Masih Belum Bersinar
Masih belum bersinar | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh dikatakan, sana sini orang menyebut mengenai pengeluaran I-sinar Kwsp Kategori 2 ini kan? Ini selepas daripada permohonan yang mengambil masa yang sangat lama (pada aku) kemudian, diminta untuk tunggu selama 21 hari. Dan kemudiannya di minta untuk tunggu lagi 10 hari. Dan terbaru, dengan pengumuman kerajaan mengenai pemansuhan segala macam syarat & kriteria, khabarnya perlu menunggu sehingga bulan march 2021 pula.
Mengikut perkongsian, khabarnya keputusan I-sinar Kwsp Kategori 2 boleh disemak bermula 15 February 2021. Namun, mengikut daripada perkongsian di dalam group facebook pengeluaran isinar kataegori 2, katanya semua kelulusan akan diberikan bermula 8 march 2021.
Dalam kata mudahnya (ini daripada apa yang aku baca) mereka yang dah mohon awal dahulu, atau baru memohon pengeluaran isinar, semua keputusan boleh mula di semak bermula 8 march 2021 ini. Khabarnya pihak kwsp perlu menyemak semula dan ada penambahbaikan sistem berikutan dari pengumuman kerajaan tersebut.
Ini semacam tidak adil bagi aku. sebabnya, yang dah mohon awal, dah tunggu lama! Dan kini terpaksa pula tunggu sampai bulan 3? Ini bermakna hampir 3 bulan juga menunggu. Kalau mereka yang dah hujung-hujung nafas itu, tak tahulah jadi apa kan?
Bagi pengeluaran I-sinar Interim, boleh pula di masukkan secara auto dan cepat mengikut tarikh. Bagaimana pula dengan I-sinar Kwsp Kategori 2? Bukankah kerajaan telah mengatakan, yang pengeluaran ini kini tiada syarat dan sesiapa sahaja boleh memohon. Jadi, seharusnya, ianya juga akan jadi mudah juga kan?
Apa pun, masih terdapat persoalan yang mana, mereka yang dah mohon awal masih perlu menunggu berbanding mereka yang baru sahaja memohon tetapi sudah diluluskan. Malah dah terima pun bayaran pertama!
Nampaknya, sehingga ke hari artikel ini ditulis, masih belum nampak sinarnya lagi pengeluaran isinar kategori 2 ini. Semoga semuanya mudah dan cepat, dan tidak bertangguh lagi. Aminn.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2021/02/masih-belum-bersinar.html