Masyarakat Chetti Kongsi Kemeriahan Sambutan Deepavali


Sempena sambutan Deepavali yang akan diraikan esok, masyarakat Chetti Melaka di sini turut sibuk menyediakan segala persiapan untuk meraikan pesta cahaya itu.
Pesara kerajaan, K.Suppiah Pillay, 70, berkata sambutan Deepavali bagi masyarakat Chetti dan kaum India tidak jauh berbeza kerana mereka berkongsi perayaan yang sama.
Bagaimanapun, beliau berkata perbezaan yang ketara cuma dari segi pakaian dan makanan kerana masyarakat Chetti lebih terdedah kepada cara hidup orang Melayu.
“Pada pagi Deepavali kaum lelaki akan mengenakan hiasan kepala yang dikenali sebagai ‘talapa’ dan kain pelikat berbanding masyarakat India yang lazimnya memakai pakaian tradisional India iaitu dhoti,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Suppiah Pillay berkata kaum wanita masyarakat Chetti pula akan mengenakan baju kebaya pada sambutan Deepavali.
Beliau berkata dari segi ritual keagamaan juga tidak banyak bezanya, cuma masyarakat Chetti tidak melakukan upacara mandi minyak pada awal pagi sepertimana yang lazim dilakukan oleh masyarakat India di negara ini.
Suppiah Pillay berkata menjadi kelaziman bagi masyarakat Chetti menghidangkan makanan tradisi iaitu hidangan istimewa kepada pengunjung yang hadir ke rumah seperti tosei, iaitu diperbuat daripada beras yang direndam dan dikisar halus.
“Selain tosei…kami biasa sediakan nasi lemak, mee goreng, rendang dan beberapa kuih tradisional Melayu.
Suppiah Pillay berkata selain saudara-mara, ramai rakan-rakan bertandang ke rumahnya dan beliau sentiasa menerima tetamu yang hadir dengan hati yang terbuka.
“Bukan hanya orang Chetti sahaja yang datang ke rumah saya, orang Melayu, Cina…malah ada pelancong luar negara turut berkunjung ke rumah saya untuk melihat bagaimana kami (masyarakat Chetti) menyambut Deepavali,” katanya.
Sementara itu, P. Parachee, 64, berkata kemuncak kemeriahan sambutan Deepavali baginya adalah apabila saudara-mara dan rakan-rakan daripada pelbagai bangsa dan agama mengunjunginya.
“Oleh kerana kebanyakan daripada kawan saya adalah orang Melayu, saya akan pastikan, bahan yang halal bagi orang Islam dijadikan sebagai juadah Hari Deepavali,” kata ibu kepada dua anak yang bekerja di sebuah syarikat swasta.
Katanya pada Hari Deepavali beliau akan memakai baju kebaya kerana itu adalah tradisi yang diwarisi dari nenek moyangnya yang harus terus dipertahankan dan diikuti oleh generasi muda masyarakat Chetti hari ini.
Masyarakat Chetti Melaka adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang Hindu dengan rakyat tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain.
Mengikut catatan sejarah nenek moyang masyarakat Chetti Melaka merupakan saudagar rempah dari negara India yang datang berdagang di sini dan kemudianya menetap di Melaka.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/26/masyarakat-chetti-kongsi-kemeriahan-sambutan-deepavali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Menu Tradisi Masyarakat India Menambat Selera Pada Perayaan Deepavali

Menu Menu Tradisi Masyarakat India Menambat Selera Pada Perayaan Deepavali

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 334 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Nikmati Suasana Kemeriahan Hari Deepavali Hanya Di The Curve

Nikmati Suasana Kemeriahan Hari Deepavali Hanya Di The Curve

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 424 hits
Hi Korang Pesta Cahaya atau lebih dikenali sebagai Deepavali the Curve akan dimeriahkan lagi dengan pameran hiasan Kolam yang cukup elegan persembahan tarian India yang cukup memukau serta pelbagai aktiviti menarik yang bakal menanti pengun...
Perayaan Deepavali Untuk Masyarakat India

Perayaan Deepavali Untuk Masyarakat India

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 532 hits
Perayaan Deepavali Untuk Masyarakat India Happy Deepavali kepada rakan rakan India umi Ye hari ini mereka menyambut perayaan macam masyarakat yang lain juga Tapi bagi umi perayaan mereka sangat unik tau Umi The post appeared first on
Penulisan 3 Pra Spm 2019 Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan

Penulisan 3 Pra Spm 2019 Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 341 hits
Sekolah anda telah mengadakan aktiviti Sepanjang Bulan Kemerdekaan bagi melahirkan semangat cinta akan tanah air kepada para pelajar Sehubungan dengan itu anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan lengkap tentang Sambutan Bulan Kemerde...
Jeniffer Aniston Akhirnya Punya Instagram Begini Riuhnya Sambutan Seleb Dan Warganet Real Idol

Jeniffer Aniston Akhirnya Punya Instagram Begini Riuhnya Sambutan Seleb Dan Warganet Real Idol

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 216 hits
Akun Instagramnya bahkan sempat nggak bisa di follow karena saking banyaknya yang akses 5 5 juta followers dalam waktu 12 jam
Mcdonald S Kuala Terengganu Prihatin Bersama Sama Sertai Sambutan Bulan Sukan Negara

Mcdonald S Kuala Terengganu Prihatin Bersama Sama Sertai Sambutan Bulan Sukan Negara

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 582 hits
McDonald s Kuala Terengganu Prihatin Bersama Sama Sertai Sambutan Bulan Sukan Negara Bulan Oktober ini pasti ada banyak aktiviti yang melibatkan pelbagai jenis sukan di seluruh negara Bermula 1 Oktober terdapat pelbagai penganjuran aktiviti...
Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh

Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 830 hits
Bulan Sukan Negara 2019 telah pun dirasmikan penuh gilang gemilang dan meriah pada 1 Oktober 2019 yang lepas Perasmian telah dibuat oleh Menteri Belia Sukan YB Syed Saddiq di IOI City Mall Putrajaya Baru baru ini pada 12 Oktober 2019 pelanc...
Sambutan Ulang Tahun Tony Roma S Ke 13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite Bites

Sambutan Ulang Tahun Tony Roma S Ke 13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite Bites

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 359 hits
Sambutan Ulang Tahun Tony Roma s Ke 13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite Bites Assalamualaikum semua Baru baru ni sis pergi ke sambutan ulang tahun ke 13 Tony Roma s Wah tak sangka yang restoran ni telah beroperasi selama 13 tahun di negara kita...
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Mendapat Sambutan Luar Biasa Komuniti Gamers Malaysia

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Mendapat Sambutan Luar Biasa Komuniti Gamers Malaysia

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 344 hits
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Mendapat Sambutan Luar Biasa Komuniti Gamers Malaysia l Assalamualaikum Kalau sebut Dota League of Legend Counter Strike semua orang mesti tau kan Hatta orang yang bukan kaki game pun pasti akan tau Mana t...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Utilizing Crowdfunding For Business

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul

Pn Talks Of Gov T Change After Kkb Azmin Holds Back On Revelations Against Ph

We Are Not Subject Of Macc Investigation Say Two Of Mahathir S Sons

Apam Lenggang Rangup Manis Berlemak