Masih Ramai Individu Bekerja Sendiri Di Terengganu Belum Mencarum Dengan Perkeso


Bernama
Farihah Che Husin berkata sebagai contoh, dianggarkan terdapat kira-kira 6,000 nelayan di Terengganu dan masih ramai dalam kalangan mereka yang belum mencarum. - Bernama KUALA TERENGGANU: Kesedaran mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) dalam kalangan individu yang bekerja sendiri di Terengganu masih di tahap sederhana
 Pengarah Perkeso Terengganu Farihah Che Husin berkata setakat tahun lepas, hanya 3,924 individu bekerja sendiri dari pelbagai sektor telah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso dan pihaknya menggangarkan terdapat kira-kira 25,000 individu yang bekerja sendiri di negeri itu
 "Apatah lagi dengan penularan pandemik COVID-19, ramai yang diberhentikan kerja dan terpaksa bekerja sendiri seperti menjadi penghantar makanan
 "Jadi kita harap mereka segera mencarum supaya mempunyai perlindungan sekiranya terjadi sebarang kejadian tidak diingini semasa mereka bekerja," katanya kepada pemberita pada Program Pendaftaran Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) Lindung kepada pekerja perkhidmatan penghantaran, berkonsepkan pandu lalu di Wisma Perkeso di sini hari ini
 Beliau berkata sebagai contoh, dianggarkan terdapat kira-kira 6,000 nelayan di Terengganu dan masih ramai dalam kalangan mereka yang belum mencarum
 Katanya, Perkeso kini mempergiat aktiviti menggalakkan individu yang bekerja sendiri mencarum di bawah SKSPS dengan melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dan menyasarkan 6,000 orang daripada golongan itu di Terengganu berbuat demikian pada tahun ini
 Farihah juga berkata program pendaftaran SPS Lindung secara pandu lalu itu adalah untuk memberi peluang kepada pekerja sektor khidmat penghantaran sama ada yang menggunakan motosikal, basikal atau berjalan kaki mendapatkan perlindungan secara percuma
 Beliau berkata di bawah program itu, kerajaan menyediakan caruman penuh untuk pekerja khidmat penghantaran selama setahun menerusi Pelan 2 SKSPS sebagai perlindungan terhadap bencana pekerjaan
 "Dianggarkan terdapat lebih 1,000 pekerja khidmat penghantaran termasuk pembeli-belah peribadi di negeri ini
 "Pada program hari ini, dijangka lebih 400 pekerja yang mendaftar. Kita harapkan lebih ramai lagi yang akan mendaftar dengan pendaftaran dibuka bermula 1 Jan hingga 31 Dis tahun ini dan ia terbuka sama ada kepada mereka yang bekerja sendiri atau menggunakan platform aplikasi pembekal (seperti Foodpanda)," katanya
 Farihah berkata antara faedah yang akan diterima ialah kemudahan perubatan percuma di mana-mana kilnik panel Perkeso atau hospital kerajaan, faedah Hilang Upaya Sementara dengan bayaran sebanyak RM41.33 sehari iaitu 80 peratus daripada pendapatan bulanan yang diinsurans mengikut pelan caruman
 Sementara itu, seorang penghantar makanan Khasfi Rosli, 21, berkata beliau mempunyai kesedaran untuk mendaftar SPS Lindung setelah ditimpa kemalangan pada Jumaat lepas di Jalan Budiman di sini ketika dalam perjalanan mengambil makanan untuk dihantar kepada pelanggan, yang menyebabkan tulang belakangnya patah
 "Saya baru sahaja menjadi penghantar makanan kira-kira sebulan yang lepas namun kini tidak dapat bekerja pula
 "Sejak kemalangan itu, saya baru terfikir betapa pentingnya kami dalam kalangan penghantar makanan mempunyai caruman dengan Perkeso apatah lagi di bawah SPS Lindung yang menawarkan caruman secara percuma," katanya yang sebelum ini bekerja sebagai tukang masak.-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/masih-ramai-individu-bekerja-sendiri-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Masih Kecil Usus Belum Matang Kenalkan Makanan Ikut Turutan Ini Sebagai Langkah Penjagaan

Bayi Masih Kecil Usus Belum Matang Kenalkan Makanan Ikut Turutan Ini Sebagai Langkah Penjagaan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 236 hits
Memang tak sabar rasanya nak perkenalkan anak dengan makanan setelah 6 bulan bayi hanya minum susu Perasaan teruja itu memang tidak dapat dielakkan lebih lebih lagi jika ini pertama kali dalam hidup anda untuk memperkenalkan makanan kepada ...
Hadi Masih Mahu Bekerja Minta Anak Bawa Laptop Walaupun Masih Di Ijn

Hadi Masih Mahu Bekerja Minta Anak Bawa Laptop Walaupun Masih Di Ijn

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 266 hits
Walaupun sedang dirawat di hospital nampaknya Presiden PAS tetap bersemangat untuk menjalani kehidupan seperti biasa Justeru dari dalam wad Institut Jantung Negara duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu berpesan kepada anaknya agar d...
Perlupusan Sisa Radioaktif Lynas Jangan Lakukan Konsultasi Tapak Masih Belum Ditukar Status

Perlupusan Sisa Radioaktif Lynas Jangan Lakukan Konsultasi Tapak Masih Belum Ditukar Status

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 184 hits
POSTED BY AMIR WRLRProses Konsultasi Awam berkaitan Kajian Impak Alam Sekitar ke atas Tapak Pelupusan Kekal Sisa Buangan Radioaktif Lynas sepatutnya tidak boleh diteruskan memandangkan kawasan yang dicadangkan belum ditukar status dan masih...
Antara 5 Artis Yang Sudah Memiliki Rumah Sendiri Diusia Yang Masih Muda

Antara 5 Artis Yang Sudah Memiliki Rumah Sendiri Diusia Yang Masih Muda

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 365 hits
Memiliki rumah sendiri pada usia yang masih muda merupakan impian setiap orang Bukan sahaja artis malahan sesiapa sahaja pasti mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri
Soal Kasus Abu Janda Polri Penyidik Masih Bekerja

Soal Kasus Abu Janda Polri Penyidik Masih Bekerja

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 235 hits
Karo Penmas Divisi Humas Polri Brigjen Rusdi Hartono menyampaikan bahwa penyidik Direktorat Tindak Pidana Siber Bareskrim Polri terus bekerja untuk menuntaskan kasus dugaan rasis dan menghina Islam Permadi Arya alias Abu Janda Kita tunggu p...
Masih Belum Bersinar

Masih Belum Bersinar

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 243 hits
Masih belum bersinar Assalamualaikum dan salam sejahtera Boleh dikatakan sana sini orang menyebut mengenai pengeluaran I sinar Kwsp Kategori 2 ini kan Ini selepas daripada permohonan yang mengambil masa yang sangat lama kemudian diminta unt...
Kasus Cuitan Islam Arogan Belum Ada Tersangka Status Abu Janda Masih Saksi

Kasus Cuitan Islam Arogan Belum Ada Tersangka Status Abu Janda Masih Saksi

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 207 hits
Bareskrim Polri belum menetapkan tersangka dalam kasus Islam Arogan yang dikicaukan oleh Permadi Arya alias Abu Janda Kekinian kasus tersebut masih dalam tahap penyelidikan Karo Penmas Divisi Humas Mabes Polri Brigjen Pol Rusdi Hartono meng...
Dpr Masih Banyak Masyarakat Indonesia Belum Mau Divaksinasi Covid 19

Dpr Masih Banyak Masyarakat Indonesia Belum Mau Divaksinasi Covid 19

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 229 hits
Ia juga mengajak masyarakat untuk mengikuti program itu karena BPOM telah mengeluarkan izin penggunaan darurat vaksin Covid 19
Video Tular Rakaman Motosikal Tiba Tiba Bergerak Sendiri Sebelum Rebah Atas Jalan

Video Tular Rakaman Motosikal Tiba Tiba Bergerak Sendiri Sebelum Rebah Atas Jalan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 361 hits
59 total views 59 views today Satu rakaman yang memaparkan sebuah motosikal bergerak dengan sendirinya telah menjadi tular di media sosial Rakaman yang dipercayai berlaku pada 30 12 2020 itu bermula dengan sebuah motosikal yang diparkir di ...
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit