Masjid Terapung Bakal Menjadi Mercu Tanda Bagan Datuk


Ini merupakan kunjungan pertama saya dan encik suami ke pekan Bagan Datuk, Perak. Alang-alang ada urusan di Hutan Melintang, bolehlah kami ke pekan Bagan Datuk pula

Ada yang kehairanan bila tahu kami menuju ke sini, tak ada apa-apa katanya. Menurut saya pula, tujuan kunjungan ke satu-satu tempat adalah untuk meluaskan pengetahuan kita sendiri dan melihat suasana kehidupan orang lain di tempat yang berbeza dari tempat kita. Bila dah sampai sendiri, kita lebih faham kedudukan geografi tempat tersebut dan ada perkara yang membuat kita rasa kita lebih beruntung juga ada perkara yang membuat kita rasa mereka lebih beruntung. Begitulah. Kita datang, lihat dan fikir

Beginilah rupa pekan Bagan Datuk, sebuah pekan ‘koboi’. Cuma ada deretan dua baris rumah kedai lama di laluan utama pekan. Setelah melihat sendiri kedudukan geografi pekan ini, fahamlah saya mengapa pekan ini kelihatan agak lesu

Kedudukannya yang jauh dari laluan utama dan terletak di hujung jalan mati membuatkan pekan Bagan Datuk sunyi daripada kunjungan orang luar. Suasana menjadi meriah cuma pada hari hujung minggu atau cuti umum bila anak-anak pulang ke kampung (yang ini saya tahu hasil berbual ringkas dengan penjual keropok lekor di kawasan Dataran Bagan Datuk)

Dataran Bagan Datuk, mungkin ini satu-satunya tempat yang nampak ceria dan menghidupkan pekan ini. Semasa kunjungan saya pada petang hari Jumaat, kelihatan deretan gerai penjaja kecil makanan & minuman yang baru nak memulakan perniagaan. Selain itu, ada juga yang sedang menyusun kenderaan mainan untuk disewakan kepada pengunjung. Selain kami, kelihatan beberapa kumpulan kecil pengunjung lain berada di dataran ini. Masa ni sekitar pukul 3 petang, cuaca panas terik. Memang tak sesuai bersantai di sini, kecuali kami pengunjung jauh yang tetap gigih meronda ke sana ke sini

Saya nak menyentuh sedikit berkenaan tulisan di atas - ‘Welcome To Bagan Datuk’. Persoalan saya, mengapa mesti menggunakan bahasa Inggeris? Kalaupun pengunjung sasarannya adalah orang asing, mereka tentu lebih menghargai kalau kita menggunakan bahasa kebangsaan. Tujuan seseorang ke tempat yang asing adalah untuk melihat suasana dan budaya setempat. Bila perlunya bahasa Inggeris? Ia perlu digunakan di papan info dan yang sewaktu dengannya. Mungkin saya agak berlebihan, tapi saya fikir kita perlu tahu mengekalkan jati diri bangsa

Antara seni bina yang terdapat di sini

Inilah masjid terapung yang masih belum siap sepenuhnya. Sudut pandang dari celahan lubang tebing di dataran

Masjid terapung yang tersergam indah di tebing Sungai Perak dan sebuah replika bahtera turut menambah keceriaan di sini

Replika bahtera. Nampaknya ada tempat permainan kanak-kanak di bahagian atas dan mungkin ruang galeri di bahagian bawah. Menarik! Tertera waktu lawatan di bahagian sisi replika bahtera, dibuka setiap hari 10 pagi - 10 malam. Tapi masa kami datang ni tak beroperasi. Tak pastilah memang belum beroperasi atau sedang ditutup sementara waktu

Foto hasil mengintai di balik cermin sisi replika bahtera, mungkin ruang galeri

Binaan tempat letak tong sampah dengan pelbagai pesanan dan paparan perkataan positif

Jom kita ke sudut kiri dataran pula. Kalau kita menghadap ke sungai, sebelah kirilah ya

Terdapat sebuah jeti - Jeti Bagan Datuk

Nampaknya jeti ni masih belum beroperasi. Terdapat sebuah papan info berkenaan Pulau Sembilan. Mungkin tujuannya pembinaan jeti ini untuk membawa para pelancong ke Pulau Sembilan. Sebelum ini saya pernah tahu berkenaan Pulau Sembilan dan plankton yang mengeluarkan cahaya biru (dikenali sebagai ‘Blue Tears’), tapi tak ingat lokasinya. Rupa-rupanya terletak di sini

Hasil carian berkenaan Pulau Sembilan, pulau tanpa penghuni tersebut telah ditutup sejak tahun 2017 bagi tujuan pemulihan. Nampaknya kalau dah buka, memang saya berhajat nak berkunjung ke Pulau Sembilan demi menyaksikan sendiri ‘Blue Tears’

Pemandangan masjid terapung dari jeti. Menarik sungguh gumpalan awan tu, Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini

Sudut pandang dari tempat duduk di jeti - ruang menunggu. Dekorasi ‘pokok kelapa’ yang membawa maksud Bagan Datuk dikenali sebagai tempat penanaman pokok kelapa

MasyaAllah indah sungguh pemandangan masjid terapung dengan latar langit membiru dan gumpalan awam memutih

