Masuk Kandang Kambing Mengembek
Peribahasa ada mengatakan "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Maksudnya, menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. Kita memang kena ikut peribahasa tu pergi mana-mana kena sesuaikan diri dengan keadaan semasa.
Tapi dah kenapa ke kandang kambing automatik rasa nak ikut mengembik macam kambing! Nampak kambing macam nampak kucing kaedahnya. Kalau kita nampak kucing mesti mulut nak bunyi meow kan.
Nampak kambing pun auto nak mbekkkk...Seolah olah macam nak cakap dengan kambing. Padahal kambing bukan faham
Baru-baru ni balik kampung sempatlah ke rumah Uwan sebelah arwah abah mentua somewhere in Kuala Pilah. Bawa pula anak buah yang memang suka dengan haiwan. Pantang datang rumah Onyang dia, mesti nak tengok kambing. Suka betul dengan kambing
Budak-budak zaman now serba berani. Tak takut pegang kambing. Kita ni nak pegang pun rasa takut. Dia bukan geli tau tapi lebih kepada risau kalau kena gigit. Kambing gigit orang ke
Kambing ni pantang nampak orang. Nak mengembik je. Nak makan barangkali. Macam kucing lah, nak makan sibuk mengeow. Riuh betul kadang kambing ni, ada macam-macam bunyi suara kambing. Ada yang macam suara manusia buat bunyi kambung pun ada!
Tak berani nak dekat, kita zoom je lah. Nampak macam tersenyum je si kambing ni. Meriah kandang kambing dengan berjenis-jenis pelbagai saiz kambing. Sebahagiannya akan dijadikan korban Hari Raya Haji nanti
Yang kecil-kecil tu comelnya alahaiii...Kambing-kambing kecil biasanya kalau dilepaskan, sangat aktif berlari kesana-sini. Kadang kita pula jadi takut kalau tiba-tiba dia melompat kat kita. Tak cukup tanah nak berlari nanti. Bukan boleh percaya kambing ni. Ada yang hyperaktif tu lagilah tak terkawal.
Budak-budak ni tengok haiwan pun dah rasa seronok. Kita yang dewasa ni tengok budak-budak happy pun kita pun happy
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/06/masuk-kandang-kambing-mengembek.html