Mathni Razak Lawan Rasa Gugup






Walaupun memiliki penampilan menarik, tetapi belum cukup untuk Mathni Razak, 30, membina keyakinan diri dalam bidang lakonan.

Anak jati Pasir Puteh, Kelantan berdarah kacukan Melayu-Arab ini mengakui memiliki ‘self esteem’ yang rendah apabila memulakan langkah pertama.

“Saya belum cukup yakin. Setiap kelas lakonan yang saya sertai, semua ilmu yang saya dapat susah nak dapat di tempat lain.

“Sepanjang menyertai kelas, saya mendapat ilmu seperti keyakinan diri, cara penyampaian, cara sesuaikan diri di set bersama kru dan pelakon,” katanya.

Mathni yang juga model berkata, setiap kali berada di set penggambaran, dia pasti bertemu orang baru dan ia membuatkan dia agak gugup.

Tanpa berselindung, Mathni mengakui dia mempunyai masalah ‘anxiety’ yang boleh menyebabkan jantungnya berdebar, tapak tangan berpeluh dan perwatakan menjadi agak kelam-kabut.

“Jika diikutkan, saya tidak puas hati lagi dengan diri sendiri terutama tahap keyakinan dan cara penyampaian yang tidak memuaskan. Saya nak cari lebih lagi.

“Saya rasa ada keyakinan diri, tapi apabila berjumpa pengalaman atau perkara baru, saya jadi gementar. Apabila gementar, saya jadi gugup dan kelam-kabut. Jadi saya kena banyak tenangkan diri,” katanya.

Ditanya cara mengatasi masalah itu, Mathni berkata, dia cuba berdepan punca perasaan itu sendiri iaitu orang ramai.

Mathni Razak berdarah kacukan Melayu-Arab ini akui memiliki ‘self esteem’ yang rendah. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Katanya, dia sentiasa berusaha berdepan dengan orang ramai dengan melatih diri untuk menghilangkan rasa gementar.

“Ketika pertama kali berlakon, saya pernah dimarahi pengarah dan dia suruh saya masuk kelas lakonan. Rakan-rakan tenangkan saya dan menasihati supaya jangan dilayan dan sebagai pelakon baru, dimarahi pengarah adalah perkara biasa,” katanya.

Menyahut cabaran pengarah itu, Mathni menyertai beberapa kelas lakonan anjuran pelakon hebat tanah air seperti Fauziah Nawi, Zul Huzaimy dan bengkel lakonan anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Dia juga mengikuti kelas lakonan teater Tahap 1 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) pada Januari lalu.

“Setiap kelas yang saya pergi, saya dapat sesuatu yang saya sudah lama cari dalam diri dan tidak pernah dapat sebelum ini.

“Kini persediaan itu sudah ada sedikit, setiap guru memberi ilmu berguna dan bergantung kepada saya untuk mengamalkannya,” katanya.

BIMBANG GOSIP JAHAT

Mungkin tidak ramai tahu, jejaka ini sebenarnya sudah berkahwin pada 2015 dengan seorang usahawan dikenali sebagai Erin dan dikurniakan seorang anak lelaki, Abdul Mateen Arjuna yang kini berusia tiga tahun.

Mathni berkata, isterinya memahami kerjayanya sebagai pelakon dan dia juga banyak memberi sokongan.

“Dia tahu turun naik dalam dunia seni ini perkara biasa. Isteri berpesan sebagai artis baru, tawaran ada atau tidak, ia adalah cabaran dan jangan berputus asa,” katanya.

Mathni yang kali pertama berlakon dalam filem Jin Notti bersyukur sehingga kini perasaan putus asa belum lagi terbit kerana ada sokongan daripada isteri dan ibunya di kampung.

Baru selesai jalani penggambaran telefilem berjudul Sayangku Mia. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Dengan kepercayaan yang diberikan isteri dan keluarga, dia risau sekiranya ada gosip jahat muncul sehingga boleh mengganggu gugat rumah tangga yang dibina.

“Selama lebih dua tahun bergelar pelakon, saya paling bimbang dengan gosip jahat. Saya sudah kahwin dan takut ia mengganggu rumah tangga, jadi saya risau kalau ada perkara yang saya tak buat, ia akan turut ganggu kehidupan dan kerjaya saya.

“Sebab itu saya amat berhati-hati dalam merencana kerjaya seni. Mujur saya tidak menyimpan sebarang sejarah hitam yang boleh buatkan saya takut,” katanya.

Bercakap mengenai sambutan Aidilfitri, Mathni sekeluarga meraikan hari raya pertama sehingga ketiga di kampung halaman isterinya di Pekan, Pahang. Baki tiga hari lagi mereka meraikannya di kampung halaman Mathni di Pasir Puteh, Kelantan.

“Masuk tahun ini sudah tiga tahun kami pulang berhari raya pada hari raya pertama sebab kami berdua sibuk berniaga sehingga malam raya.

