Masyarakat India Muak Bosan Dengan Pimpinan India Faham Atau Tidak


Kasthuri Jeevendran Reaksi seorang pengundi India sewaktu membuat undian pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Rantau, Bandar Ekar, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL 
KUALA LUMPUR – Tidak ada apa yang menghairankan apabila pengundi dalam kalangan masyarakat Cina dan India tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau .

Walaupun sebelum ini pemimpin Pakatan Harapan (PH) ‘terlebih yakin’ akan mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina dan India, namun hakikatnya golongan itu juga tidak bersemangat untuk mengundi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) masyarakat India yang mana sebahagian besarnya telah beralih arah daripada menyokong ‘dacing’ dan MIC selama hampir 60 tahun dengan memberikan undi mereka kepada pimpinan PH khasnya pemimpin India.

Rata-rata mereka begitu ‘tertarik’ serta mempunyai harapan menggunung apatah lagi mendengar ucapan berapi-api membenci kerajaan terdahulu serta janji bulan bintang seandainya diberikan kemenangan besar.

Namun setelah menang, sehingga kini persoalan yang timbul apakah jenis inisiatif serta janji yang sebelum ini dijanjikan oleh pimpinan PH khasnya dalam kalangan India namun tidak nampak apa-apa lagi.

Kata calon Rantau PH, Dr. S.Streram dalam nada terkejut, beliau tidak menyangka keputusan begitu ‘teruk’ diterima dengan hanya mendapat 5,887 undi berbanding lawannya, calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memperoleh 10,397 undi.

Streram mendakwa dirinya tidak percaya dengan sokongan masyarakat Cina dan India yang begitu rendah keluar mengundi di DUN tersebut untuk PRK kali ini.



Bagaimanapun, menurut Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, RT Raja kepada MalaysiaGazette sebentar tadi, beliau tidak terkejut dan meminta keseluruhan pimpinan khasnya pemimpin India PH ‘celik’ dan sedar diri selepas ini.

Kata Raja, tidak ada apa-apa yang menghairankan kerana memang terang lagi bersuluh ramai dalam kalangan rakyat yang menyokong ‘bermati-matian’ kepada kerajaan PH ini sebenarnya semakin bosan dan muak.

Bukan sahaja hampir tidak ada apa-apa yang dibuat selain daripada hanya bersandarkan dengan inisiatif serta kebaikan kerajaan terdahulu kepada masyarakat India, hakikatnya pimpinan India walaupun mempunyai bilangan Menteri, Timbalan, barisan exco dan yang lain, namun tidak berguna.
“Bak kata pepatah, ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’. Itulah hakikat sebenarnya ketika ini.

Pemimpin India PH tidak banyak menyumbang kecuali mengeluarkan segala macam kenyataan tidak berfaedah dan menguntungkan masyarakat India.

“Kadang-kadang mereka ini seolah-olah pembangkang sahaja. Hanya bercakap dan tidak berbuat apa-apa. Memang masyarakat India akan bosan kerana mereka tidak mendapat sebarang manfaat. Cakap sahaja macam tin kosong.

“Tapi bila pilihan raya, macam-macam kamu cakap dan janji lagi. Janji PRU-14 pun tidak lepas wahai PH. Cukuplah dengan retorik kamu.

“Adakah Dr Streram atau Anwar Ibrahim mahupun pimpinan PH fikir dengan menari dan menyanyi seperti MGR dan artis lain anda sudah menang kami? Apakah kamu fikir kami ini begitu cetek sekali? Ada banyak isu yang perlu ditangani tetapi sehingga kini, kamu sekadar tuding jari.

“Kemudian datang lagi pilihan raya, kamu janji lagi. Selang seli itu, kamu bangkitkan lagi sentimen perkauman, masa PRK Cameron Highlands, kamu kata tidak ada dalam kalangan masyarakat Melayu atau India akan beli kuih dengan Orang Asli. Kamu kalah teruk di situ.

“Kemudian kamu cakap lagi tidak mahu makan di kedai lain selain kedai orang India semata-mata mahu dapatkan undi. Tapi kemudian kamu salahkan UMNO dan Pas kerana mainkan isu perkauman?

“Kamu fikir masyarakat India bodoh atau bebal dengan berterusan mainkan politik murahan seperti ini? Kuasa dalam tangan kamu, buatlah apa yang patut daripada terus menyalahkan semua kecuali diri kamu sekelian,” tegasnya.
Reaksi bersahaja Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menari pada Malam Kebudayaan Masyarakat India bagi membantu calon PH, Dr. S. Streram yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 RantauSelepas memenangi Parlimen Cameron Highlands dan merampas kerusi DUN.  Semenyih sebelum ini, Barisan Nasional (BN) terus mencipta kejayaan cemerlang apabila mengekalkan DUN Rantau dalam PRK yang berlangsung semalam.

Dua calon bebas iaitu R. Malarvizhi mendapat 83 undi, manakala Mohd. Nor Yassin 79 undi.
Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) berbual mesra dengan penduduk India, Johnson Soosai Michel (dua kanan) da sebahagian keluarga sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK N.27 RantauKekalahan PH di Rantau yang merupakan kegagalan kali ketiga berturut-turut mengesahkan bahawa rakyat tidak puas hati dengan prestasi kerajaan sedia ada.

Dengan cubaan memainkan isu, kemungkinan kaum bukan Melayu diabaikan jika gabungan pembangkang menang, kebanyakan pengundi di Rantau tidak termakan dengan dakwaan seumpama itu.

BN menang besar di PDM Pekan Sagga yang lebih 60 peratus pengundi terdiri daripada kaum India, begitu juga di Linsum. BN juga menang di PDM Angsamas, Kampung Mambau, Rantau dan Kuala Sawah yang tidak mengundi calon BN, Khairy Jamaluddin di peringkat Parlimen dalam PRU-14, Mei tahun lalu.

Walaupun DUN Rantau mencatat peratusan keluar mengundi tertinggi berbanding enam PRK sebelum ini dengan 79 peratus namun hakikatnya pengundi India dan Cina tidak begitu teruja berbanding Melayu. –MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/masyarakat-india-muak-bosan-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuntut Ilmu Hafal Atau Faham Dahulu

Tuntut Ilmu Hafal Atau Faham Dahulu

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 294 hits
Soalan Yang manakah lebih berkesan dalam menuntut ilmu antara hafal dahulu baru faham atau faham dahulu baru hafal Jawapan Menurut Kamus Dewan maksud hafaz ialah terpelihara dan kekal dalam ingatan khususnya tentang bacaan ayat suci al Qura...
Najib Tok Mat Kempen Undi Masyarakat India Prk Rantau

Najib Tok Mat Kempen Undi Masyarakat India Prk Rantau

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 724 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan ketika hadir pada ceramah umum bossku bersama masyarakat India sempena kempen Pilihan Raya Kecil N 27 Rantau di Bandar Ekar Rantau Negeri S...
Pilih Pak Jokowi Atau Prabowo Sebagai Presiden Indonesia Jawapan Win Arif Jiwa Asyraf Disokong Netizen

Pilih Pak Jokowi Atau Prabowo Sebagai Presiden Indonesia Jawapan Win Arif Jiwa Asyraf Disokong Netizen

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 334 hits
Pelakon yang juga menantu kepada Dato Siti Nurhaliza Tya Arifin memuat naik sebuah video di instagramnya Dalam video tersebut dia bertanya kepada anak lelakinya sama ada memilih Bapak Jokowi atau Bapak Prabowo sebagai presiden baru Indonesi...
Nak Sangat Anak Cemerlang Kita Sendiri Macamana Cemerlang Atau Tidak

Nak Sangat Anak Cemerlang Kita Sendiri Macamana Cemerlang Atau Tidak

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 457 hits
MATA PELAJARAN ANAK ANAK SEKARANGIni laporan keputusan peperiksaan anak saya darjah 1 dan 2 Ada 11 matapelajaran yang mereka perlu kuasai untuk membolehkan mereka dikira cemerlang di sekolah Tidaklah menjadi isu bagi saya jika ini sememangn...
Klia Atau Sepang Kenapa Suka Tukar Nama

Klia Atau Sepang Kenapa Suka Tukar Nama

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 380 hits
APA ada pada nama Itu kena tanya kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan yang menjadi perhatian warga maya sehari dua ini gara gara keghairahan untuk menjenamakan semula program kerajaan terdahulu Rasanya tiada pun perkara itu dalam manifesto...
Pengelap Cermin Kereta Jenis Getah Biasa Atau Silikon Mana Lebih Bagus

Pengelap Cermin Kereta Jenis Getah Biasa Atau Silikon Mana Lebih Bagus

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 989 hits
Wiper pengelap cermin kereta Alza aku dah rosak tapi dekat 3 bulan juga masih guna walaupun getah wiper dah jadi keras dan bahagian hujung dia dah terkoyak Bila memandu dalam hujan kurang nampak jalan sebab wiper dah tak boleh nak sapu bers...
Cara Memasang Widget Atau Button Subscribe Youtube Di Blog

Cara Memasang Widget Atau Button Subscribe Youtube Di Blog

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 382 hits
Cara Memasang Widget Youtube Di Blog Assalamualaikum dan selamat sejahtera Hari ini Sha nak kongsikan cara untuk meletakkan widget atau button subscribe youtube di blog anda Caranya agak ringkas hanya copy and paste kod html 1 Pertama sekal...
4898 Elok Ada Buku Panduan Atau Sop Berkaitan Aset Kerajaan Malaysia Gazette 19 4 19

4898 Elok Ada Buku Panduan Atau Sop Berkaitan Aset Kerajaan Malaysia Gazette 19 4 19

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 411 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM Datuk Nadzim Johan bercakap kepada media mengenai Kontraktor Mangsa Penyelewengan pada sidang media di Ibu Pejabat PPIM Kondominium Villa Puteri Kuala Lumpur Artikel oleh Malaysia Gazette...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas