpin Pemuda DAP menyarankan kerajaan mengutamakan golongan berpendapatan rendah (B40) berbanding M40 dan T20 dalam pemberian kuota program matrikulasi.

Ketua Pemuda DAP, Howard Lee berkata golongan M40 dan T20 juga daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, tetapi mereka adalah golongan yang berkemampuan dan tidak memerlukan bantuan kerajaan.

“Hakikatnya, soal memperkasakan B40 ini merentasi soal kaum, dan kerana orang Melayu merupakan penduduk majoriti, ia akan tetap memberi peluang kepada anak-anak Melayu yang layak,” katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan kerajaan mengekalkan kuota untuk Bumiputera dalam program matrikulasi, baru-baru ini mendorong beberapa perbahasan.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mempertahankan program matrikulasi yang memberi kelebihan kepada pelajar Bumiputera bagi menangani isu pasaran kerja yang tidak adil dan didominasi kaum tertentu di mana majikan lebih memilih pekerja yang mahir berbahasa Mandarin.

Kenyataannya bagaimanapun menimbulkan kemarahan pelbagai kumpulan, termasuk MCA.

Howard bagaimanapun berkata kenyataan Maszlee dianggap satu pandangan peribadi dan bukan pendirian kerajaan persekutuan.

Katanya, Maszlee tidak perlu tunduk dengan retorik kaum yang dengan mudahnya dijadikan senjata oleh kumpulan ketuanan kaum.

“Sebagai menteri, beliau tidak sepatutnya menggunakan bahasa seperti seorang jagoan politik. Beliau jauh lebih baik, berpendidikan tinggi dan tentunya seorang ilmuan yang bijak.

“Semoga Maszlee dapat menarik balik kenyataannya yang kini dijadikan senjata perkauman oleh golongan tertentu, dan kembali berpegang dengan pendirian kerajaan Pakatan Harapan yang bersemangat muhibah dan bertekad membantu semua kaum, khususnya golongan majoriti B40,” katanya.

Howard juga mengemukakan 5 cadangan Pemuda DAP kepada Maszlee mengenai isu matrikulasi iaitu memohon Kementerian Pendidikan menyelesaikan ketidaksamarataan yang besar dalam status quo di bawah sistem penapisan untuk peperiksaan matrikulasi.

Katanya, ini bagi memastikan peluang yang lebih adil untuk pelajar STPM dan matrikulasi.

Adun Pasir Pinji itu juga berpendapat perbahasan mengenai laluan ke universiti awam melalui STPM dan matrikulasi sering kali tersasar daripada akar permasalahan sebenar.

Katanya, rata-rata daripada masyarakat termasuk pihak media dan sesetengah sarjana terlalu taksub dengan persoalan “siapa yang dapat masuk universiti melalui laluan mana”.

Beliau juga akan mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Hal-ehwal Pengajian Tinggi di peringkat sayap Pemuda Harapan Nasional.

“Ini untuk kita sama-sama mengusahakan satu penyelesaian demi belia, negara dan bangsa Malaysia.

“Saya yakin perkara ini akan dibincangkan secara mendalam dalam Kabinet, dan Ketua Pemuda Harapan Nasional selaku ahli Kabinet akan menyampaikan suara anak muda dari segenap masyarakat Malaysia,” katanya.

Beliau juga mencadangkan kerajaan mengkaji semula sistem pengredan kokurikulum.

“Aktiviti kokurikulum bawah matrikulasi seharusnya mempungai nilai merit yang sama seperti STPM,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/matrikulasi-pemuda-dap-saran-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Matrikulasi Umno Kecewa Maszlee Teruja Cadangan Pemuda Dap

Matrikulasi Umno Kecewa Maszlee Teruja Cadangan Pemuda Dap

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 318 hits
May 27 2019 8 13 AMNaib Presiden Umno Khaled Nordin PETALING JAYA Umno berkata pihaknya kecewa dengan keterujaan Menteri Pendidikan Maszlee Malik menyambut gesaan Pemuda DAP berhubung isu matrikulasi Naib Presiden Umno Khaled Nordin berkata...
Jawatan Kerajaan Kelayakan Sijil Matrikulasi Kpm

Jawatan Kerajaan Kelayakan Sijil Matrikulasi Kpm

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 359 hits
Ini adalah senarai jawatan yang terdapat dalam perkhidmatan awam malaysia dengan kelayakan sijil matrikulasi KPM Jawatan Dalam Kerajaan Lepasan Sijil Matrikulasi Bagi anda yang baru nak isi permohonan SPA atau apa jua kerja kosong dalam sek...
Ugut Ocpd Saya Hanya Mahu Dia Hormat Kerajaan Baru Pemimpin Dap

Ugut Ocpd Saya Hanya Mahu Dia Hormat Kerajaan Baru Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 637 hits
PEMIMPIN DAP Bahagian Jerantut Loo Why Leong yang ditahan kerana menghantar teks mesej berbaur ugutan kepada Ketua Polis Daerah Jerantut Mazlan Hassan tampil menjelaskan perbuatannya UGUT OCPD Saya Hanya Mahu Dia Hormat Kerajaan Baru Pemimp...
Kuota Matrikulasi Dap Dijangka Serang Dr Maszlee Lebih Agresif

Kuota Matrikulasi Dap Dijangka Serang Dr Maszlee Lebih Agresif

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR Beberapa pemimpin politik dijangka lebih agresif menyerang Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang mempertahankan kuota matrikulasi dan mempertikaikan tindakan majikan menetapkan syarat fasih bahasa Mandarin di negara ini Peng...
Pemuda Pas Dakwa Polisi Kerajaan Ph Masih Kabur Celaru

Pemuda Pas Dakwa Polisi Kerajaan Ph Masih Kabur Celaru

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 430 hits
SHAH ALAM Polisi kerajaan Pakatan Harapan yang masih lagi kabur dan celaru menjadi faktor utama yang mendorong ketidakstabilan negara khususnya melibatkan ekonomi Timbalan Ketua Pemuda Pas Ir Khairil Nizam Khirudin berkata ini kerana keraja...
Matrikulasi Kerajaan Ph Perlu Tegas Dan Tidak Berkompromi Dengan Desakan Mana Mana Pihak

Matrikulasi Kerajaan Ph Perlu Tegas Dan Tidak Berkompromi Dengan Desakan Mana Mana Pihak

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 185 hits
KUALA LUMPUR 23 Mei UMNO Bahagian Shah Alam menyeru agar kerajaan pusat tegas dan tidak berkompromi berhubung kontroversi yang timbul sejak akhir akhir ini berhubung pengambilan pelajar Matrikulasi Ketuanya Datuk Azhari Datuk Shaari berkata...
Kerajaan Ph Perlu Hapuskan Matrikulasi

Kerajaan Ph Perlu Hapuskan Matrikulasi

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR 13 Mei Kerajaan Pakatan Harapan perlu berani untuk menghapuskan program matrikulasi sebagai permulaan pentadbiran yang adil kepada semua kaum dalam matlamat membina Malaysia baharu Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Hau Loe Chai...
Polemik Kuota Matrikulasi Tolak Sentimen Palsu Dap

Polemik Kuota Matrikulasi Tolak Sentimen Palsu Dap

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 379 hits
Husain AwangKUALA LUMPUR Kuota kemasukan ke matrikulasi bukan isu besar jika semua pihak terutama DAP memahami dan menghormati suatu elemen penting dalam pembentukan negara iaitu kontrak sosial Ahli Dewan Negara Senator Husain Awang berkata...
World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini