Masjidil Haram Dibuka Semula Untuk Ibadat Umrah




SHAH ALAM:Lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia berkongsi kegembiraan dan bersyukur apabila Masjidil Haram dibuka semula untuk ibadat umrah selepas sekatan selama enam bulan susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

 

Portal Arab News melaporkan kumpulan pertama jemaah yang terdiri daripada penduduk tempatan itu dibenarkan memasuki Masjidil Haram mulai jam 6 pagi Ahad selepas membuat permohonan melalui aplikasi Eatmarna yang disediakan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

 

Bagi menampung kuota 6,000 jemaah yang dibenarkan dalam masa sehari, Kementerian Haji dan Umrah negara itu menyediakan lima lokasi berasingan termasuk di Al-Gaza, Ajyad dan Al-Shasha bagi membolehkan jemaah bersama petugas kesihatan profesional menaiki bas ke Masjidil Haram.
 

Kamera pengesanan suhu ditempatkan di pintu masuk dan ruang dalam Masjidil Haram untuk memantau peningkatan suhu badan dan mengeluarkan amaran jika perlu.

 

Kira-kira 1,000 petugas dilatih bagi memantau ibadat umrah di Masjidil Haram dan kerja pembersihan serta nyahkuman dilakukan sebanyak 10 kali sehari.

 

Beberapa langkah pencegahan diambil termasuk pemeriksaan suhu, jalur pintar, pelitup muka dan penjarakan fizikal ketika melakukan umrah.

 

Sistem pendingin hawa juga dilengkapi dengan teknologi pembersih ultraviolet dengan jadual pembersihan penapis udara sebanyak sembilan kali sehari bagi tiga tahap yang berbeza.

 

Kawasan mataf di sekitar Kaabah yang boleh memuatkan 2.5 juta jemaah dipilih sebagai lokasi bagi umat Islam menunaikan umrah kali ini.

 

Ruang khusus sebagaimana disediakan untuk jemaah yang melaksanakan haji pada Ogos lalu turut diperkenalkan bagi memudahkan akses sepanjang mereka berada di Masjidil Haram.

 

Presiden Hal Ehwal Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais yang merujuk kepada kebenaran diraja daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman memaklumkan jemaah turut dibenarkan menziarahi Raudhah yang terletak di dalam Masjid Nabawi.

 

Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Abdulfattah bin Sulaiman Mashat berkata, keputusan membuka semula Masjidil Haram untuk ibadat umrah telah menggembirakan umat Islam di Arab Saudi dan seluruh dunia.

 

“Perancangan ini hasil kerjasama dan koordinasi semua pihak berwajib berkaitan haji dan umrah,” ujarnya.

 

Berdasarkan statistik rasmi Kementerian Haji dan Umrah, sebanyak 108,041 permit dikeluarkan untuk bakal jemaah umrah sejak pelancaran aplikasi Eatmarna pada 27 September hingga 1 Oktober lalu.

 

Daripada jumlah tersebut, 42,873 permit untuk warga tempatan manakala ekspatriat memperoleh 65,168 permit untuk mengerjakan umrah.

 

--sinarharian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/masjidil-haram-dibuka-semula-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jemaah Pertama Tiba Di Masjidil Haram Selepas Hampir 6 Bulan Sekatan Ibadat Umrah

Jemaah Pertama Tiba Di Masjidil Haram Selepas Hampir 6 Bulan Sekatan Ibadat Umrah

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 288 hits
Akhirnya jemaah pertama tiba di Masjidil Haram semalam selepas dikatakan lebih enam bulan ibadat umrah disekat akibat wabak Covid 19 yang berleluasa ini Alhamdulillah mesti jemaah tersebut bersyukur dan sangat seronok sebab bukan senang tau...
Doa Jemaah Masjidil Haram Di Hari Pertama Umrah

Doa Jemaah Masjidil Haram Di Hari Pertama Umrah

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 410 hits
Doa Jemaah Masjidil Haram di Hari Pertama Umrah Para jemaah umrah di Makkah memanjatkan doa dan rasa syukurnya setelah kembali menjalani ibadah umrah usai Masjidil Haram vakum sekitar tujuh bulan akibat pandemi Covid 19
Kumpulan Pertama Jemaah Umrah Ke Masjidil Haram

Kumpulan Pertama Jemaah Umrah Ke Masjidil Haram

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 324 hits
KUMPULAN PERTAMA JEMAAH UMRAH KE MASJIDIL HARAM JEDDAH Selepas lebih enam bulan sekatan ibadat umrah dikuatkuasakan berikutan penularan COVID 19 Masjidil Haram kembali dibuka dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama hari ini Lebih 1 8 bilion...
Jamaah Ansor Banser Indonesia Bikin Ulah Di Masjidil Haram Makkah

Jamaah Ansor Banser Indonesia Bikin Ulah Di Masjidil Haram Makkah

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 276 hits
Ulah jamaah anSOR BANser asal Indonesia yang melakukan Umrah di Masjidil Haram Makkah membuat geram Pemerintah Arab Saudi Pasalnya Jamaah SorBan melantangkan Mars anSOR BANser disaat semua jamaah umrah melakukan Sa i Seperti yang dikutip da...
Permohonan Gkp Dibuka Semula Peluang Kedua Peniaga Mikro Dapat Bantuan

Permohonan Gkp Dibuka Semula Peluang Kedua Peniaga Mikro Dapat Bantuan

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 381 hits
68 total views 25 views today TAWAU Pembukaan semula permohonan Geran Khas Prihatin seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi peluang kedua kepada peniaga mikro yang tercicir sebelum ini memperoleh bantuan ...
039 Cuci 039 Duit Haram Datuk Polis Dibebaskan Sebelum Ditahan Semula

039 Cuci 039 Duit Haram Datuk Polis Dibebaskan Sebelum Ditahan Semula

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 448 hits
Kuala Lumpur Lelaki bergelar Datuk yang menjadi dalang Macau Scam dan perjudian serta terbabit dalam pengubahan wang haram bersama pegawai dan anggota polis sudah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini Men...
Permohonan Geran Khas Prihatin Rm3 000 Untuk Peniaga Mikro Dibuka Semula Mulai 1 Oktober 2020

Permohonan Geran Khas Prihatin Rm3 000 Untuk Peniaga Mikro Dibuka Semula Mulai 1 Oktober 2020

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 358 hits
233 total views 233 views today Kerajaan bersetuju untuk membuka semula permohonan Geran Khas PRIHATIN kepada peniaga mikro bagi membantu mereka meringankan beban kewangan akibat penularan wabak Covid 19 Perkara tersebut diumumkan oleh Perd...
Beri Bayangan Pkp Dilaksana Semula Di Twitter Ini Jawapan Dr Noor Hisham

Beri Bayangan Pkp Dilaksana Semula Di Twitter Ini Jawapan Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 377 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan status yang dimuat naik di akaun Twitter mengenai saranan duduk di rumah bukan perkara baharu yang disuarakan beliau Jelasnya tujuan ciapan berkenaan adalah bagi mengingat...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Percutian Ke Batam Indonesia

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Malaysian Habits That Drive Us Crazy

Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Buaya Tarik Lelaki Berenang Hingga Maut

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Kawan Kata Suara Saya Okay Fattah Amin Kongsi Punca Dia Mula Untuk Menyanyi Dan Buat Lagu

Hari Ibu Antara Sejarah Sambutan Perspektif Islam