“Macam tahun ini, sepanjang Ramadan lalu kami berniaga baju Melayu di Ampang,” katanya.

Projek terbaru, selepas muncul dalam drama Nur arahan Shahrulezad lalu, dia baru saja selesai penggambaran telefilem berjudul Sayangku Mia untuk siaran RTM sebelum Ramadan lalu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/06/mathni-razak-lawan-rasa-gugup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tepis Rasa Malu Bangga Dibesarkan Oleh Bapa Sindrom Down

Anak Tepis Rasa Malu Bangga Dibesarkan Oleh Bapa Sindrom Down

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 378 hits
Tiada siapa menyangka lelaki yang dilahirkan sebagai seorang Sindrom Down mampu menjadi seorang ayah dan membesarkan anak dengan baik sekali Itulah yang diceritakan oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Richie Anne Castillo atau lebih ...
Guna Teknik Hypnobirthing Boleh Kurangkan Rasa Sakit Masa Bersalin

Guna Teknik Hypnobirthing Boleh Kurangkan Rasa Sakit Masa Bersalin

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 330 hits
Melahirkan bayi sememangnya satu proses atau prosedur yang akan mendatangkan kesakitan kepada para ibu Namun begitu terdapat beberapa teknik yang mampu mengawalnya antaranya adalah hypnobirthing Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan ...
Luah Rasa Rindu Pada Anak Aliff Aziz Muat Naik Foto Ayden Dengan Kapsyen Sedih

Luah Rasa Rindu Pada Anak Aliff Aziz Muat Naik Foto Ayden Dengan Kapsyen Sedih

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 390 hits
Terbaharu Aliff Aziz ada berkongsi sekeping foto anaknya di laman Instagram Normal jika seorang bapa berbuat demikian tetapi yang menarik perhatian adalah kapsyen pada foto terbabit Jika dibaca terlihat betapa penyanyi dan pelakon itu merin...
Kenapa Harta Banyak Tapi Rasa Tak Cukup

Kenapa Harta Banyak Tapi Rasa Tak Cukup

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 4285 hits
HARTA BANYAK TAPI MASIH TIDAK BERPUAS HATI Ramai manusia yang memiliki harta yang melimpah ruah tetapi masih tidak berpuas hati dengan pemberian Allah itu Orang seperti ini begitu haloba untuk menambahkan longgokan hartanya tanpa memperduli...
Rasa Macam Nak Tukar Template Blog Baru

Rasa Macam Nak Tukar Template Blog Baru

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 393 hits
Assalamualaikum Hi kome Ntah kenapa tiba tiba harini macam terpanggil nak update entri kat blog ni haha Bila tatap sedalam dalam blog ni rasa macam blog ni perlukan baju baru lah Dah terasa lama sangat blog ni tak bertukar baju nya Bila dif...
Pisang Jawa Biru Ini Punyai Rasa Macam Aiskrim Vanila

Pisang Jawa Biru Ini Punyai Rasa Macam Aiskrim Vanila

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 1138 hits
Pisang Jawa Biru Ini Punyai Rasa Macam Aiskrim Vanila Pisang ini lebih mudah dijumpai di Amerika Syarikat Sedap ke Pisang adalah buah buahan yang boleh dimakan dihasilkan oleh beberapa jenis tumbuh tumbuhan berbunga besar dalam genus Musa T...
Baca Kitab Bagus Tapi Jangan Rasa Diri Sendiri Sahaja Betul Aktivis Pelajar Tempelak Presiden Pas

Baca Kitab Bagus Tapi Jangan Rasa Diri Sendiri Sahaja Betul Aktivis Pelajar Tempelak Presiden Pas

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 460 hits
Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai pengundi muda yang memenangkan PH baru baru ini boleh dilihat dari sudut positif kata seorang aktivis pelajar Menurut Anis Syafiqah Md Yusof ada kemungkinan Abdul Hadi sebenarnya mahu memberi...
Isteri Ni Banyak Benda Dia Pendam Kalau Suami Rasa Kusut Mesti Isteri Terasa Hati

Isteri Ni Banyak Benda Dia Pendam Kalau Suami Rasa Kusut Mesti Isteri Terasa Hati

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 900 hits
Bunyi macam besar je kan bila cakap hutang kepada isteri Tapi inilah benda paling suami terlepas pandang HUTANG NAFKAH Sebab apa rezeki selalu tak cukup Sebab apa dapat banyak pun tak cukup Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa Hati ku...
Lari Ke Bangkok Sebab Rasa Takut Dengan Najib

Lari Ke Bangkok Sebab Rasa Takut Dengan Najib

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 378 hits
BERNAMA KUALA LUMPUR Bekas pengarah bukan eksekutif SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin mendedahkan di Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau dan isteri melarikan diri ke Bangkok Thailand Langkah ini diambil kerana beliau berasa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization