T21h25 Tukar Clutch Plate Dan Timing Belt Kereta Proton Persona
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pak Long Yazid telah menyatakan hasratnya untuk meminjam kereta Proton Persona gear manual untuk dipandu ketika pulang ke rumah beliau di Sungai Besar.
Sehubungan dengan itu Master telah menghantar kereta Proton Persona ke Sham Tyres and Car Services di Jalan 8, Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi pada 20210825 yang lalu.
Tujuannya adalah untuk mengganti clutch plate dan timing belt Proton Persona tersebut memandangkan kereta itu pun dah 13 tahun. Lebih baik tukar daripada menanggung kos jika berlaku kerosakan.
Kereta Proton Persona itu telah disiapkan pada 20210827 dan diambil oleh Master pada 20210828.
Berikut adalah butiran kos penukaran beberapa komponen kereta Proton Persona menurut resit bayaran bertarikh 20210827.
KeteranganKuantitiHargaClutch plate (set) +
flywheel oil seal +
gear oil / auto oil 1740Alignment 430Balancing 420Vacuum hose 115Coolant 276Valve cover bush +
Valve cover gasket1180Water pump1150Timing belt (set)1450 Jumlah 1661Jumlah harga keseluruhan ialah MYR 1661 (satu ribu enam ratus enam puluh satu Ringgit Malaysia).
Timing belt itu ditukar pada jumlah perbatuan 181002 kilometer dan dicadangkan ditukar selepas 80000 kilometer atau pada jumlah perbatuan 261002 kilometer.
Penyelenggaraan seterusnyaSekadar catatan, minyak enjin kereta Persona itu perlu ditukar pada jarak perbatuan 182107 kilometer. Mungkin Master kena bawa semula kereta Proton Persona itu untuk ditukar minyak hitam pada bulan depan.
Tugas seterusnya ialah Master kena tukar cermin depan kereta Proton Persona yang retak sebelum 20210929 kerana takaful kenderaan luput pada tarikh itu. Kami memilih Takaful Ikhlas untuk insurans kereta kami. Selalunya Master berurusan di Takaful Ikhlas Bangsar South sebelum berpindah kerja ke Cyberjaya.
Gambar sticker peringatan tempoh selenggara kereta Proton Persona.
Kata kunci: PETRONAS SYNTHA PETRONAS SYNTIUM FIGHTS EXCESSIVE ENGINE HEAT 27.7.19 Y NEXT OIL CHANGE: 193010 (gearbox oil) THEE SERVICE OUTLET: TASHMIE Gear oil OTHER: YOKOHAMA BATTERIES LAST SERVICE: NEXT SERVICE MOTOLUBE 17217DATE 28/17 19 5w30 DATE: ИОТОЕТОЯЯ 3ULAV YOKOHAMA DISTRIBUTION SERVICES SDN BHD Mobil 1 26/8/21 +80,000 26/002 PETRONAS km Date Last Service : Next Service : Oil Type KM KM TIMING DECT ww www.mobil1.com SHAM TYRES
# Sunday, 29 August 2021, 13:52 # 20210829 # IMG_20210829_135241 # Xiaomi Redmi Note 5A #
~20210825~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2021/09/t21h25-tukar-clutch-plate-dan-timing.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29