Penulisan 3 Pra Spm 2019 Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan


Sekolah anda telah mengadakan aktiviti Sepanjang Bulan Kemerdekaan bagi melahirkan semangat cinta akan tanah air kepada para pelajar. Sehubungan dengan itu, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan lengkap tentang Sambutan Bulan Kemerdekaan yang telah dianjurkan untuk dimuatkan dalam ruangan majalah sekolah. Tulis laporan itu selengkapnya.
Laporan Bulan Kemerdekaan
Sekolah Menengah Satria Perdana, Sungkai, Perak

Sepanjang bulan Ogos 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan Satria Perdana, Sungkai, telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Program tersebut diadakan bertujuan mencetus dan menanamkan semangat cinta akan tanah air dalam kalangan pelajar. Hal ini ditegaskan oleh Tuan Haji Zain Ariff Zailani, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Satria Perdana, Sungkai, ketika merasmikan majlis yang bersejarah itu pada 12 Ogos 2019 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Satria Perdana, Sungkai. Tuan pengetua juga mengharapkan aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan jati diri, menanamkan rasa keinsafan dan perasaan bersyukur dalam kalangan pelajar. Mereka sewajarnya menghargai pengorbanan para pejuang tanah air yang berjuang dengan serba kekurangan, tanpa senjata moden, tanpa alat komunikasi canggih dan tanpa kekayaan harta benda. Mereka hanya memiliki tulang empat kerat untuk menggalas perjuangan bak kata pepatah tiada rotan, akar pun berguna.
Upacara perasmian, Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Menengah Satria Perdana, Sungkai, dimulakan dengan menaikkan Jalur Gemilang. Apabila tirai pentas dibuka, kumpulan koir Bulan Kemerdekaan Sekolah Menengah Satria Perdana, Sungkai, telah bersedia untuk menyanyikan lagu "Bahtera Merdeka" dan "Tanggal 31". Mereka menyanyi dengan penuh semangat. Setelah tamat persembahan koir, pementasan drama patriotik yang bertajuk "Peristiwa Bukit Kepong" nukilan Puan Hasliza Manap seorang guru Sejarah sekolah ini telah dipentaskan. Drama ini mengisahkan tentang serangan pengganas komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong, Muar yang terkenal dalam sejarah Malaysia. Persembahan drama yang bertemakan berpantang mati sebelum ajal begitu menyentuh jiwa dan perasaan guru-guru dan para pelajar.
Selain itu, pihak sekolah juga menjemput seorang tokoh akademik, iaitu Dr. Amira Azman untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk "Perjuangan Pemimpin Menuntut Kemerdekaan dan Implikasinya terhadap Negara". Kehadiran Dr. Amira Azman ibarat sirih pulang ke gagang kerana beliau merupakan bekas murid sekolah ini. Dalam ceramahnya, beliau mengupas senario perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Dato' Maharajalela dan sebagainya. Bagi Dr. Amira, pejuang-pejuang kemerdekaan tersebut umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Beliau menasihatkan para pelajar supaya berusaha gigih dalam pelajaran demi menjadi manusia yang berguna dan menguasai ilmu pengetahuan bagi mengisi kemerdekaan negara. Beliau juga menasihatkan para pelajar supaya tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit.
Pada 14 Ogos 2019, Pertandingan Deklamasi Sajak Patriotik telah mengisi atur cara sambutan. Pertandingan tersebut melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 5. Peserta yang mengambil bahagian ternyata amat bersemangat sewaktu mendeklamasikan sajak mereka. Bakat peserta yang mengambil bahagian tidak kurang hebatnya. Mereka telah menyampai­kan sajak dengan pelbagai gaya dan kreativiti. Pelajar-pelajar yang tidak mengambil bahagian dalam pertandingan deklamasi sajak diminta menyiapkan biografi tentang tokoh-­tokoh kemerdekaan. Mereka dimestikan mendapat maklumat tentang tokoh-tokoh tersebut dengan melayari Internet. Biografi yang telah dihasilkan oleh para pelajar akan dipertanding­kan. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah.
Pihak sekolah juga pada 17 dan 17 Ogos 2019 telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah di Muar, Johor. Antara tempat yang dilawati ialah Balai Polis Bukit Kepong, Makam Sultan Alauddin Riayat Syah di Kampung Raja Pagoh dan Hutan Lipur Gunung Ledang. Lawatan ini bertujuan mendedahkan para pelajar untuk melihat kesan dan bukti sejarah yang terdapat di kawasan sendiri. Balai Polis Bukit Kepong merupakan sebuah balai polis yang pernah melalui detik hitam dalam sejarah negara, iaitu peristiwa pertempuran pasukan polis dengan pengganas komunis. Manakala Makam Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan makam salah seorang sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka. Gunung Ledang pula merupakan satu tempat yang mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka apabila Sultan Mahmud ingin memperisterikan Puteri Gunung Ledang pada suatu ketika dahulu.
Sebagai acara kemuncak, pada 30 Ogos 2019, telah diadakan Majlis Kembara Merdeka dan Mengibarkan Jalur Gemilang Peringkat Sekolah. Majlis yang dimulai pada pukul 8.00 pagi itu mendapat sambutan di luar dugaan daripada kalangan warga sekolah dan Persatuan Ibu Bapa  dan Guru. Setiap individu yang terlibat diberi Jalur Gemilang bersaiz kecil untuk dikibarkan semasa perarakan. Para pelajar membawa sepanduk yang ditulis dengan kata-kata semangat seperti "Cintai dan Sayangi Malaysia", dan "Malaysia, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta" mengikut kreativiti pelajar. Majlis perarakan sejauh 2.5 kilometer itu bermula dari dataran perhimpunan dan berakhir di tempat yang sama. Setelah tamat acara perarakan, program pada pagi tersebut diteruskan dengan ucapan penutupan program oleh Tuan Haji Zain Ariff Zailani, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Satria Perdana, Sungkai. Beliau menyatakan perasaan gembira dan amat berpuas hati dengan perjalanan Sambutan Bulan Kemerdekaan pada kali ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis yang amat bermakna terutama kepada para pelajar. Selepas itu, Tuan Pengetua menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Deklamasi Sajak dan Pertandingan Menulis Biografi Tokoh Kemerdekaan. Majlis yang penuh warna­-warni dan bersejarah itu melabuhkan tirainya tepat pukul 11.30 pagi dengan nyanyian lagu "Negaraku".

Laporan disediakan,                                            10 SEPTEMBER 2019
    
(NUR SYAHIRA BINTI RAZMAN)
Tingkatan 5 al-Ghazali,
Sekolah Menengah Satria Perdana, Sungkai

* Boleh ubah suai jika soalan berkaitan aktiviti Bulan Kebangsaan [Kemerdekaan] di sekolah selain laporan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2019/10/penulisan-3-pra-spm-2019-laporan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penulisan 1 Pra Spm 2019 Media Sosial

Penulisan 1 Pra Spm 2019 Media Sosial

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 550 hits
Penggunaan media sosial telah menguasai kehidupan sebahagian besar remaja masa ini walaupun mereka mengetahui terdapat banyak keburukan daripada kebaikan Sebagai seorang remaja huraikan langkah langkah yang perlu anda lakukan untuk memastik...
Penuisan 2 Pra Spm 2019 Semangat Kejiranan

Penuisan 2 Pra Spm 2019 Semangat Kejiranan

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 496 hits
Pada era teknologi tanpa sempadan ini masyarakat semakin sibuk sehingga menyebabkan semangat kejiranan semakin terhakis dalam kalangan mereka Huraikan langkah langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Pendahuluan Ki...
Spm Akan Bermula Pada 14 Oktober 2019

Spm Akan Bermula Pada 14 Oktober 2019

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 301 hits
Sijil Pelajaran Malaysia antara peperiksaan terpenting di dalam sistem pendidikan di Malaysia Sekurang kurangnya jika anda rakyat Malaysia cuba dapatkan sijil daripada SPM ini Pada minggu yang lalu Penilaian Tingkatan 3 telah pun tamat bagi...
Laporan Lengkap Kegagalan Sistem Di Klia Ke Jemaah Menteri Bulan Ini

Laporan Lengkap Kegagalan Sistem Di Klia Ke Jemaah Menteri Bulan Ini

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 232 hits
Laporan lengkap kegagalan sistem di KLIA ke Jemaah Menteri bulan ini Dikemas kini 29 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Oct 2
Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh

Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 879 hits
Bulan Sukan Negara 2019 telah pun dirasmikan penuh gilang gemilang dan meriah pada 1 Oktober 2019 yang lepas Perasmian telah dibuat oleh Menteri Belia Sukan YB Syed Saddiq di IOI City Mall Putrajaya Baru baru ini pada 12 Oktober 2019 pelanc...
Top Commentator Bulan Oktober 2019 Tahniah

Top Commentator Bulan Oktober 2019 Tahniah

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 301 hits
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah saya nak ucap banyak banyak terima kasih pada awak yang masih lagi mengikuti perkembangan saya walaupun saya dah makin jarang update jurnal nie tapi saya akan pastikan ianya terus hidup kerana inilah diari ...
Mcdonald S Kuala Terengganu Prihatin Bersama Sama Sertai Sambutan Bulan Sukan Negara

Mcdonald S Kuala Terengganu Prihatin Bersama Sama Sertai Sambutan Bulan Sukan Negara

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 652 hits
McDonald s Kuala Terengganu Prihatin Bersama Sama Sertai Sambutan Bulan Sukan Negara Bulan Oktober ini pasti ada banyak aktiviti yang melibatkan pelbagai jenis sukan di seluruh negara Bermula 1 Oktober terdapat pelbagai penganjuran aktiviti...
Jumlah Trafik Blog Bulan September 2019 Meningkat

Jumlah Trafik Blog Bulan September 2019 Meningkat

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 382 hits
Statistik bulan September 2019 Alhamdulillah berganjak lagi ke satu bulan di tahun 2019 Cepat benar masa berlalu kan Rasanya baru sahaja saya kongsikan mengenai statistik trafik blog ini untuk bulan Ogos 2019 sekarang dah sampai ke pertenga...
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Mendapat Sambutan Luar Biasa Komuniti Gamers Malaysia

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Mendapat Sambutan Luar Biasa Komuniti Gamers Malaysia

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 387 hits
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Mendapat Sambutan Luar Biasa Komuniti Gamers Malaysia l Assalamualaikum Kalau sebut Dota League of Legend Counter Strike semua orang mesti tau kan Hatta orang yang bukan kaki game pun pasti akan tau Mana t...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda