Rm 10 Juta Tok Mat






RM10 JUTA TOK MAT
Rafizi RamliCerita kekayaan Dato’ Seri Mohamad Hassan (Tok Mat) kembali berlegar. Saya mulanya tidak mahu mencelah tetapi ada beberapa perkara yang nampaknya cuba mengalihkan perhatian dari isu sebenar.Tok Mat Memang KayaPimpinan UMNO mempertahankan kemampuan Tok Mat memindahkan wang RM10 juta secara sembunyi untuk membeli kediaman di London dengan alasan “Tok Mat memang kaya”. Mereka menyenaraikan semua jawatan korporat yang pernah dipegang oleh Tok Mat untuk menunjukkan pemangku presiden UMNO intu memang berduit
Tok Mat pula nampaknya lebih faham isu sebenar yang cuba dialihkan. Mungkin kerana beliau orang baik, beliau terkias dengan sendiri. Katanya, soal pemindahan wang RM10 juta itu tidak berbangkit kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun membersihkan beliau sepuluh tahun lalu
Eh! Kenapa pula timbul soal SPRM, kan Tok Mat memang kaya
Orang memang tidak hairan kalau Tok Mat membawa satu kereta lembu penuh dengan wang tunai masuk kampung di Rantau, kerana Tok Mat memang kaya
Malah, Tok Mat tidak perlu bersembunyi pun untuk memindahkan RM10 juta untuk membeli kediaman di London. Boleh saja Tok Mat arahkan bank untuk memindahkan wang tersebut mengikut saluran yang betul, tidak akan ada yang mempersoalkan kerana Tok Mat memang kaya
Pindah Wang Sembunyi-SembunyiHabis, kenapa Tok Mat takut sangat orang tahu sehingga menggunakan saluran yang melanggar undang-undang
Hakikatnya, Tok Mat telah memindahkan wang RM10 juta secara sembunyi menggunakan pengurup wang sehingga melanggar lesen operasi pengurup wang. Pengurup wang dilesenkan untuk menukar matawang asing kepada ringgit (atau sebaliknya), bukannya untuk memindahkan wang keluar negara
Pemindahan wang keluar negara melibatkan pelbagai peraturan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia
Bila Tok Mat cuba menyembunyikan pemindahan wang itu dengan menggunakan saluran tidak betul, ia bukan lagi soal Tok Mat kaya atau tidak
Soalnya, kenapa perlu disembunyikan? Apa yang Tok Mat cuba sembunyikan, sehingga sanggup berdepan kemungkinan melanggar undang-undang bersabit pemindahan wang di bawah Bank Negara Malaysia
Tok Mat Langgar Undang-undang
Semasa pemindahan wang RM10 juta itu berlaku sekitar tahun 2007 ke 2008, peraturan pemindahan wang keluar negara adalah seperti yang terkandung di dalam Laporan Tahunan 2007 Bank Negara Malaysia (muka surat P6), yang saya sertakan di bawah:Bagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai hutang dalam negara, tidak ada halangan untuk memindahkan wang membeli apa-apa harta di luar negara, tanpa ada had
Bagi rakyat Malaysia yang mempunyai hutang dalam negara dan menukar wang ringgit ke matawang asing untuk membeli harta di luar negara, had pemindahan dan pembelian adalah sebanyak RM1 juta sahaja setiap tahun
Kalau Tok Mat tidak mempunyai hutang dalam negara pada ketika itu, beliau boleh sahaja memindahkan RM10 juta itu mengikut kaedah bank biasa tanpa melanggar apa-apa peraturan
Tetapi kalau Tok Mat ada mempunyai hutang, jika beliau hendak memindahkan RM10 juta untuk membeli kediaman di London itu, sudah tentu beliau tidak boleh kerana hadnya adalah RM1 juta sahaja
Kalau Tok Mat ada mempunyai hutang dalam tahun 2007, tindakan beliau memindahkan wang sebanyak RM10 juta untuk membeli kediaman di London itu memang telah melanggar peraturan. Jika didapati bersalah, beliau boleh dihukum denda dan penjara
Apa Sebabnya Pindah Sembunyi
Sebab itu isu utama dalam soal wang RM10 juta ini bukanlah Tok Mat kaya atau tidak
Isunya ialah kenapa Tok Mat ambil risiko melanggar undang-undang untuk menyembunyikan pemindahan wang itu, sedangkan semua orang tahu beliau kaya
Ada beberapa kemungkinan kenapa beliau mahu menyembunyikan pemindahan wang RM10 juta untuk membeli kediaman di London itu
Pertama, kerana wang itu bukan dari sumber beliau sendiri
Jika dipindahkan mengikut saluran biasa yang tidak melanggar undang-undang, beliau perlu mengisytiharkan juga sumber dari mana wang RM10 juta itu datang
Adakah beliau menjual hartanah? Adakah beliau mengeluarkan RM10 juta dari akaun beliau? Adakah beliau menjual saham? Punca RM10 juta itu akan dapat dijejaki dari urusniaga di bank atau urusniaga lain
Kalau wang itu bukan dari sumber sendiri (bukan dari bank, bukan dari penjualan harta), maka sukar untuk beliau mengisytiharkan sumber wang RM10 juta itu apabila beliau hendak mengarahkan bank memindahkan jumlah tersebut. Kalau beliau membuat pengisytiharan palsu, itu melanggar undang-undang dan beliau boleh disiasat
Maka, jika wang yang hendak dipindahkan bukan dari sumber sendiri, cara yang mudah ialah menggunakan kaedah memindahkan wang yang melanggar undang-undang, iaitu menggunakan pengurup wang
Sebab yang kedua beliau mungkin mahu menyembunyikan pemindahan wang tersebut ialah kerana beliau mempunyai hutang dengan bank pada ketika itu (hutang kereta, hutang rumah, hutang saham dan lain-lain) yang menyebabkan beliau tidak boleh memindahkan wang atau membeli aset luar negara melebihi RM10 juta
Untuk mengelak daripada had itu kerana Bank Negara Malaysia tidak akan meluluskan arahan pemindahan wang itu, satu-satu caranya ialah memindahkan wang secara senyap-senyap menggunakan pengurup wang
Lebih Baik Berterus TerangKedua-dua kemungkinan di atas mempunyai implikasi undang-undang
Kalau pemindahan wang itu disembunyikan kerana wang itu bukan dari sumber sendiri, maka Tok Mat perlu menjawab: sumber dari mana sebenarnya wang RM10 juta itu
Kalau pemindahan wang itu disembunyikan untuk mengelakkan had pemindahan wang Bank Negara Malaysia, maka Tok Mat perlu menjawab: jadi benarlah Tok Mat telah melanggar undang-undang dan boleh di penjara (jika disabitkan)
Jika wang itu dari sumber Tok Mat sendiri dan Tok Mat tiada hutang (lalu tiada sekatan jumlah hendak dipindahkan), kenapa pula Tok Mat bersusah payah menyembunyikan pemindahan RM10 juta itu
Tok Mat bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana yakin strategi memainkan isu perkauman oleh gabungan PAS-UMNO akan berjaya
Saya nasihatkan jika Tok Mat mahu terus bercita-cita menjadi Perdana Menteri, lebih baik Tok Mat berterus-terang dari sekarang mengenai sebab musabab beliau memindahkan wang RM10 juta itu secara sembunyi, sedangkan Tok Mat kan kaya
Rafizi Ramli

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/04/rm-10-juta-tok-mat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Poser For Mat Hasan So Where Did You Get The Rm10 Million Di Mana Tok Mat Dapat Wang Rm10 Juta Itu

Poser For Mat Hasan So Where Did You Get The Rm10 Million Di Mana Tok Mat Dapat Wang Rm10 Juta Itu

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 364 hits
Menjawab berkenaan pemindahan wang RM10 juta ke London pada 2008 melalui pengurup wang yang kini dilaporkan kembali kepada SPRM calon BN PRK Rantau Mohamad Hasan berkata tiada kesalahan dilakukannya dalam urusan tersebut Katanya SPRM sudah ...
Rafizi Sorok Pindah Rm10 Juta Tok Mat Kena Jujur Jika Mahu Jadi Pm

Rafizi Sorok Pindah Rm10 Juta Tok Mat Kena Jujur Jika Mahu Jadi Pm

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 213 hits
Rafizi Ramli berkata Datuk Seri Mohamad Hasan perlu berterus terang mengenai sebab memindahkan wang RM10 juta itu pada 2007 Foto oleh Yusof Mat IsaSEREMBAN 11 April Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Timbalan Presiden Umn...
Rm10 Juta Dan Tok Mat Oleh Rafizi Ramli

Rm10 Juta Dan Tok Mat Oleh Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 350 hits
RM10 Juta Dan Tok Mat Oleh Rafizi Ramli Inilah apa yang ditulis oleh Saudara Rafizi Ramli di laman facebook rasmi beliau dan admin kongsikan di sini untuk bacaan anda semua Sebarang penerimaan dan pemahaman bacaan atau ketidakpuasan hati de...
Rm10 Juta Tok Mat

Rm10 Juta Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 259 hits
Cerita kekayaan Dato Seri Mohamad Hassan kembali berlegar Saya mulanya tidak mahu mencelah tetapi ada beberapa perkara yang nampaknya cuba mengalihkan perhatian dari isu sebenar Tok Mat Memang KayaPimpinan UMNO mempertahankan kemampuan Tok ...
Di Mana Tok Mat Dapat Wang Rm10 Juta Itu

Di Mana Tok Mat Dapat Wang Rm10 Juta Itu

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 467 hits
Shahbudin Husin 7 April 2019 Menjawab berkenaan pemindahan wang RM10 juta ke London pada 2008 melalui pengurup wang yang kini dilaporkan kembali kepada SPRM calon BN PRK Rantau Mohamad Hasan berkata tiada kesalahan dilakukannya dalam urusan...
Pindah Wang Rm10 Juta Kalau Tok Mat Kaya Kenapa Perlu Takut Orang Tahu Rafizi

Pindah Wang Rm10 Juta Kalau Tok Mat Kaya Kenapa Perlu Takut Orang Tahu Rafizi

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 251 hits
Foto sumber internet SEREMBAN 11 April Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan yang didakwa menyembunyikan tindakannya memindahkan wang RM10 juta bagi pembelian kediaman di Londo...
Tok Mat Not Happy With Talk Of Him As Next Pm

Tok Mat Not Happy With Talk Of Him As Next Pm

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 268 hits
Umno acting president Mohamad Hasan fears that talk of him as a future prime minister would ruin his political career SEREMBAN Barisan Nasional s candidate for Rantau Mohamad Hassan says he is not interested in becoming the prime minister s...
Undi Tok Mat Tanda Solidariti Rakyat Tolak Kerajaan Gagal

Undi Tok Mat Tanda Solidariti Rakyat Tolak Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 285 hits
10 04 2019Rakyat tak boleh ditipu oleh kerajaan dianggotai menteri bingai Puad Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi BANGI 4 Syaaban 1440H Rabu Pengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau wajar mengundi calo...
Kegagalan Pinda Ruu Cerminkan Kerajaan Lemah Tiada Perundingan Tok Mat

Kegagalan Pinda Ruu Cerminkan Kerajaan Lemah Tiada Perundingan Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 277 hits
REMBAU 10 April Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kegagalan pindaaan berkenaan status Sabah dan Sarawak di Parlimen semalam merupakan satu perkara yang amat tidak baik bagi kerajaan semasa Itu mencerminkan...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte