Mat Hassan Dibelit Isu Rm10 Juta Dan Banglo Mewah Rm6 Juta


REAKSI

Banglo ini dikaitkan dengan Mat Hassan?TAMPAKNYA calon BN untuk pilihan raya kecil (Pirake) Rantau Mohamad Hassan seakan makin tertekan dan terkepung dengan pelbagai isu mengenai dirinya yang dibangkitkan sebagai modal meraih undi di pilihan raya itu.

Lepas satu-satu isu berkaitan Mat Hassan yang memerlukan penjelasan tuntas daripadanya didedahkan dan terdedah menjelang hari mengundi beberapa hari lagi.

Belum habis isu lama yang mengenai perpindahan wang sebanyak RM10 juta ke London menerusi pengurup wang, Mat Hassan yang dimesrai dengan panggil Tok Mat, dihala pula dengan isu pemilikan rumah banglo bernilai RM6 juta.

Perkara ini dibangkitkan oleh calon PH Dr S Streram yang meminta Mat Hassan menjelaskan mengenai rumah berkenaan. Ia ekoran tersebarnya sekeping gambar sebuah banglo berciri reka bentuk Minangkabau dikaitakn dengan diri bekas MB itu?

Banglo mewah itu dikatakan terletak di Saujana Duta Seremban II.

Kewujudan banglo ini menimbulkan tanda tanya umum kerana sebelum ini Mat Hassan mengatakan dia tidak mempunyai rumah di Seremban. Menurutnya beliau tidak sempat membeli rumah semasa menjadi Menteri Besar.

Gara-gara kerana tidak ada rumah di Seremban itulaj, beliau terpaksa menumpang rumah anaknya apabila diminta keluar dari rumah rasmi MB yang diduduki setelah tidak lagi menjadi MB pada 9 Mei tahun lalu.

Mat Hassan semasa membuat kenyataan memberi tahu beliau terguris dengan apa yang berlaku, dipaksa keluar daripada kediaman MB itu secara tergesa-gesa sehinggakan tidak sempat melipat kain bajunya dan dicampak begitu sahaja dalam kotak. Cerita Mat Hassan itu sungguh mengharukan dan sekaligus memberi gambaran seolah-olah kerajaan PH berlaku kejam dan zalim terhadapnya.

Dalam menjelas perkara itu apabila ia dipertikaikan Mat Hassan memberi tahu beliau bukan tidak mampu untuk memiliki rumah tetapi terlupa untuk membelinya.

Bagaimana pun dengan tersebarnya gambar banglo itu ia menimbulkan persoalan apakah bekas MB itu berbohong atau pun cuba menyembunyikan hartnahnya itu?

Justeru calon PH Dr S Streram meminta Mat Hassan memberi penjelasan kedudukan rumah berkenaan secepat mungkin.

Sebelum ini dibangkitkan isu perpindahan wang RM10 juta ke London menerusi pengurup wang dan juga berkaitan pemilikan sebuah apartment di London. Ia dibangkitkan oleh Speaker Dun Negeri Sembilan Zulkifly Mohamad Omar. Serentak itu juga Zulkifly meminta agar fail siasatan berhubung aktiviti Mat Hassan itu dibuka semula.

Zulkifly juga persoal kenapa perpindahan itu menerusi pengurup wang bukan bank seperti lazimnya. Baginya ia satu tindakan ada motif tertentu.

Mat Hassan tidak menafikan perkara itu sebaliknya mengakui dia memalakukan pengubahan wang itu dan membeli apartment di London dan beliau menjelaskan apa dilakukan itu tidak merupakan satu kesalahan. Menrutunya SPRM telah menjalani siasatan terhadapnya. Bagaimana pun tidak ada penjelasan oleh SPRM dalam kes ini.

Pun begitu Zulkifly meminta ia dibuka semula. Ada keperluannya kerana ketika kejadian itu berlaku Mat Hassan MB dan kerajaan Malaysia ketika itu diperintah oleh BN. Ia perlu kerana lain padang lain belalang. Mungkin penyiasatan semasa kerajaan BN dahulu kurang cekap atau tidak menyeluruh.

Dua isu ini, perpindahan wang RM10 juta ke London dan mengenai banglo di Seremban II bernilai RM6 juta itu perlu dijelaskan secara jelujur dan terbuka oleh Mat Hassan. Beliau harus mengakui dengan jujur tanpa berselindung. Kegagalan Mat Hassan menjelaskan dua isu berbangkit ini meletakkan beliau dalam tertekan untuk berhadapan pengundi 13 April nanti.

Kedua-dua isu itu juga sedikit sebanyak menjejaskan integritinya sebagai seorang bekas MB yang dianggap baik dan bersih.  [wm.kl.9:53 pm 08/04/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/04/mat-hassan-dibelit-isu-rm10-juta-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairy Pertahan Kekayaan Mohamad Hassan Dituduh Ada Banglo Rm6 Juta

Khairy Pertahan Kekayaan Mohamad Hassan Dituduh Ada Banglo Rm6 Juta

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 251 hits
Banglo dengan reka bentuk Minangkabau bernilai hampir RM6 juta yang terletak di Saujana Duta Seremban 2 dikatakan milik calon BN Mohamad Hasan Foto Facebook Khairy Jamaluddin mempertahankan hasil kekayaan calon Barisan Nasional DUN Rantau M...
Pindah Wang Rm10 Juta Kalau Tok Mat Kaya Kenapa Perlu Takut Orang Tahu Rafizi

Pindah Wang Rm10 Juta Kalau Tok Mat Kaya Kenapa Perlu Takut Orang Tahu Rafizi

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 300 hits
Foto sumber internet SEREMBAN 11 April Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan yang didakwa menyembunyikan tindakannya memindahkan wang RM10 juta bagi pembelian kediaman di Londo...
Kebodohan Saifuddin Nasution Terserlah Dalam Isu Harta Mat Hassan

Kebodohan Saifuddin Nasution Terserlah Dalam Isu Harta Mat Hassan

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 516 hits
Nasir Ramlee Dalam usaha meraih sokongan pengundi Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution membuat perbandingan antara Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dengan bekas menteri besar yang juga calon BN Mohamad Hasan Aminuddin sebelu...
Rm10 Juta Dan Tok Mat Oleh Rafizi Ramli

Rm10 Juta Dan Tok Mat Oleh Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 398 hits
RM10 Juta Dan Tok Mat Oleh Rafizi Ramli Inilah apa yang ditulis oleh Saudara Rafizi Ramli di laman facebook rasmi beliau dan admin kongsikan di sini untuk bacaan anda semua Sebarang penerimaan dan pemahaman bacaan atau ketidakpuasan hati de...
Rafizi Sorok Pindah Rm10 Juta Tok Mat Kena Jujur Jika Mahu Jadi Pm

Rafizi Sorok Pindah Rm10 Juta Tok Mat Kena Jujur Jika Mahu Jadi Pm

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 258 hits
Rafizi Ramli berkata Datuk Seri Mohamad Hasan perlu berterus terang mengenai sebab memindahkan wang RM10 juta itu pada 2007 Foto oleh Yusof Mat IsaSEREMBAN 11 April Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Timbalan Presiden Umn...
Rm10 Juta Tok Mat

Rm10 Juta Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 309 hits
Cerita kekayaan Dato Seri Mohamad Hassan kembali berlegar Saya mulanya tidak mahu mencelah tetapi ada beberapa perkara yang nampaknya cuba mengalihkan perhatian dari isu sebenar Tok Mat Memang KayaPimpinan UMNO mempertahankan kemampuan Tok ...
Poser For Mat Hasan So Where Did You Get The Rm10 Million Di Mana Tok Mat Dapat Wang Rm10 Juta Itu

Poser For Mat Hasan So Where Did You Get The Rm10 Million Di Mana Tok Mat Dapat Wang Rm10 Juta Itu

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 436 hits
Menjawab berkenaan pemindahan wang RM10 juta ke London pada 2008 melalui pengurup wang yang kini dilaporkan kembali kepada SPRM calon BN PRK Rantau Mohamad Hasan berkata tiada kesalahan dilakukannya dalam urusan tersebut Katanya SPRM sudah ...
Di Mana Tok Mat Dapat Wang Rm10 Juta Itu

Di Mana Tok Mat Dapat Wang Rm10 Juta Itu

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 589 hits
Shahbudin Husin 7 April 2019 Menjawab berkenaan pemindahan wang RM10 juta ke London pada 2008 melalui pengurup wang yang kini dilaporkan kembali kepada SPRM calon BN PRK Rantau Mohamad Hasan berkata tiada kesalahan dilakukannya dalam urusan...
Rm 10 Juta Tok Mat

Rm 10 Juta Tok Mat

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 340 hits
RM10 JUTA TOK MATRafizi RamliCerita kekayaan Dato Seri Mohamad Hassan kembali berlegar Saya mulanya tidak mahu mencelah tetapi ada beberapa perkara yang nampaknya cuba mengalihkan perhatian dari isu sebenar Tok Mat Memang KayaPimpinan UMNO ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai