Masih Relevankah Ranking Universiti



SUDAH hampir dua tahun Malaysia dilanda pandemik Covid-19. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali pertama pada Mac 2020.
Sejauh manakah peranan universiti berubah bagi menangani pandemik ini? Umum mengetahui peranan universiti kini amat-amat dipengaruhi oleh proses dan kayu ukur dalam amalan penarafan ranking. Antara indikatornya adalah jumlah penerbitan, jumlah geran diterima, jumlah pelajar dan kakitangan antarabangsa.
Malah ada juga yang mengira berapa jumlah penerima Hadiah Nobel. Cuba renungkan, sejauh manakah peranan komponen ini dalam menangani pandemik yang sedang dilalui?
Persoalan seterusnya, jika tempoh dua tahun dianggap terlalu awal untuk melihat perubahan dalam kalangan universiti, adakah agensi penarafan yang terlibat memperlihatkan trend perubahan dalam ukuran mereka seiring perubahan drastik akibat pandemik?
Mengikut laporan IPSOS, iaitu sebuah badan penyelidikan pasaran antarabangsa, berdasarkan kajian terbaharu mereka (Oktober 2021) tentang perkara-perkara yang merisaukan dunia. Didapati kemiskinan dan ketidaksamaan sosial menjadi kebimbangan utama berbanding Covid-19 ditangga ketiga selepas pengangguran.
Maka, apakah laporan ini dan juga jumlah 400 juta kes Covid-19 dan empat juta kematian di seluruh dunia sehingga kini masih belum cukup untuk menginsafkan universiti untuk kembali ke pangkal jalan melihat semula peranan sebenar mereka terhadap komuniti sekeliling dan masyarakat secara umumnya?
Tidakkah amat ironi membayangkan sebuah gedung ilmu tersergam indah sedangkan ia dipagari pelbagai masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar? Maka bertanyalah si jiran, “apakah manfaat yang tumpah kepada kami dengan kehadiran menara gading ini?
Kajian Ilmiah Secara umumnya terdapat pelbagai kajian ilmiah menunjukkan ranking tidak memperlihatkan keupayaan sebenar sesebuah universiti. Malah dalam era pandemik, tidak sedikit kajian menunjukkan universiti yang ranking tinggi pun tidak bersedia dari segi urus tadbir dan pengisian pendidikan untuk menangani cabaran Covid-19. Jadi, apakah ranking universiti dengan ukuran yang ada sekarang ini masih relevan?
Namun, yang menyedihkan adalah walaupun peranannya semakin diragui, ia masih menjadi bahan utama perbincangan di mana kebimbangan diutarakan adalah kesan pandemik ini ke atas komponen-komponen utama di dalam ranking seperti jumlah pelajar antarabangsa kerana ia akan menurunkan kedudukan sesebuah universiti.
Sedangkan masih banyak lagi isu lain yang lebih kritikal untuk ditangani seperti bagaimana mahu memastikan setiap pelajar tidak terganggu dengan proses pembelajaran mereka.
Kenyataannya, pandemik ini jelas memperlihatkan setiap universiti mempunyai tanggungjawab sosial setempat yang amat besar kerana penyelesaian kepada Covid-19 sifatnya terlalu kontekstual. Zaman globalisasi dengan anggapan model dari universiti-universiti di negara maju adalah contoh terbaik sudah berlalu. Covid-19 membuktikan model-model ini juga gagal untuk berdepan cabaran pandemik.
Maka, wajarkah untuk universiti kembali semula kepada model yang ‘gagal’ ini? Atau persoalan lebih utama, apakah memerlukan kayu ukur baharu yang menilai peranan universiti dalam menangani pandemik?
BANJIR Universiti di seluruh dunia mempunyai tiga peranan utama yang sama – pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi (termasuk penerbitan) serta libat sama komuniti dengan pemberat yang seharusnya setara. Malangnya tidak ramai mempersoalkan kenapa komponen penyelidikan dan penerbitan diberikan pemberat jauh lebih besar dalam matriks penilaian ini sedangkan pengukuran fungsi pembelajaran dikesampingkan.
Begitu juga peranan libat sama komuniti hanya diukur secara tidak langsung atau terlalu kecil nilainya, kalau pun ada. Sedangkan kedua-dua fungsi ini sama pentingnya.
Maka, andainya hala tuju universiti masih mengikut telunjuk kayu ukur ranking, apakah maknanya kewujudan sesebuah universiti bagi masyarakat sekelilingnya dengan segala kekuatan akademik dan intelektual, diperkuatkan pula oleh pelbagai penyelidikan yang memenangi pelbagai anugerah dan artikel hebat-hebat dalam jurnal berimpak tinggi? Kalau institusi sebesar universiti hanya turun padang ketika banjir untuk membersihkan rumah atau menghulur sekampit beras kepada yang terkesan tanpa perancangan jangka panjang untuk membantu sosioekonomi mangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh melakukannya jauh lebih cemerlang.
Dalam konteks pembelajaran pula, malanglah kalau pandemik ini hanya sekadar memindahkan kandungan kurikulum yang sama ke dalam talian tanpa perubahan pengisiannya dan memikirkan berapa ramai lagi pelajar yang menghadapi kesukaran untuk akses kepada internet.
Peranan ranking memang sudah lama dipersoalkan. Misalnya, International Network of Research Management Societies (Inormis) pada 2016 meletakkan empat syarat yang perlu ada untuk mengiktiraf sebarang agensi penarafan – urus tadbir yang baik, kaedah penyelidikan, ketelusan dan ia mengukur apa yang patut diukur. Kumpulan pakar ini mendapati tiada satu pun badan penarafan yang ada memenuhi 100 peratus keempat-empat kriteria tersebut.
Badan penarafan Maka dengan bukti yang lebih jelas melalui pandemik ini, apakah universiti kita masih lagi mahu ditentukan dan ditadbir urus hala tujunya oleh badan penarafan yang tidak nampak pun peranan mereka ketika kita bergelut menangani pandemik?
Maka inilah masa terbaik untuk memperkukuhkan sistem penarafan sedia ada universiti di Malaysia, iaitu Penilaian Kajian Malaysia (MyRA) dan Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (Setara) supaya benar-benar meletakkan kepentingan nasional dan setempat sebagai asas penarafan. Jadikan falsafah pendidikan kebangsaan kita dengan kesejahteraan sebagai terasnya, sebagai rujukan utama proses penarafan universiti. Ini amat selari dengan Laporan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) terbaharu yang meruntun kepada kontrak sosial baharu pendidikan bagi masa hadapan lebih sejahtera.
Bagi tujuan ini, paling tidak ada lima dimensi yang wajar diperkenalkan sebagai ukuran baharu. Sejauh mana integrasi ilmu berlaku di dalam universiti, proses transformasi komuniti dan kepimpinan, kolaborasi antara institusi melangkaui sesama universiti, peranan keusahawanan lestari dan penyelidikan dan inovasi yang bertanggungjawab.
Moga dengan dimensi ini, hala tuju universiti di Malaysia akan menjadi lebih relevan bukan sahaja di era pandemik tetapi juga seterusnya. – UTUSAN
PROFESOR Madya Dr. Zainal Abidin Sanusi ialah Pengarah, Sejahtera Centre for Sustainability & Humanity, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Masih relevankah ranking universiti?
 
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor Mahathir semua ‘taktau’ Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO] Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO] BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’ Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA Leissner sogok suami Zeti Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

The post Masih relevankah ranking universiti? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/03/masih-relevankah-ranking-universiti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Masih Hidup

Ketika Masih Hidup

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 164 hits
KETIKA MASIH HIDUP Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt Betul ketika masih hidup inilah boleh lakukan pelbagai perkara yang baik baik dan bermanfaat Dalam waktu yang sama kalau nak ada rasa menyesal se...
Kenapa Bomoh Dan Ajaran Sesat Masih Subur Dizaman Maklumat Dihujung Jari

Kenapa Bomoh Dan Ajaran Sesat Masih Subur Dizaman Maklumat Dihujung Jari

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 341 hits
ABDULLAH MAT ISA Pernah tak anda fikir camane org yg diberi ajaran sempurna sejak kanak2 leh je terpengaruh ngan ajaran sesat dan terpesong percaya Khurafat bila berubat ngan bomoh Actually bukan salah kita Kita hanya mudah terkeliru dan me...
Hiburan Dah 2022 Hospital Masih Pakai Kipas Sedih Netizen Geram Kerajaan Tak Upgrade Hospital

Hiburan Dah 2022 Hospital Masih Pakai Kipas Sedih Netizen Geram Kerajaan Tak Upgrade Hospital

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 197 hits
Seperti diketahui ramai hospital merupakan salah satu tempat yang penting jadinya sudah semesti orang ramai mahukan keselesaan ketika menginap disana ataupun memikirkan keselesaan ahli keluarga Bagaimanapun semalam tular di platform Twitter...
Pelakon Shah Iskandar Masih Hidup

Pelakon Shah Iskandar Masih Hidup

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 164 hits
REAKSI Shah Iskandar apabila menonton video Tik Tok mendakwa dia meninggal dunia akibat kemalangan Kuala Lumpur Ada lagi masih hidup Alhamdulillah Demikian tulis pelakon Shah Iskandar di beberapa platform media sosialnya menafikan berita ke...
Najib Masih Popular Label Kluster Mahkamah Tak Penting Kata Penganalisis

Najib Masih Popular Label Kluster Mahkamah Tak Penting Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 201 hits
Ketidakberkesanan pentadbiran PH dan PN menyumbang kepada populariti Najib Razak apabila beliau bersuara menentang mereka kata penganalisis PETALING JAYA Label kluster mahkamah yang digunakan bagi pemimpin Umno tertentu tidak penting dan ti...
Usai Percobaan Bunuh Diri Model Ayu Aulia Masih Dirawat Di Rs Abdi Waluyo

Usai Percobaan Bunuh Diri Model Ayu Aulia Masih Dirawat Di Rs Abdi Waluyo

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 123 hits
Selain rekaman video turut tersebar sebuah foto yang menampilkan tangan penuh luka baretan dan berlumur darah Diduga tangan Ayu Aulia
Hanya Di Malaysia Seseorang Yang Kalah Memfitnah Masih Diangkat Menjadi Pm

Hanya Di Malaysia Seseorang Yang Kalah Memfitnah Masih Diangkat Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 572 hits
SYARIF APDALMungkin Hanya di MALAYSIA Negara Melayu Agama Rasmi Islam Pemimpin yang di dapati bersalah di Mahkamah sebab buat FITNAH Boleh di lantik jadi Perdana Menteri dia juga bukan Calun Perdana Menteri dalam undi Rakyat di dalam Piliha...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam