Masjid Ikhsaniah Iskandariah Kuala Dal Padang Rengas Perak


Dalam perjalanan pulang dari Taiping beberapa minggu lalu, kami sempat singgah di sebuah masjid yang baru sahaja selesai di konservasi oleh Jabatan Warisan Negara. Disini saya sempat merakam beberapa keping gambar semasa singgah di sana serta gambar-gambar masjid ini sebelum di konservasi yang saya perolehi dari internet sekadar untuk berkongsi. Sayangnya saya masih belum menemui gambar-gambar lama yang jelas menunjukkan keadaan masjid ini semasa ia masih elok dan digunakan. Kalau sape2 ade tolong la post kat saya... saje nak buat koleksi...




~Pandangan Dari Luar Masjid~






~keadaan dinding luar masjid sebelum dan selepas konservasi~



~Bumbung masjid yang bakal runtuh sebelum di konservasi~



~Masjid ini tidak mempunyai kubah dan minaret tetapi mempunyai elemen segi empat pada keempat-empat penjuru masjid~







~ukiran yang patah telah diperbaiki~


Tingkat bawah masjid ini biasanya dijadikan dewanserbaguna serta kelas mengaji, kelas dewasa, kelas KEMAS dan Majlis Berbuka Puasa. Mari kita lihat lebih dekat....




~Tingkat Bawah masjid sebelum dan selepas konservasi.~



~siling yang telah dicat seperti warna asal~

ok, mari kita lihat pula tingkat atas masjid ini....





Terdapat sebuah tangga disebelah luar masjid...





~Mimbar masjid sebelum dan selepas konservasi~










~Dinding sebelah dalam ruang solat yang telah diperbaiki. Cahaya matahari yang masuk melalui celah-celah anyaman kelarai mewujudkan suasana indah di ruang solat~

Beberapa elemen lain yang menarik di masjid ini....


Plat asal ini bertulis (lebih kurang seperti ini),
' Masjid Ihsaniah Iskandariah..
dibuka oleh Yang Maha Mulia Seri Sultan Iskandar Syah, Yang Dipertua Negeri Perak Darul Ridzwan kepada hari Jumaat, 10 Zulhijjah 1356 bersamaan 11 Februari 1938.'


~Ukiran dan elemen pengudaraan semulajadi membuatkan kami rasa sejuk walaupun cuaca pada masa itu panas terik.~


~Ukiran bermotif bunga matahari menghiasi dinding masjid~


~anyaman tepas/kelarai dilihat dari dekat~


~keadaan pintu masjid yang masih elok~


~Keratong~



~Kolah untuk mengambil wuduk~

Serba sedikit sejarah masjid ini....

Masjid Lama Kampung Kuala Dal telah dibina oleh Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 pada tahun 1936. Berdasarkan pahatan tulisan yang terdapat pada papan plak perasminan masjid, mengisahkan majlis perasmian telah diadakan pada hari Jumaat tanggal 10 Zulhijjah pada tahun 1356 Hijrah bersamaan dengan 11 Februari 1938 oleh Sultan Iskandar Syah. Masjid ini telah dibina oleh Sultan Iskandar Syah pada masa itu bersempena menunaikan hajat baginda. Baginda Sultan telah berniat atau bernazar untuk membina sebuah masjid apabila salah seorang daripada anakanda baginda telah sembuh dari gering. Lokasi Kampung Dal menjadi pilihan kerana baginda dan para pembesar serta kerabat DiRaja sering pergi berkelah di Lata Bubu iaitu kawasan perkelahan DiRaja yang berhampiran dengan kampung tersebut. Di dalam perjalanan baginda sering melihat orang-orang kampung tersebut bersembahyang di madrasah yang telah usang. Maka lahirlah rasa belas kasihan baginda terhadap penduduk setempat, dengan itu masjid yang telah siap dibina itu dinamakan Masjid Ikhsaniah Iskandariah. Masjid yang dibina dengan wang ihsan daripada Sultan Iskandar Syah itu menelan belanja sebanyak RM 8,000 dan telah dibina di atas sebidang tanah yang diwakafkan secara lisan oleh seorang bangsawan iaitu Juragan Abdul Syukur bin Mohamad Ali. Pembinaan masjid ini diketuai oleh tukang berbangsa Cina dan dibantu oleh orang-orang kampung tersebut secara bergotong-royong di dalam menyiapkan kerja-kerja mengayam dinding tepas atau kelarai dan ukiran kayu. Tukang kayu mahir seperti Panjang Noh, Ngah Gadoh, Wan Ibrahim dan Kulup Ngah adalah diantara Sembilan individu yang turut menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka semasa pembinaan masjid dijalankan. Masjid ini mempunyai ciri-ciri seni bina Istana Kenangan di Bukit Chandan dikatakan daripada hasil ilham baginda Sultan Sendiri.


Cuaca panas terik (sampai tidak mampu membuka mata) menyebabkan kami tidak boleh lama berada di sini. Syukur kerana sebuah lagi bangunan warisan dapat dipulihara. Semoga masyarakat tempatan dapat memanfaatkan masjid ini dan menjaganya dengan sebaik mungkin...



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nonieybs.blogspot.com/2010/02/masjid-ikhsaniah-iskandariah-kuala-dal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Kuliah Masjid Terapung Kuala Ibai

Jadual Kuliah Masjid Terapung Kuala Ibai

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 311 hits
HARI WAKTU PENCERAMAH TAJUK Ahad Maghrib Dr Zulkifli Fiqh Isnin Maghrib Ustaz Zamri Hadith Selasa Maghrib Ustaz Rashid Hadith Rabu Maghrib Ustaz Fadli Tasawur Khamis Maghrib Ustaz Abdul Aziz Muda Tafsir Jumaat Subuh Jemputan Maghrib Bacaan ...
Zikir Dan Tausiah Di Masjid Padang Lalang Bm

Zikir Dan Tausiah Di Masjid Padang Lalang Bm

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 120 hits
August 22 Sdg hadiri majlis zikir ceramah n qasidah bersama Tuan Guru us Hj Abdul Raof Bin Nurin dan Sheikh Aley London di Masjd Pdg Lalang Rupanya us Abd raof guru saya dulu ini bekas pelajar pondok Padang Lalang BM Majlis zikir Dan tausia...
Penarik Beca Melaka Rindu Wakil Rakyat Turun Padang

Penarik Beca Melaka Rindu Wakil Rakyat Turun Padang

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 297 hits
Penarik beca di Melaka merasakan nasib mereka kurang diberi perhatian sejak tamat era pentadbiran Ali Rustam Penarik beca menunggu pelanggan untuk dibawa bersiar di sekitar Bandar Melaka Sejak beberapa tahun lamanya penarik beca telah menja...
Resep Dan Bumbu Ayam Saus Padang Spesial

Resep Dan Bumbu Ayam Saus Padang Spesial

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 215 hits
Resep Masakan Harian Cara Membuat Ayam Saus Padang Masakan ini begitu nikmat dan lezat saat disantap bumbu rempah rempah khas nusantara yang komplit mampu menyatu kedalam celah daging ayam yang empuk Ditambah kombinasi bumbu masakan asli ya...
Air Pasang Besar Lima Pantai Di Kuala Langat Ditutup

Air Pasang Besar Lima Pantai Di Kuala Langat Ditutup

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 250 hits
Oleh ABDUL RAZAK IDRIS PETUGAS Skuad Pantas MPKL membuat pemantauan di Pantai Morib ketika penutupan pantai di sekitar daerah Kuala Langat Selangor susulan fenomena air pasang besar yang melanda pada awal bulan ini UTUSAN ABDUL RAZAK IDRIS ...
Prnmelaka2021 Kita Boleh Bagitau Dengan Allah Di Padang Mahsyar Undi Kita

Prnmelaka2021 Kita Boleh Bagitau Dengan Allah Di Padang Mahsyar Undi Kita

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 136 hits
Oleh Megat Terawih Terdesak untuk mendapat undi dan cemas apabila mendapat laporan risikan parti bahawa rakyat kekal menolak Perikatan Nasional Seorang penceramah parti Perikatan Nasional menggunakan malaikat sebagai bahan pilihanraya Bagi ...
Resepi Sambal Hijau Padang Pedas Simple Sedap Mudah

Resepi Sambal Hijau Padang Pedas Simple Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 292 hits
Sambal hijau asli atau juga dikenali dengan nama masakan sambal berlada hijau atau sambal cabai hijau merupakan antara yang berasal dari kawasan Minangkabau provinsi Sumatera Barat yang cukup popular di kalangan penggemarnya Berikut merupak...
Trip Ke Bukit Tinggi Padang Indonesia Air Terjun Lembah Anai

Trip Ke Bukit Tinggi Padang Indonesia Air Terjun Lembah Anai

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 301 hits
Air Terjun Lembah Inai Pasti Majoriti sesiapa yang melancong di Bukit Tinggi Padang Indonesia pasti akan singgah atau terlihat Air Terjun Lembah Anai ini Kenapa Ini kerana Air Terjun Lembah Inai terletak di tepi jalan raya tunggal dari Pada...
Moong Dal Vada Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Moong Dal Vada Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 303 hits
Sempena Deepavali yang bakal menjelma jom kita nikmati snek istimewa VADA Vada Vadai Vadey ialah Indian snek yang diperbuat dari pelbagai jenis kacang dal Ada yang dibuat dari dal putih dal kuning dal merah dal hitam dan lain lain Hari ini ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily