Kisah Sadis Arwah Amir Bekas Penjaga Awal Cerita Pasal Mak Amir Melahirkan Amir
Arwah adik ni ni masa dia baru lahir family aku jaga dgn mak-mak nya sekali. Ada cerita disebalik mengapa semua ini berlaku.
Mak arwah adik amir ni ada sakit mental, istilah kalau org kita ckp, ada surat punya org laa gitu. Hidup mak dia ni susah, memang mak dia ni baik, lurus, hidup dia derita.
Si suami, ayah tiri arwah ni pulak, memang baran, org kata kaki hayun, ank sendiri pon dia tibai inakan pula amir ank tirinya, lunyai kene
Ni kisah 6-7 tahun dulu, arwah lahir je terus duduk rumah kami, time bayi ada la menyusukan arwah kejap, jadi sedih bila bapak tiri dia buat mcm tu.
Kita jgn terburu-buru salahkan mak dia, mak dia tu yg kami kenal, orgnya kecik je, bapak tiri dia badan gempal dan kaki pukul. So jgn salahkan mak dia secara terburu-buru. Metro ni nak org baca ke beritanya lepastu netizen terus keluar fatwa. Anjir netizen
Aku bukan nk buat palatau atau reka cerita pasal kes ni, motif kes dan cara suspek buat tu aku tak tahu la. Itu kita serah pihak polis siasat. Cuma nk ceritakan background arwah dan ibu kandunganya sahaja. Kisah hidup ibunya sahaja dh boleh buat org meleleh air mata
Ok tenang kita cerita one by one dri arwah ni dlm kandungan sampai dia lahir hingga diserahkan ke family angkat dia. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua, terutama golongan wanita supaya tidak tersalah pilih lelaki dlm hidupnya.
Kisah ni berlaku 7 tahun lepas, lebih kurang mcm tu, kisah arwah adik amir dgn ibunya yg terbuang dek kerana tuduhan lelaki yg kejam iaitu suaminya sendiri terhadap isterinya bahawa adik amir ini bukan anaknya. Dalam hukum kita dh boleh kategorikan sebagai Qazaf.
Lepastu, ibunya ini dipukul dgn kayu golf di kepala hingga org kata hilang waras sikit akibat hentakan yang kuat, dengan stress study nya lagi. Ibu nya time tu student jugak, tapi dah kawin dgn ayahnya ni orang tua dah berumur. Kisah macam mana dia kawin tu aku tak tahu.
Yang pasti ibunya dan arwah adik ni yang masih dlm kandungan ditinggalkan begitu sahaja di satu tempat ni, hingga ada satu orang ni minta ibu saya jagakan ibu kandung arwah hingga melahirkan arwah. Bayangkan deritanya seorang Ibu ditinggalkan..
Semakin hampir due date untuk melahirkan arwah adik amir, tanpa ada sebarang pendapatan dan kasih sayang dari keluarga dan orang terdekat, seorang ibu ini terus berjuang dalam keadaan yang serba kekurangan, menaruhkan nyawanya utk melahirkan adik amir..
Ketika ibunya di hospital sedang bertaruh nyawa untuk melahirkan arwah adik amir ni, tiada seorang pun yang peduli. Sehingga ibu saya dihubungi selepas adik amir ni dilahirkan untuk dibawa pulang ke rumah kami.
Twitter @imanjail
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2021/01/kisah-sadis-arwah-amir-bekas-penjaga.html