Masih Terlalu Awal Untuk Kami Bercinta Yasmin Hani Ulas Hubungan Dengan Alif Hadi
‘Masih Terlalu Awal Untuk Kami Bercinta’, Yasmin Hani Ulas Hubungan Dengan Alif Hadi
PELAKON Yasmin Hani mengakui hubungannya dengan pelakon Alif Hadi masih di peringkat awal perkenalan.
Kata Hani, 43, dia tidak mahu terburu-buru dalam perhubungan dan bakal berkongsi berita gembira jika ada perkembangan baik.
“Sebenarnya kami baru berkenalan dan ingin mendalami hati budi masing-masing. Kami berdua boleh dikatakan masih dalam peringkat permulaan
“Masih terlalu awal untuk kami bercinta. Insya-Allah bila hubungan kami nanti sudah ada hala tujunya, kami akan kongsikan perkara baik ini nanti,” kata Hani kepada Astro Gempak.
Hani ditemui hadir dan memakai pakaian sedondon dengan Alif di majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022 di Nexus, Bangsar South, pada Jumaat.
Bercinta kembali selepas mengumumkan perceraiannya pada Disember tahun lalu, Hani memberitahu sikap sopan Alif, 34, membuatnya terpikat
“Dia seorang lelaki yang sangat penyabar dan tidak suka memaksa. Malah seorang yang menghormati orang serta sopan,” beritahunya.
Sementara itu, Alif, 34, pula mengakui tertarik perwatakan Hani yang disifatkan sebagai seorang wanita yang peramah, baik dan manis.
“Saya lihat Hani sebagai seorang wanita peramah, baik dan manis. Sedangkan saya sendiri pendiam orangnya.
“Tapi apa-apa pun, saya masih ingin mengenali dirinya. Hani bukan tidak pernah berkahwin sebelum ini. Jadi biarlah kami mengenali hati budi masing-masing,” ujar Alif.
Bagaimanapun Hani tidak meletakkan sasaran bila dia bakal mendirikan rumah tangga kembali kerana yang penting hanya mahu mencari kebahagiaan.
“Seandainya hubungan kami tidak menjadi, tidak mengapa. Jangan gaduh-gaduh. Walaupun saya sudah berumur dan terpaksa menjadi janda sampai bila-bila, yang penting saya gembira,” kata Yasmin.
Terdahulu, hubungan antara Yasmin dan Alif mula hangat diperkatakan selepas masing-masing memuat naik foto bersama-sama dalam Instagram.
Sekadar info, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Sha’arin Mohamed Razali pada 2011 dan bercerai pada Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.-GEMPAK
‘Masih Terlalu Awal Untuk Kami Bercinta’, Yasmin Hani Ulas Hubungan Dengan Alif Hadi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Pakej Bantuan Khas diberi mulai hari ini
Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap
Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan
Amah tak dibayar gaji, bertahun bersih kondo, jaga 30 ekor kucing
Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri
Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti
Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari
Fasha Sandha Teruk Dikecam
30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri
Nilai ringgit merosot lima hari berturut-turut
Wanita dituduh ada hubungan sulit dibelasah hingga pengsan
Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun
Mawar Karim Akui Sedang Bercinta
Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)
The post ‘Masih Terlalu Awal Untuk Kami Bercinta’, Yasmin Hani Ulas Hubungan Dengan Alif Hadi appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/25/masih-terlalu-awal-untuk-kami-bercinta-yasmin-hani-ulas-hubungan-dengan-alif-hadi/