Mcdonald S Kuala Terengganu Prihatin Bersama Sama Sertai Sambutan Bulan Sukan Negara


McDonald's Kuala Terengganu Prihatin Bersama - Sama Sertai Sambutan Bulan Sukan Negara | Bulan Oktober ini pasti ada banyak aktiviti yang melibatkan pelbagai jenis sukan di seluruh negara. Bermula 1 Oktober, terdapat pelbagai penganjuran, aktiviti dan program kecergasan sukan dilaksanakan. Semestinya ia akan melibatkan penyertaan orang ramai tidak kira peringkat umur.


Malah, di sekolah juga sudah pasti ada pelbagai aktiviti yang sudah dirancangkan bersama murid - murid. Kalau Sis Gee, sukan zumba semestinya menjadi sukan kesukaan ketika ini. Hahahaha! Tapi, sejak join Unicorn Fun Run hari tu, rasanya nak join lagi mana - mana Fun Run di Terengganu ni. Best wei!!! Di samping badan bertambah sihat, fikiran pun boleh lebih relaks

McDonald's Kuala Terengganu Turut Serta Program Bulan Sukan Negara 2019 Kontinjen Terengganu


Pada 12 Oktober 2019 baru - baru ini, sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Kontinjen Terengganu telah diadakan di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu. Sambutan ini sangat meriah dengan pelbagai acara yang diadakan. Ia turut disertai oleh Ketua - Ketua Jabatan Kontinjen Terengganu, Ketua - Ketua Polis Daerah, Timbalan Ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta ahli keluarga dari setiap Ibu Pejabat Polis Daerah termasuklah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu


Antara aktiviti dan acara yang berlangsung pada hari tersebut adalah Fun Ride, Fun Walk, Sukan Rakyat, Acara Mewarna Kanak - Kanak serta Gerai - Gerai Pameran dari TM Kuala Terengganu, Tabung Haji, Kedai - Kedai Basikal dan banyak lagi.


Sumbangan McDonald's Kuala Terengganu 400 Pax Chicken Burger dan OB



Sebagai inisiatif McDonald's Kuala Terengganu bagi mendekati rakyat Terengganu, peluang seperti ini semestinya tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Satu pasukan daripada McDonald's Kuala Terengganu bersama Restaurant General Manager Encik Wan Muhairyzal turut sama turun padang bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Sukan Negara di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.


Program sebegini juga digunakan oleh McDonald's Kuala Terengganu untuk menjalinkan hubungan baik antara pihak McDonald's bersama masyarakat setempat serta anggota - anggota polis. Selain itu, pasukan McDonald's Kuala Terengganu turut memperoleh maklum balas daripada pengunjung berkenaan servis McDonald's Kuala Terengganu bagi tujuan penambahbaikan.


Melalui kaunter yang dibuka pada hari tersebut, McDonald's Kuala Terengganu turut menjalankan promosi Majlis Hari Jadi di McDonald's Kuala Terengganu. Pengunjung yang hadir serta anggota - anggota polis dapat membuat tempahan dan mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej yang ditawarkan.


Penglibatan McDonald's Kuala Terengganu Mendapat Pujian Daripada Anggota IPK dan Orang Ramai



Timbalan Ketua Polis Terengganu sangat berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan oleh McDonald's Kuala Terengganu. Oleh yang demikian, McDonald's Kuala Terengganu telah diberikan sijil penghargaan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di atas usaha McDonald's Kuala Terengganu.


Masyarakat setempat pula sangat berbesar hati dan berterima kasih di atas keprihatinan daripada pihak McDonald's Kuala Terengganu yang turut sama memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara. Secara langsung, masyarakat telah menyedari bahawa pakej dan tawaran sambutan hari lahir di McDonald's adalah sangat berbaloi - baloi pada harga yang berpatutan.

Tahniah McDonald's Kuala Terengganu!



Usaha McDonald's Kuala Terengganu sememangnya patut dipuji dan patut di contohi. Bagi Sis Gee, dengan penglibatan sumbangan seperti ini, ia dapat memberikan persepsi positif orang ramai bahawa motif utama McDonald's bukan mengejar keuntungan semata - mata. Malah, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat di sekitar.

All the best McDonald's Kuala Terengganu!!!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sisgee.com/2019/10/mcdonalds-kuala-terengganu-prihatin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh

Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 915 hits
Bulan Sukan Negara 2019 telah pun dirasmikan penuh gilang gemilang dan meriah pada 1 Oktober 2019 yang lepas Perasmian telah dibuat oleh Menteri Belia Sukan YB Syed Saddiq di IOI City Mall Putrajaya Baru baru ini pada 12 Oktober 2019 pelanc...
Hari Sukan Sempena Bulan Sukan Negara Di Tasik Utp Tronoh Perak

Hari Sukan Sempena Bulan Sukan Negara Di Tasik Utp Tronoh Perak

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 690 hits
Hari Sukan Sempena Bulan Sukan Negara Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Bulan ini iaitu bulan Oktober kerajaan Malaysia telah menetapkan sebagai Bulan Sukan Negara Sebenarnya jabatan Sha sendiri telah lebih setahun menganjurkan kemp...
Bulan Sukan Negara Pelancaran Disertai Pelbagai Tapisan Masyarakat

Bulan Sukan Negara Pelancaran Disertai Pelbagai Tapisan Masyarakat

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 371 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bulan Sukan Negara Tudm Sambut Baik Lahirkan Anggota Cergas Fizikal Mental

Bulan Sukan Negara Tudm Sambut Baik Lahirkan Anggota Cergas Fizikal Mental

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 522 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bulan Sukan Negara Kerajaan Mahu Jadikan Malaysia Sebuah Negara Bersukan

Bulan Sukan Negara Kerajaan Mahu Jadikan Malaysia Sebuah Negara Bersukan

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 603 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sejarah Penting Yang Berlaku Di Negara Kita Pada Bulan Oktober

Sejarah Penting Yang Berlaku Di Negara Kita Pada Bulan Oktober

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 457 hits
Assalamualaikum wbt Sebenarnya saya baru terbaca dalam blog library saya di mana saya pun dah lupa tentang sejarah yang berlaku pada bulan Oktober dalam negara kita Ada yang tahu tak Kalau ada yang tak tahu jom kita baca apakah yang berlaku...
Fauzi Nasi Kerabu Gong Badak Kuala Terengganu

Fauzi Nasi Kerabu Gong Badak Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 1894 hits
Isnin 07 10 2019Cerita minggu lalu saya berkesempatan ke Kuala Terengganu selama 3 malam Memang dah lama sangat tak berkunjung ke Terengganu Kunjungan kali ni pun disebabkan suami ada kursus bolehlah saya ikut berjalan sekali Alang alang da...
Kuala Terengganu Persiap Empat Pusat Pemindahan Banjir

Kuala Terengganu Persiap Empat Pusat Pemindahan Banjir

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 358 hits
Lawatan dilakukan untuk menilai keperluan yang perlu ditambah dalam persiapan menghadapi banjir Oleh Fidee AzizKUALA TERENGGANU 16 Oktober Kerajaan negeri melalui Sekretariat Pengurusan Bencana telah bersiap sedia dengan menyediakan empat p...
World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

5 Tips Cari Kerja Remote Work From Home

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Batuk Sampai Tak Tidur Ibu Kena Lakukan Sesuatu

Special Gift For Ydp Agong From President Xi

Memahami Mekanisme Perdagangan Forex Dan Gold

Not Forgiving Bumiputera Activists Demand Editors Firing Over Flag Mistake In Malay Newspaper

Controversy Erupts Pos Malaysia Ceo S Response To Uniform Criticism Under Fire

Polis Cari Pembeli Kia Sonata Bgk2338