Masih Menanti Kehadiran Zuriat Cuba 10 Tip Cepat Hamil Mana Tahu Ada Rezeki Lepas Ini


Adakah terdapat cara agar cepat hamil boleh dicuba? Semestinya ada, cuma keberkesanannya mungkin berbeza. Tetapi tidak salah mencuba, siapa tahu rezeki anda untuk berbadan dua.
Cara agar cepat hamil
Kini, anda dan pasangan sudah bersedia untuk mempunyai cahaya mata. Namun, ada kalanya ia tidak semudah yang disangka dan pastinya penantian adalah satu penyeksaan, bukan?

Sememangnya rezeki untuk memiliki zuriat adalah bergantung kepada perancangan Tuhan, tetapi sebagai manusia biasa, anda perlu berusaha dan berikhtiar sebagai cara agar cepat hamil.
Umumnya, terdapat beberapa perubahan pada amalan gaya hidup seharian yang dapat membantu meningkatkan kesuburan anda dan pasangan.
Antara petua cepat hamil yang boleh dicuba adalah:
#1: Pemeriksaan kesihatan
Apa kata sebelum anda merancang untuk mengandung, lakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.
Tanyakan kepada doktor mengenai vitamin pranatal yang mengandungi asid folik, berfungsi melindungi daripada beberapa kecacatan kelahiran, seperti spina bifida.
Asid folik amat penting untuk peringkat awal kehamilan, disebabkan itu mustahak untuk memastikan anda mendapat cukup asid folik sebelum berbadan dua.
#2: Hentikan penggunaan kawalan kelahiran
Sudah tentu, jika ingin mengandung, anda perlu berhenti menggunakan sebarang alat kawalan kehamilan, termasuklah kondom.
Ini kerana terdapat kemungkinan anda memerlukan masa untuk mendapatkan tahap kesuburan kembali. Selalunya ia bergantung kepada jenis kawalan pencegahan kehamilan yang digunakan.
Secara umumnya, kesuburan diri akan kembali pada kitaran ovulasi yang seterusnya setelah anda menghentikan penggunaan kawalan kehamilan.
Terdapat juga kemungkinan, kitaran ovulasi mungkin tidak teratur pada permulaan tetapi jangan terkejut bahawa anda turut berpeluang untuk hamil!

#3: Berhenti merokok
Merokok sememangnya tidak membawa kebaikan waima kepada lelaki mahupun perempuan, bahkan ia boleh mengurangkan kesuburan.
Ia juga tabiat berbahaya kepada bayi jika anda masih merokok ketika hamil.
#4: Bersenam bersama bantu cepat hamil
Kekal cergas adalah antara cara agar cepat hamil yang boleh dicuba kerana ia membantu meningkatkan kesuburan.
Jika anda bukan kaki bersenam, mulakan dengan melakukan lebih banyak gerakan dalam kehidupan seharian anda.
Contohnya, memilih untuk menaiki tangga dan bukannya lif. Anda juga boleh bergembira dalam kelas tarian atau berjoging bersama pasangan.
Tetapi jangan berlebihan. Ini kerana wanita yang bersenam dengan kuat – seperti atlet profesional – ada kalanya mengalami gangguan kitaran haid dan menjejaskan kesuburan.
#5: Diet sihat
Pemakanan dan kesuburan saling berkaitan. Jika kalian mengikuti diet pemakanan yang seimbang, ia dipercayai dapat meningkatkan peluang anda untuk hamil.
Dapatkan nasihat pakar mengenai pemakanan yang bersesuaian untuk mereka yang merancang memiliki cahaya mata.
#6: Bertenang
Berusaha untuk mengandung boleh menyebabkan anda tertekan, betul tak? Tiada salahnya mengalami tekanan sekali-sekala dan ia tidak akan menjejaskan peluang anda.
Namun, jika berterusan dan bertambah teruk, ia boleh menipiskan kemungkinan anda untuk bergelar ibu bapa.
Sekiranya berada dalam keadaan tertekan, cubalah teknik meditasi, pernafasan mendalam atau saling memberikan urutan kepada pasangan.
#7: Elakkan alkohol antara cara agar cepat hamil
Alkohol boleh membahayakan kesihatan bayi jika anda minum setelah mengandung. Ini terutamanya pada fasa-fasa awal sebelum anda menyedari diri sedang berbadan dua!
Pengambilan minuman ini secara berlebihan turut boleh mengurangkan kesuburan lelaki. Jadi sebaiknya, jika merancang untuk mempunyai anak, elakkan minuman beralkohol.
#8: Hindari haba berlebihan
Apabila testis terlalu panas, kualiti sperma yang terhasil akan terjejas. Duduk untuk tempoh lama, meletakkan laptop di riba atau bekerja di persekitaran panas boleh mempengaruhi pengeluaran sperma.
Malah pemakaian seluar dalam ketat juga dikatakan menyumbang kepada ketidaksuburan sperma.

#9: Bercuti bersama
Ada kalanya apa yang kalian perlukan sebagai cara agar cepat hamil hanyalah untuk bercuti bersama bagi menghilangkan tekanan dan bersantai.
Malahan, ada pasangan yang bersetuju, percutian adalah kunci untuk mereka berbadan dua. Jadi tiada salahnya untuk mencuba, bukan?
#10: Seks secara berkala
Sudah pasti untuk mengandung, anda perlu melakukan seks. Itu kunci utama! Jadi sebaiknya lakukan secara kerap terutamanya ketika tempoh ovulasi.
Melakukan seks bersama pasangan antara 2 hingga 3 hari sekali sudah cukup baik untuk meningkatkan peluang kehamilan anda.
Tetapi jangan bersama dalam keadaan terpaksa kerana cuma akan menambahkan tekanan dan menyukarkan lagi peluang anda! Jika berada dalam keadaan penat, elakkan.
Dapatkan bantuan
Sekiranya anda sudah mencuba tip di atas namun masih tidak mendatangkan hasil dalam tempoh 6 bulan, dapatkan bantuan daripada pakar.
Ini khususnya jika anda berusia lebih 35 tahun, okay? Manakala bagi mereka berusia di bawah 35 tahun, teruskan mencuba sehingga setahun.
Paling penting, jangan pernah berputus asa dan semoga ada rezeki buat kalian untuk menimang cahaya mata.
Kredit: Hello Health

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Masih Menanti Kehadiran Zuriat? Cuba 10 Tip Cepat Hamil, Mana Tahu Ada Rezeki Lepas Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masih-menanti-kehadiran-zuriat-cuba-10-tip-cepat-hamil-mana-tahu-ada-rezeki-lepas-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Barang Elektrik Terendam Dalam Banjir Cuba Tips Ini Mana Tahu Ada Rezeki Lagi

Barang Elektrik Terendam Dalam Banjir Cuba Tips Ini Mana Tahu Ada Rezeki Lagi

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 266 hits
Bencana banjir yang berlaku tahun ini langsung tak disangka sama sekali terutama penduduk di sekitar Lembah Klang Kebanyakan mangsa memang tak dapat nak selamatkan barangan elektrik dan barang penting lain Bila air dah surut pastinya perasa...
Pasangan Yang Idamkan Baby Girl Boleh Cuba Petua Ini Mana Tahu Rezeki

Pasangan Yang Idamkan Baby Girl Boleh Cuba Petua Ini Mana Tahu Rezeki

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 204 hits
Seronoknya kalau dapat baby girl boleh pakai baju matching dengan Mama Tetapi ada ke tips dapat anak perempuan yang boleh dicuba Mencari petua dapat anak perempuan Adakah hati anda teruja setiap kali melihat baju bayi perempuan yang cantik ...
Meninggal Ketika Bantu Mangsa Banjir Suami Tak Sempat Tengok Anak Selepas 10 Tahun Menanti Zuriat

Meninggal Ketika Bantu Mangsa Banjir Suami Tak Sempat Tengok Anak Selepas 10 Tahun Menanti Zuriat

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 272 hits
Menerusi satu perkongsian yang tular oleh seorang wanita dikenali sebagai Laila telah memuat naik sebuah video di laman TikTok menceritakan dia dan suaminya menunggu selama 10 tahun sebelum diberikan rezeki untuk mengandung Namun wanita ini...
Anak Lagi Cepat Tangkap Belajar Dengan Mak Ayah Ni Tip Jadi Learning Coach Di Rumah

Anak Lagi Cepat Tangkap Belajar Dengan Mak Ayah Ni Tip Jadi Learning Coach Di Rumah

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 232 hits
Didikan awal sememangnya bermula dari rumah bukan di sekolah bersama guru guru Maka jadilah ibu ayah yang sentiasa mendidik malah sentiasa kreatif merangsang minda anak Pun begitu ada waktunya dek kerana hambatan tugas yang tak pernah habis...
Lakukan 5 Petua Ini Untuk Kawal Gdm Ketika Hamil Mama Boleh Cuba

Lakukan 5 Petua Ini Untuk Kawal Gdm Ketika Hamil Mama Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 210 hits
Anda hamil dan mengalami penyakit diabetes Ada ke cara mengubati kencing manis semasa mengandung Ini 5 petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang boleh anda cuba Tapi sebelum itu ambil tahu apa faktor faktor risiko kencing manis k...
Penjarah Hutan Akan Direndam Dalam Neraka Penyokong Kepada Penjarah Hutan Pee Mana Pulak

Penjarah Hutan Akan Direndam Dalam Neraka Penyokong Kepada Penjarah Hutan Pee Mana Pulak

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 171 hits
Asri mengecam mereka yang menebang pokok pokok secara rakus sehingga berlaku bencana yang menyebabkan manusia hilang bukan hanya tempat berteduh di luar rumah tetapi hilang tempat kediaman sekolah tempat kerja masjid rumah ibadah dan pelbag...
Mana Mak Dah 3 Hari L0st C0ntact Anak Harap Warganet Bantu Kesan Ibu Hiiang

Mana Mak Dah 3 Hari L0st C0ntact Anak Harap Warganet Bantu Kesan Ibu Hiiang

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 217 hits
Media sosial kini dikenal sebagai platform terpantas untuk menyampaikan maklumat penting tambahan pula dengan kuasa viraI yang diyakini mampu menyelesaikan sesuatu isu dengan lebih cepat Oleh itu pengguna Twitter ini melalui akaun the yooni...
Ajar Suami Arab Ayat Mana Mana Rancak Berd0sa Tak Faham Tapi Turutkan Saja

Ajar Suami Arab Ayat Mana Mana Rancak Berd0sa Tak Faham Tapi Turutkan Saja

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 383 hits
Sering kali jika ada ayat2 yang tular di media sosial akan ada banyak individu yang akan membuat video menggunakan ayat2 yang tular tersebut Kadang kala video2 tersebut turut tular di pelbagai aplikasi di media sosial Sebuah video yang bebe...
Dah Janji Tapi Tak Nampak Ramai Tanya Ushawan Mana Kreta Abangvlva Ini Penjelasan Bliau

Dah Janji Tapi Tak Nampak Ramai Tanya Ushawan Mana Kreta Abangvlva Ini Penjelasan Bliau

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 162 hits
Nampaknya selepas berlaku b anjir besar di beberapa buah negeri dalam negara kita dapat melihat betapa bersatu padunya rakyat Malaysia dalam menolong antara satu sama lain
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan

Pengalaman Anak Kena Prolonged Jaundice

Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Tv Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

30 Lagu Bakal Berentap Dalam Muzik Muzik 39 Separuh Akhir Siapa Akan Mara Ke Ajl 39

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 143

Cucur Sayur

Kedah Jheaik Siasat Tok Kadi Buli Pengantin

Seorang Wanita Tergamak Penggal Kepala 2 Anak