Menurut info, masjid ini akan diberi nama Masjid Tuminah Hamidi. Ia dibina menggunakan dana Yayasan Akalbudi, milik keluarga Ahmad Zahid Hamidi yang kini merupakan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kita. Nama Tuminah Hamidi adalah bersempena nama ibu dan ayah beliau yang telah meninggal dunia, iaitu Hamidi Abdul Fatah dan Tuminah Abdul Jalil

Masjid terapung ini merupakan sebuah kompleks yang dilengkapi dengan kemudahan ruang solat yang boleh menampung sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa, dewan serba guna dan dataran dalam perkarangan masjid

Sekiranya siap, maka masjid ini menjadi menjadi mercu tanda baru Bagan Datuk. Semoga ia mampu menambah kemakmuran dan menghilangkan kesuraman pekan Bagan Datuk. Dari segi sektor pendidikan, saya lihat sudah ada sebuah sekolah sains dan MRSM di Bagan Datuk







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/12/masjid-terapung-bakal-menjadi-mercu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Ibrahim Bakal Menjadi Jutawan Kerana Menang Saman Fitnah

Pm Anwar Ibrahim Bakal Menjadi Jutawan Kerana Menang Saman Fitnah

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 205 hits
Ini baru kaedah yang bethol sobat sobat semua Kalau rasa kena fitnah pi saman bukan pi wat ripot polis macam walauncai Berapa ripot polis PASPBBM buat konon kena fitnah Polis nak siasat pun pening nak siasat kena fitnah tu macamana ke nak s...
Ipertikai Kualiti Bakal Guru

Ipertikai Kualiti Bakal Guru

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 149 hits
as salamB Ed TESL of International Languages Teacher Training Institute I read a few blogs which write significant entries regarding future teachers especially those who are currently in the teaching institutes around Malaysia Some of them ...
Kpk Bakal Panggil Pengusaha Penyuap Akbp Bambang Kayun Sebelum Terbitkan Dpo

Kpk Bakal Panggil Pengusaha Penyuap Akbp Bambang Kayun Sebelum Terbitkan Dpo

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 149 hits
Alex menyebut pemberi suap dalam kasus dugaan suap dan gratifikasi di Mabes Polri yang menjerat Bambang Kayun ini adalah seorang pengusaha Menurut Alex pengusaha tersebut kini berada di luar negeri
Parti Bunga Layu Dan Longlai Tanpa Kuasa Bakal Pupus

Parti Bunga Layu Dan Longlai Tanpa Kuasa Bakal Pupus

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 180 hits
Oleh Adam MalikNampaknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak akan bertahan lama dan bekemungkinan pupus dari peta politik Malaysia Terkini Exodus politik berhijrah dari Parti Bunga secara besar besaran sudah bermula di Sabah apabila hampir...
Bakal Bergandingan Yang Sejong Sertai Suzy Dalam Drama Baru The Girl Downstairs

Bakal Bergandingan Yang Sejong Sertai Suzy Dalam Drama Baru The Girl Downstairs

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 151 hits
Akhirnya Dua pelakon ini bakal bergandingan ARTIKEL BERKAITAN Sebelum ini kami sudah kongsikan bahawa Suzy bakal menjadi teraju utama untuk satu drama terbaru The Girl Downstairs K Netflix Korea Terbaru pelakon Yang Se jong juga dikhabarkan...
Twitter Bakal Tarik Biaya Lebih Mahal Pengguna Centang Biru Dari Apple

Twitter Bakal Tarik Biaya Lebih Mahal Pengguna Centang Biru Dari Apple

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 117 hits
Twitter akan meluncurkan kembali versi yang diperbarui dari layanan berlangganan Twitter Blue pada Senin Reuters Minggu melaporkan Twitter akan memungut biaya lebih mahal bagi pengguna Apple Pernyataan itu disampaikan oleh perusahaan melalu...
Kerana Tidak Bersikap Adil Pkr Bakal Melingkup Aoppp Kesian

Kerana Tidak Bersikap Adil Pkr Bakal Melingkup Aoppp Kesian

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 257 hits
KEMAMAN Hampir 300 ahli PKR Cabang Kemaman akan keluar parti sekiranya calon ketua cabang yang mereka sokong Ramlee Hamzah kalah dalam pemilihan parti itu Bekas Ketua Ranting Jakar Teow Chew Huat berkata tindakan itu sebagai tanda protes ke...
Mendaur Ulang Rambut Manusia Menjadi Ubin Penyaring Polusi

Mendaur Ulang Rambut Manusia Menjadi Ubin Penyaring Polusi

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 145 hits
Mendaur Ulang Rambut Manusia Menjadi Ubin Penyaring Polusi Seorang tukang potong rambut di Belgia mengumpulkan rambut pelanggannya untuk didaur ulang menjadi ubin Hasilnya daur ulang rambut tersebut dapat digunakan untuk menyerap minyak dan...
Libatkan 15 Pasar Tradisional Dan Ukm Prs Di Bali Bakal Dimeriahkan Slank Hingga Kotak

Libatkan 15 Pasar Tradisional Dan Ukm Prs Di Bali Bakal Dimeriahkan Slank Hingga Kotak

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 119 hits
Dengan mengusung tema Pede Memimpin Perubahan diharapkan Pesta Rakyat Simpedes dapat menghadirkan wadah bagi para pelaku UMKM untuk dapat memberikan perubahan yang positif dan signifikan bagi terciptanya masyarakat Indonesia
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara