Masjid Beijing Kelantan Dekorasi Unik Tanda Keagungan Islam
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra menjadi mercu tanda keagungan Islam di bumi Kelantan. Upacara perletakan batu asas masjid yang diberi nama Masjid Cina atau Masjid Beijing ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 8 Mac 2004. Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang bercirikan seni bina masjid Cina. Masjid Beijing – salah satu wishlist melawat Kelantan Bila nak sediakan itenary ke Kelantan, UN tengok Rantau Panjang merupakan salah satu lokasi tumpuan. Selain tempat memberli belah, di Rantau Panjang terkenal dengan Masjid Beijing. Baca juga : Sarapan di Depan SK Raub Kami gerak awal pagi dan sampai ke Masjid Beijing kira-kira 1.15 tengahari. Sampai sahaja di Rantau Panjang, kami cari masjid ini. Rupanya tak jauh pun dengan pintu masuk ke Rantau Panjang ( ICQS), dalam 5 minit sahaja. Binaan masjid Beijing unik Binaan luaran seolah-olah tokong Cina. Namun, dengan wujudkan masjid ini , bukti bahawa islam adalah universal dan meraikan kepelbagaian. Islam sebuah agama yang tidak menghadkan kepada bangsa dan kaum. Binaan dalamannya adalah berunsurka binaan kesenian Cina. Juga di fahamkan, Masjid Beijing ada anjurkan pelbagai aktiviti untuk ahli kariah seperti kelas mengaji, kelas tahfiz, kelas agama, tadika, aktiviti memanah dan banyak lagi. Masjid ini lebih meriah apa bila menjelang ramadan. Lokasi persinggahan untuk solat sebelum ke Kompleks membeli belah di Rantau Panjang Lokasi masjid ini strategik untuk berehat seketika bagi solat dan mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan. Kawasan parking juga luas dan ada pondok disediakan untuk beristirehat. Kompleks membeli belah di Rantau Panjang Memandangkan kami pergi ketika bukan musim cuti sekolah, suasana agak sunyi dan suram. Aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa, cuma tidak meriah seperti musim cuti dan perayaan. Kami tak shopping apa pun disini. Sekadar melawat tempat orang dan tahu apa itu Rantau Panjang. 🙂 Baca juga : Panduan Memandu Kenderaan Malaysia ke Thailand – Melalui Rantau Panjang & Sg Golok Kesimpulannya, Rantau Panjang sebuah lokasi untuk Shopping bagi mereka yang minat shopping. Kalau pergi waktu bukan pick hour, tak best langsung..opss! Sunyi je tau! Tapi kalau anda masih belum sampai disana, mungkin boleh singgah. Disini sempadan ke Thailand, JANGAN lupa bawa pasport untuk masuk kesana untuk makan :). Baca juga : Bahulu Kelantan Di Melor, Kota Bharu…Gebu Gebas Next , selepas ke Rantau Panjang kami meneruskan perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan 🙂 Jumpa NEXT Entry.
The post Masjid Beijing Kelantan ; dekorasi unik tanda keagungan Islam appeared first on Ummi Nani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2020/01/masjid-beijing-kelantan-dekorasi-unik-tanda-keagungan-islam/