Masuk Icu Tukar Vitamin C Dengan Ivermectin
Masuk ICU, tukar vitamin C dengan Ivermectin
Seorang pesakit terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selain perlu diintubasi berikutan pengambilan pil Ivermectin setiap hari ketika menerima rawatan di salah sebuah hospital baru-baru ini.
Perkara itu didedahkan seorang doktor dikenali Luqman Alhakim menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya ketika menceritakan kesan pengambilan Ivermectin terhadap pesakit Covid-19.
“Salah seorang pesakit menyeludup masuk Ivermectin dengan menukarkannya ke dalam botol vitamin C dan mengambil pil berkenaan setiap hari ketika berada di wad.
“Sekarang sudah masuk ICU dan diintubasi. Tolong jangan berbohong kepada kami, ia (Ivermectin) tidak selamat dan membahayakan kesihatan,” ciapnya ringkas.
Dalam pada itu, Luqman Alhakim turut meminta setiap pesakit supaya bersifat jujur dengan sejarah pengambilan ubat-ubatan serta tidak menipu doktor.
Dalam pada itu, Pusat Racun Negara sebelum ini mengesahkan bahawa pihaknya telah mula menerima kes keracunan yang diakibatkan oleh pengambilan Ivermectin.
Katanya, kes pertama yang diterima melibatkan seorang pengguna berumur 35 tahun yang telah mengambil sebiji pil Ivermectin.
“Akibat pengambilan sebiji pil itu, pengguna tersebut telah mengalami gejala sesak nafas yang berpanjangan sehingga lima hari selepas pengambilan.
“Kes kedua pula melibatkan seorang warga emas yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dikatakan mengambil 15 biji pil Ivermectin sekali gus,” jelasnya.
Pengambilan Ivermectin menjadi popular ketika ini berikutan didakwa oleh sesetengah pihak sebagai satu cara dalam merawat Covid-19. K Online
Masuk ICU, tukar vitamin C dengan Ivermectin
Baca Artikel Menarik :
Enakmen Lompat Parti Perlu Dilaksanakan – Tok Mat
Buka sekolah tahun depan saja, sekarang tumpu vaksin pelajar – PIBGN
Muhyiddin sudah diberi peluang selama 17 bulan
Amirudin perlu letak jawatan, cemari nama baik Sultan
Setiap penyakit ada ubatnya
Umno dibelenggu bayangan #KerajaanGagal
Anak gadis Fiza Halim cantik, curi tumpuan
Minah kilang sekarang tauke Leedee
1BestariNet, siasat segera demi kepentingan umum
Muhyiddin ‘sangat marah’, desak peletakan jawatan saya kerana kontrak YTL, kata Maszlee
Resepi Roti Chicken Floss Lembut Gebu
Layari Laman Facebook MYKMU
Bersedia lawan varian Mu sekarang, kata ahli virologi
The post Masuk ICU, tukar vitamin C dengan Ivermectin appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/09/07/masuk-icu-tukar-vitamin-c-dengan-ivermectin/