Masih Cerita Susu Segar
SUSU SEGAR (BMF or X BMF)
2013 sebelum ke UK kami dimomokkan dgn mcm2 perkara. Itu takde, ini takde. Antaranya ialah susu pekat manis resipi teh tarik minuman kegemaran rakyat Malaysia 😜. Berkarton2 kami beli dan bawa ke sana.
Tapi sampai di sana apa yg berlaku? Semuanya tak tersentuh pun. Expired terbuang mcm tu sahaja. Sbb org kat sana tak minum susu pekat manis, depa minum susu lembu fresh. Susah nak cari susu pekat manis ni kat sana, kalau ada pun di kedai2 oriental dgn harga sedikit mahal (brg rare la katakan).
Semua supermarket di UK spt Tesco, Sainsbury, Waitrose even M&S pun jual susu fresh ni. Ada macam2 variant. Whole milk, skimmed/semi skimmed, organic, lactofree dll. Dan harganya saaaaaangat la murah. Sebotol susu fresh saiz 4 pint (2.3L) dijual dgn harga £1 (RM5.50). Saiz 2 pint harga 80p (RM4.40). Kdg2 bila promo tu boleh dpt harga 40p sebotol (Mcm 4 kupang sebotol la). *Sbg perbandingan susu fresh jenama XX di Tesco Malaysia RM7.50/liter (ada beza kan?).
Bukan niat nak agungkan negara org putih tuan2. Tapi nak tunjuk bertapa hebatnya food security depa. Almost unthreatened. Negara kepulauan je pun. Tp one of leading milk producer country in EU. Boleh cover utk populasi penduduk mereka yg ramai tanpa masalah. Siap bagi harga murah2 mcm tak masuk akal.
Susu segar makanan kesihatan yg ada hampir semua nutrient yg diperlukan oleh badan. Tapi sayangnya di Malaysia amalan minum susu segar masih belum meluas dan ianya sukar diperolehi. Sukar bukan sbb apa tuan2. Sbb ianya mahal. Mahal bukan sbb apa tuan2. Sbb production very limited. Lembu2 tenusu sgt kurang dan perlu import susu drp luar. Production cost tinggi.
Jadi ada sebab K’jaan (Khazanah) invest dalam industri tenusu ni. 1) food security: dan 2) kesihatan. ‘Secure’ bukan setakat utk mencapai matlamat kecukupan makanan shj. Tp rasa ‘secure’ juga poket kita bila nak membelinya nnti. Habis kalau dah boikot sana, boikot sini mcm mana industri ni nak berkembang tuan2. Lama mana lagi kita nak tunggu harga susu fresh turun 4 kupang sebotol?
Bab kesihatan pula sampai bila kita nak tgk anak2 kita minum susu pekat manis yg tinggi kadar gula? Itu kalau susu pekat manis. Ramai sbnrnya tersilap dan keliru yg krimer pekat manis (sweetened) tu pun dianggap sbg susu. Krimer pekat manis tu bukan susu tuan2. 50% gula!!!. Selebihnya minyak tumbuhan (sawit). Sbb tu kat label dia tak tulis susu, tapi krimer. Harga pun lebih murah. Agak2 teh tarik yg kita minum kat mamak hari2 dia pakai krimer pekat manis atau susu pekat manis tuan2?
Tulis panjang2 kat atas pointnya bukan apa... Saje nak enter frame isu yg tgh hot skrg. BMF or bukan BMF. Nak ber’bmf’ takda masalah. Tp kena tgk ke mana arah kita. Adakah lebih memberi manfaat atau lebih memusnahkan?
Kita mungkin kurang bernasib baik dilahirkan pada zaman susu/krimer pekat manis haha!. (Ramai pulak yg kena diabetis ye 😆). Tapi skrg kita ada peluang utk ubah dan pastikan generasi anak2 kita menikmati susu segar dlm diet harian mereka. Caranya ialah kita terus support industri tenusu kita supaya terus berkembang. Tanpa mengira siapa player mereka.
Untuk rekod di UK ada 161 raw drinking milk producers (google UK RDM)- utk supply susu segar kpd 70 juta penduduk mereka. Simple math-utk populasi M’sia 32 juta kita perlu ada sekurang2nya 80-70 producers hari ni utk achieve spt UK. Tapi baru 1-2 company pun dah boikot memboikot, nak pergi ke mana industri tenusu kita ni tuan2?
So kepada brader boss susu Azmi teruskan perjuangan dalam industri ini. Jangan hiraukan komen dan pandangan negatif org lain. Tetapi janganlah pula membalas secara negatif dan tersasar. Anda sedang melakukan perkara yang betul. Teruskan. Kepada rakyat Malaysia & warga Netizen anda berhak untuk memilih menyokong mana2 jenama. Tiada siapa yg menghalang. Cuma sokong biarlah secara sihat, jangan memijak pihak lain - untuk generasi selepas kita juga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kluangmanexpress.blogspot.com/2021/01/masih-cerita-susu-segar.html