Kenyataan Media Akademi Sains Islam Malaysia 31 Januari 2020




“PPSMI TIDAK KELIRUKAN RAKYAT, TAPI KELIRUKAN MURID”

Akademi Sains Islam Malaysia ingin melahirkan rasa terkejut dan kecewa yang amat sangat terhadap kenyataan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia tentang perlaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pada satu sesi mesyuarat tertutup dengan pegawai-pegawai KPM pada hari khamis 30 Januari 2020.

Mengapa sekarang setelah melantik dirinya Menteri Pelajaran, YAB Tun masih berdegil untuk melaksanakan semula PPSMI walaupun PPSMI 2003-2009 (-2012) telah gagal?

Kami menolak alasan “sains dan matematik datang dari luar ...... melalui medium Bahasa Inggeris” yang didakwa oleh YAB Tun untuk melaksanakan semula PPSMI. 
Sains dan matematik telah diajar dalam Bahasa Melayu sejak tahun 70-an dengan jayanya tanpa sebarang masalah.

Kami juga menolak alasan YAB Tun PPSMI “tidak akan mengelirukan rakyat” tetapi sebaliknya kami yakin PPSMI akan mengelirukan murid dalam memahami sains dan matenatik.

Kami juga menolak dengan tegas pandangan YAB Tun bahawa “mereka yang belajar Sains dalam Bahasa Melayu sukar untuk mendapatkan pekerjaan di tempat Bahasa Inggeris digunakan”. 
Menurut Laporan Bank Negara Malaysia 2018, pengangguran graduan bukan kerana kemahiran Bahasa Inggeris tetapi kerana jumlah graduan jauh melebihi jumlah pekerjaan yang ditawarkan oleh kedua-dua industri dan kerajaan.

Sepatutnya adalah tugas YAB Tun untuk mencipta lebih banyak pekerjaan untuk para graduan dan belia yang menganggur dengan mengurangkan penganbilan pekerja asing dan mewajibkan sekua projek mega mengambil lebih banyak pekerja Majaysia.

Kami ingin mengingatkan YAB Tun bahawa  tindakannya memaksa KPM menjalankan PPSMI pada 2003-2012 telah merosakkan masa depan hampir 3 juta murid. 

Kegagalan PPSMI 2003-2009 (-2012) telah terbukti dalam ujian antarabangsa TIMSS dan PISA.

Prestasi murid Malaysia dalam TIMSS berada di atas purata Dunia pada 1999 dan 2003, tetapi ia telah menjunam hampir 100 mata ke bawah purata Dunia pada 2007, 2011 dan 2015.  

Prestasi pada 2015 naik sedikit kerana PPSMI sudah dimansuhkan pada 2012. 

Malaysua berhenti masuk TIMSS dan beralih kepada PISA sejak 2009. 

Prestasi PISA pada 2009, 2012, 2015 dan 2018 masih di bawah purata Dunia walaupun Malaysia memilih murid-murid DLP BI untuk menduduki ujian PISA.

Prestasi murid-murid PPSMI dan DLP BI dalam BI dan sains dan matematik tidak meningkat tetapi menjunam di bawah purata Dunia.

Prestasi mereka dalam TIMSS dan PISA jauh di bawah berbanding dengan prestasi pelajar Vietnam yang belajar dalam bahasa Vietnam, yang jauh lebih tinggi.

Kami hairan mengapa Tun ingin mengulang PPSMI yang terbukti gagal dalam ujian antarababgsa TIMSS dan PISA?

Akademi Sains Islam menggesa YAB Tun segera menarik balik dasar pengulangan semula PPSMI ini demi masa depan anak-anak kita.

Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud
Presiden
Akademi Sains Islam Malaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/kenyataan-media-akademi-sains-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Akhbar Kpk 26 Januari 2020 Situasi Terkini Jangkitan Novel Coronavirus Di Malaysia

Kenyataan Akhbar Kpk 26 Januari 2020 Situasi Terkini Jangkitan Novel Coronavirus Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 590 hits
Kenyataan Akhbar KPK 26 Januari 2020 Situasi Terkini Jangkitan Novel Coronavirus di MalaysiaBY ON Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa sejak 10 Januari 2020 sehingga 26 Januari 2020 jam 12 00 tengah hari jumlah kumulatif ...
5708 Penyerahan Memorandum Kempen Anti Pemandu Mabuk Kepada Perdana Menteri Malaysia Sidang Media Ppim 30 01 2020

5708 Penyerahan Memorandum Kempen Anti Pemandu Mabuk Kepada Perdana Menteri Malaysia Sidang Media Ppim 30 01 2020

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 545 hits
Kebelakangan ini kemalangan jalan raya berpunca daripada pemandu bawah pengaruh alkohol semakin kerap berlaku Ramai mangsa yang cedera parah atau mati akibat dari kemalangan yang berlaku Ramai keluarga juga menghadapi kesukaran akibat hilan...
Terkini Pasaraya Wakaf Ummah Bulan Januari 2020

Terkini Pasaraya Wakaf Ummah Bulan Januari 2020

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 537 hits
22 Januari 2020 Kerja kerja memasang besi untuk 1st Floor Beam Grid 1 hingga Grid 4 sedang giat dilaksanakan BRC untuk 1st Floor Slab telah sampai ke tapak bina minggu lepas akan mula dipasang awal minggu depan Bagi pembinaan bulan Januari ...
Gambaran Keseluruhan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 24 Januari 2020

Gambaran Keseluruhan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 24 Januari 2020

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 527 hits
Halo rakan niaga sekalian Seperti yang dijangkakan hari sebelumnya ucapan Presiden ECB Christine Lagarde tidak membawa apa apa yang baik kepada mata wang tunggal Eropah Kadar faedah utama seperti yang dijangkakan disimpan pada sifar dan ini...
2020 Year Of Opportunities And Achievements For China Malaysia Ties

2020 Year Of Opportunities And Achievements For China Malaysia Ties

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 465 hits
With the bangs of firecrackers we bid the past year farewell and with our hearts full of happiness we greet the new year As the Year of Mouse is just around the corner on behalf of the Embassy of China in Malaysia I wish all Malaysian peopl...
Jalan Jalan Di Wuhua District Kunming

Rahsia Peniaga Bundle Untung Besar Dari Lubuk Supplier Hingga Ke Kedai Online

10 Kafe Terbaik Di Kuala Lumpur Yang Disyorkan Untuk Pengembara Digital

Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

Ustaz Mad Lepas Rindu Bertemu Semula Dengan Tuan Zainal Strim

Memupuk Keseimbangan Sistem Pencernaan Dalam Kehidupan Yang Sibuk

Bukit Uhud Atau Jabal Uhud Tempat Berlakunya Perang Uhud

Kalau Ikut Pembangkang Yang Bodo Kat Malaysia Ni Memang Habis La Nak Oerintah Negara Ni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Karpet Di Kilang Kena Gigit

Potensi Ree Dan Kebimbangan Palsu Kelantan

Malaysia To Begin Screening Airline Passengers Before Arrival Starting Tomorrow Says Home Minister

Asian Nations Need More Football Competitions To Improve Quality And Standard Of The Game

Habuk Sawang Bersarang Bawah Mesin Basuh Ini Cara Mudah Nak Bersihkan

Pertama Di Malaysia Kunjungi Ekspo Matfa Fun Malaysia 2025