Sambutan Ulang Tahun Tony Roma S Ke 13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite Bites


Sambutan Ulang Tahun Tony Roma's Ke-13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite & Bites | Assalamualaikum semua.. Baru-baru ni sis pergi ke sambutan ulang tahun ke-13 Tony Roma's. Wah tak sangka yang restoran ni telah beroperasi selama 13 tahun di negara kita. Bermula dari cawangan pertamanya di Sunway Pyramid, kini Tony Roma's ada 12 cawangan di seluruh Malaysia. Eh, mesti ada yang tertanya, bukan ke Tony Roma's ni dah lama beroperasi? Ya, kalau ikut kan memang dah lama sejak dari tahun 1972 lagi tapi tu kat luar negara wakk. Kat Malaysia kira dah 13 tahun la


Sambutan ulang tahun ke-13 ni diadakan di Tony Roma's cawangan Pavilion. Masa sis sampai tu dah ramai dah tetamu yang datang. Ada rakan-rakan blogger, media, dan juga tetamu dari Tony Roma's sendiri. Sambutan ni bukan sahaja untuk para tetamu malah turut dirai bersama staff-staff Tony Roma's. Wah, meriah betul. Siap ada belon-belon bergantungan.


Sementara menanti majlis dimulakan, Tony Roma's menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk tetamu. Apalagi sis pun tak ketinggalan mencuba. Walaupun tak berjaya tapi tetap dapat hadiah tau. Ha, seronok betul. Lebih teruja bila kawan sis iaitu blogger Luke berjaya dalam salah satu game. Wow, hebat la Luke. Dia berjaya mendapat hadiah hidangan beef ribs percuma. Ha, jangan tak tau yang Beef Ribs Tony Roma's adalah yang terbaik di dunia tau...


Tak best la datang ke Tony Roma's tapi tak makan hidangan yang disediakan. Betul tak? Ha, kami dihidangkan dengan pelbagai hidangan enak termasuk beef ribs. Perghhh, memang sedap tau. Sambil-sambil makan, majlis turut diserikan dengan hadiah cabutan bertuah. Hadiah yang disediakan bukan calang-calang tau. Semua best termasuk hadiah utama Dine In di Tony Roma's selama setahun. Wow, tahniah kepada semua mereka yang bertuah.




Selain dari sambutan ulang tahun ke-13, Tony Roma's juga membuat pelancaran aplikasi Bite & Bites. Aplikasi ini diperkenalkan khas untuk pelanggan setia Tony Roma's di mana terdapat banyak tawaran dan promosi untuk direbut. Yang menariknya aplikasi ni bukan sahaja untuk restoran Tony Roma's malah boleh juga digunakan di restoran NY Steak Shack dan The Manhattan FISH MARKET cawangan Malaysia.


Cara nak guna aplikasi Bite & Bites ni mudah je. Mula-mula korang install dulu dalam telefon kemudian register ikut arahan. Lepas register, korang akan dapat satu (1) Bite Marks yang pertama untuk setiap restoran sebagai tanda selamat datang. Bite Marks ni merupakan Loyalti Points dan perlu dikumpul setiap kali pembelian di restoran (tertakluk kepada syarat). Bila dah cukup jumlah Bite Marks yang dikumpul ia boleh ditebus dengan pelbagai bentuk ganjaran.


Berikut adalah syarat untuk mendapatkan Bite Marks :

✔ Tony Roma's - Satu (1) Bite Mark = Setiap perbelanjaan minima RM80 atau lebih ✔ The Manhattan FISH MARKET - Satu (1) Bite Mark = Setiap perbelanjaan minima RM40 atau lebih ✔ NY Steak Shack - Satu (1) Bite Mark = Setiap perbelanjaan minima RM40 atau lebih✔ Setiap ahli hanya boleh mendapatkan dua (2) Bite Marks setiap hari ✔ Hanya sah untuk Dine In & Take Away Transaction sahaja
Kalau dah cukup Bite Marks apa yang kita dapat?? Ok, setiap restoran ada menyediakan ganjaran masing-masing tapi bagi Tony Roma's ini ganjaran eksklusif untuk anda :

🍴 3 Bite Marks : 1 Free Onion Loaf
🍴 6 Bite Marks : 1 Free Spicy Chicken Pasta
🍴 9 Bite Marks : 1 Free Beef Ribs (2 Pieces)

Amacam.. best kan kalau dapat Beef Ribs tu secara percuma. Sedap tuuu. So, marilah install aplikasi Bite & Bites ni. Banyak ganjaran best yang menanti. Selain tu senang nak tahu jika ada apa-apa promosi terkini seperti voucher percuma. Ha, berbaloi kan kalau install aplikasi Bite & Bites ni. Lagipun tak susah pun nak install. Boleh didapati di Google Play Store dan juga Apple Store.


So kepada Tony Roma's, tahniah di atas sambutan ulang tahun yang ke-13 dan juga pelancaran aplikasi Bite & Bites. Ni yang buat sis makin seronok nak makan di Tony Roma's. Boleh la kumpul Bite Marks sekali kan. So lepas ni sape nak ajak sis keluar sila lah bawa sis ke Tony Roma's ye. Nak kumpul Bite Marks ni.. hehe

Maklumat lanjut boleh rujuk :www.tonyromas.com.my









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2019/10/sambutan-ulang-tahun-tony-romas-ke-13.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aplikasi Bite Bites Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Tony Roma S Yang Ke 13

Aplikasi Bite Bites Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Tony Roma S Yang Ke 13

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 353 hits
Aplikasi Bite Bites dilancarkan pada majlis ulangtahun Tony Roma s yang ke 13 Korang tahu tak outlet pertama Tony Roma s Malaysia dibuka di Sunway Pyramid Petaling Jaya pada tahun 2006 dan selama 13 tahun beroperasi di Malaysia sekarang ini...
Hello Bite Bites Apps Tony Roma S Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke 13

Hello Bite Bites Apps Tony Roma S Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke 13

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 426 hits
4 October lepas uncle dan wife telah mendapat jemputan untuk bersama sama menyambut ulang tahun ke 13th Tony Roma s Pejam celik pejam celik dah 13 tahun Tony Roma s bertapak di Malaysia Kalau ada anak dah masuk sekolah menengah dah Bersempe...
Aplikasi Bite Bites Dilancarkan Bersempena Ulangtahun Ke 13 Tony Roma S Malaysia

Aplikasi Bite Bites Dilancarkan Bersempena Ulangtahun Ke 13 Tony Roma S Malaysia

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 447 hits
Majlis Ulang Tahun Yang Ke 13 Tony Roma s Malaysia Dan Pelancaran Aplikasi Bite Bites Pejam celik dah 13 tahun Tony Roma s berada di Malaysia Tahniah Tony Roma s atas ulang tahun yang ke 13 dan terima kasih juga dari saya kerana The post ap...
Wan Sharmila Nekad Berhijab Pada Ulang Tahun Ke 38

Wan Sharmila Nekad Berhijab Pada Ulang Tahun Ke 38

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 740 hits
Memuat naik fotonya tampil berhijab dan menutup aurat ketika bercuti di Jepun baru baru ini rata rata netizen terkejut dengan penampilan terbaru pelakon Wan The post appeared first on
Microsoft Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Windows Insider Program

Microsoft Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Windows Insider Program

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 279 hits
Reading Time 1 minuteMicrosoft menawarkan wallpaper istimewa kepada mereka yang berdaftar dengan Windows Insider Program Microsoft hari ini meraikan ulang tahun ke 5 Windows Insider Program bersama para pengguna yang berdaftar dengan progra...
Ucapan Mesra Titiek Soeharto Buat Prabowo Di Hari Ulang Tahun

Ucapan Mesra Titiek Soeharto Buat Prabowo Di Hari Ulang Tahun

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 271 hits
Prabowo Subianto berulang tahun hari ini Ucapan dan doa mengalir deras termasuk dari Titiek Soeharto
Suami Ulang Tahun Ayu Dewi Sampai Terharu Gara Gara Ini

Suami Ulang Tahun Ayu Dewi Sampai Terharu Gara Gara Ini

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 303 hits
Suami Ayu Dewi Regi Datau berulang tahun pada 13 Oktober 2019 kemarin Regi mendapat kejutan istimewa dari keluarganya termasuk sang istri
Dapat Kejutan Ulang Tahun Mikaila Patritz Justru Merasa Seperti Alien

Dapat Kejutan Ulang Tahun Mikaila Patritz Justru Merasa Seperti Alien

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 223 hits
Mikaila Patritz mendapatkan kejutan dari sang suami di hari ulang tahunnya Sabtu kemari Karena kejutan itu ia justru merasa seperti alien
Pelancaran Aplikasi Xtvt Backpackerz Explorace

Pelancaran Aplikasi Xtvt Backpackerz Explorace

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 344 hits
Pelancaran Aplikasi XTVT Backpackerz Explorace Salam Pada khamis yang lalu bertarikh 3 Oktober 2019 uzu berkesempatan hadir ke satu majlis pelancaran dan juga penutupan yang mana ia diadakan di Sunway Putra Mall Kuala Lumpur Majlis tersebut...
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear