Masukkan Rm5 Dalam Tabung Setiap Hari Tahu Tahu Dapat Buat Simpanan Sampai Rm4 000


Pada asalnya tidak berniat untuk membuat tabungan anak, tetapi selepas beberapa ketika mengumpul timbul rasa untuk menyimpan duit buat anak mereka. Pasangan Raizuan Ibrahim dan Nurisha Anis Rosdi mula mengumpul not RM5 dan RM20 sejak tiga tahun yang lalu sebelum kelahiran anak lelaki mereka.
Artikel Menarik: [Badan Penat, Keputihan Makin Teruk. Resipi Jamu Ini Baik Untuk Kesihatan Ibu]
“Ketika itu matlamatnya berbeza. Kami fikirkan untuk kegunaan kami untuk bercuti dan sebagainya. Bila isteri disahkan hamil, terus terfikir untuk buat tabungan anak. Kebetulan waktu itu duit dah semakin banyak dan ditambah dengan pemberian orang untuk dia, jadi kami teruskan mengumpul duit itu, ” terang Raizuan apabila ditanyakan tentang permulaan mereka menabung untuk Muhammad Al-Fayyadh.
Pilih Not Duit Yang Jarang Digunakan
Menjawab persoalan mengapa not RM5 dan RM20 yang dijadikan pilihan, kata mereka kerana duit ini jarang digunakan. “Kalau berbelanja, kami banyak gunakan RM1 dan RM10, bila tengok selalunya berbaki not RM5 dan RM20 ni, itu yang menyebabkan kami selesa mengumpulnya. Kami kumpul bersama-sama. Tak ada tetapkan pun siapa yang simpan RM5 dan siapa kumpul RM20. Sama-sama simpan,” kata Raizuan lagi.

Tambah Anis pula, mereka berdua memilih nilai wang tersebut kerana ia sederhana dan tidak terlalu terbeban untuk mengumpulnya. Mereka akan masukkan duit-duit ini dalam dua tabung berbeza dan bila tiba hujung bulan akan dikira untuk melihat jumlahnya.
Pupuk Sikap Disiplin
Mereka berdua konsisten dan disiplin membuat tabungan ini apabila melihatkan jumlah simpanan yang banyak. Semakin lama, semakin banyak. “Itulah yang menjadi penguat semangat kami untuk terus konsisten buat simpanan. Tak pernah terfikir pun untuk ambil dan gunakan wang itu. Kami komited untuk kumpul lebih banyak lagi,” cerita Raizuan.

Selama tiga tahun simpanan mereka berdua, not RM5 dapat dikumpul melebihi RM4000. Duit not RM20 pula berjaya dikumpul lebih kurang RM2000 dalam tempoh setahun. Apabila wang yang disimpan sudah mulai banyak, tidaklah disimpan bawah katil atau di celahan almari baju. Raizuan dan Anis akan masukkan wang tersebut dalam akaun Tabung Haji.
Bersaing Sesama Sendiri
“Biarpun ini simpanan bersama, tapi kami selalu bersaing. Siapa yang berjaya kumpul lebih banyak wang untuk bulan itu. Rasa nak menang tu buat kami komited untuk menyimpan,” cerita Raizuan lagi. Menurut Anis pula, untuk membuat simpanan harus ada target dan matlamat yang jelas. Kena ada disiplin dan asingkan wang itu sebelum dimasukkan ke dalam tabung khas.
Artikel Menarik: [Diam Atau Aktif Selagi Tak Ada Masalah, Jangan Bandingkan. Setiap Anak Lain-Lain]
“Nak habiskan duit tu cepat. Nak mengumpul tu yang makan masa. Sebab itulah kita kena berdisiplin dan jangan mengelat. Kita dan pasangan kena saling menyokong dan kuat semangat. Maklumlah bila hampir hujung bulan tu, tengok pula duit bertimbun dalam tabung. Perasaan untuk ‘mengambil’ hak anak itulah yang perlu kita elakkan. Sekali dah ambil, nanti kita akan terbiasa,” kata Anis apabila diajukan soalan bagaiman mereka begitu komited dengan simpanan begini.
Tidak Terlalu ‘Tekan’ Diri Sendiri
Kata pasangan ini, mereka tidak mahu terlalu membebankan diri. Bergantung kepada keberadaan wang, jika ada maka akan disimpan. Tetapi seandainya pada hari itu not duit untuk kedua-dua nilai itu tidak ada, maka tiadalah simpanan. Esok pula mereka akan gantikan.

“Sekarang ni anak kami dan berumur setahun lebih. Usaha menabung ni akan kami teruskan. Mana tahu suatu hari nanti kami mampu buat simpanan dengan nilai not yang lebih besar pula. Rasanya untuk jumlah simpanan RM5 tu lebih dari yang kami beritahu tadi. Sebab waktu itu kami memang bersungguh-sungguh membuat tabungan,” kata Raizuan.
Berkongsi harapan mereka berdua, Raizuan dan Anis memberitahu yang mereka berharap tabungan untuk anak mereka akan jadi lebih banyak untuk kegunaannya di masa hadapan. Juga menyimpan hasrat untuk mengumpul not nilai yang lain pula. “Jika ada anak yang seterusnya pun, kami akan teruskan cara tabungan begini. Harapan kami agar masa depan Fayyadh selesa dan mudah ketika dia dewasa nanti,” akhiri Raizuan.
The post Masukkan RM5 Dalam Tabung Setiap Hari, Tahu-Tahu Dapat Buat Simpanan Sampai RM4,000! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masukkan-rm5-dalam-tabung-setiap-hari-tahu-tahu-dapat-buat-simpanan-sampai-rm4000/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Buta Terpaksa Jual Lemang Setiap Hari Sebab Nak Pakai Duit Untuk Isteri Sakit

Suami Buta Terpaksa Jual Lemang Setiap Hari Sebab Nak Pakai Duit Untuk Isteri Sakit

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 534 hits
Kerana sayang kita sanggup buat apa sahaja demi insan yang kita cintai tu kan Itulah yang dilakukan seorang lelaki buta dari Thailand bernama Yom Homhuan ini yang membanting tulang setiap hari demi mendapatkan wang Menurut Yom 67 sudah bern...
Setiap Hari Suami Selit Duit Nafkah Hujung Bulan Dapatlah Isteri Reward Diri

Setiap Hari Suami Selit Duit Nafkah Hujung Bulan Dapatlah Isteri Reward Diri

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 763 hits
Jadi tanggungjawab suami apabila berkahwin dan isteri bekerja tetap kena berikan nafkah walaupun isteri tak minta Jika selama ini seorang wanita ditanggung bapanya kini tanggungjawab itu beralih kepada suami Itu perkara asas perlu diketahui...
Susu Ibu Pelbagai Rasa Setiap Hari Anak Excited Nak Menyusu Bila Besar Tak Cerewet Makan

Susu Ibu Pelbagai Rasa Setiap Hari Anak Excited Nak Menyusu Bila Besar Tak Cerewet Makan

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 451 hits
Susu ibu dihasilkan oleh badan ibu untuk keperluan bayi Rupanya apa yang dimakan ibu akan dirasai oleh bayinya Secara tidak langsung mereka telah merasa rasa makanan melalui susu ibu dan tidak cerewet untuk menerima makanan pelengkap kelak ...
Ciuman Mak Ayah Buat Anak Mudah Dengar Kata Jika Setiap Hari Lagi Hebat Auranya

Ciuman Mak Ayah Buat Anak Mudah Dengar Kata Jika Setiap Hari Lagi Hebat Auranya

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 388 hits
Mencium anak anak adalah sangat penting untuk menumbuhkan EQ anak dengan lebih segar Anak anak yang sering dicium dengan penuh kasih sayang merasai dirinya dikasihi Berdasarkan pengalaman Pakar Kekeluargaan Keibubapaan Dan Kasih Sayang dia ...
Rahsia Anak Soleh Letak Tangan Atas Ubun Ubun Setiap Hari Mulakan Asmaul Husna

Rahsia Anak Soleh Letak Tangan Atas Ubun Ubun Setiap Hari Mulakan Asmaul Husna

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 761 hits
Doa untuk anak daripada ibu bapa adalah satu doa yang amat mustajab Sebagai ibu bapa kita seharusnya mengambil peluang ini untuk sentiasa memohon dan meminta kepada Allah agar diberikan kebaikan kepada anak anak Pastikan niat yang kita buat...
Lelaki Mati Akibat Kerap Minum Soda Setiap Hari Paras Gula Meningkat 20 Kali Ganda

Lelaki Mati Akibat Kerap Minum Soda Setiap Hari Paras Gula Meningkat 20 Kali Ganda

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 290 hits
The ReporterSeorang lelaki berusia 30 tahun dari Suzhou China mula berasa lemah dan dahaga sejak 10 hari lalu yang juga membuatkan dia kerap pergi ke tandas setiap hari dan berat badannya semakin susut Wang menyangka keadaan yang dialaminya...
Jangan Lokek Tunjuk Rasa Sayang Peluk Cium Anak Setiap Hari Agar Tak Ada Kesan Pada Otaknya

Jangan Lokek Tunjuk Rasa Sayang Peluk Cium Anak Setiap Hari Agar Tak Ada Kesan Pada Otaknya

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 441 hits
Anak kecil kita yang baru berusia 2 hingga tahun memang tak tahu apa apa Dunianya hanyalah bermain Walaupun mereka leka dengan dunia mereka sendiri tapi janganlah abaikan mereka Ada banyak kesannya pada perkembangan mereka lebih lebih lagi ...
Dah Ada Anak Tetap Kena Puji Ucap Sayang Setiap Hari Baru Sentiasa Rindu

Dah Ada Anak Tetap Kena Puji Ucap Sayang Setiap Hari Baru Sentiasa Rindu

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 588 hits
Bila dah lama kahwin sebahagian besar rumah tangga jadi hambar Bebanan mencari duit karenah anak anak dan urusan kerja membuatkan hubungan suami isteri pudar Sebahagiannya pula bosan kerana dah lama kahwin Jemu menghadap muka Keluar makan p...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025