Masih Ada Ruangkah Peranan Istana


Jumaat lalu, saya ditanya oleh seorang figura awam. Apakah masih ada ruang di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi Yang di-Pertuan Agong, sultan-sultan dan Majlis Raja-Raja memainkan peranan mereka dalam membantu menyelesaikan pelbagai masalah kritikal yang kini dihadapi rakyat dan negara?

Antara masalah yang beliau sebutkan adalah ledakan jangkitan Covid-19 yang kini terus meningkat, Parlimen yang masih digantung (menyebabkan tidak ada proses semak dan imbang), pentadbiran yang dikatakan lemah, kemarahan rakyat yang belum reda, amalan rasuah dan salah guna kuasa, dan kewujudan dwistandard dalam penguatkuasaan undang-undang.

Saya juga ditanya, apakah tidak ada ruang bagi Agong selain tiga perkara yang disebutkan dalam Perkara 40 Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan itu melakukan sesuatu atas budi bicara Seri Paduka sendiri?

Seperti kita sedia maklum, tiga perkara tersebut (di mana Agong boleh bertindak atas budi bicara Seri Paduka sendiri) adalah pelantikan Perdana Menteri, menyatakan tidak setuju Seri Paduka untuk membubarkan Parlimen dan memanggil Majlis Raja-Raja bermesyuarat berhubung keistimewaan serta kedudukan raja-raja Melayu.

Sebenarnya soalan ini sudah pun ‘terjawab’ sebelum ini. Pada 23 Oktober lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menemui Agong di Pahang untuk mendapatkan perkenan mengisytiharkan darurat. Kita difahamkan, Seri Paduka kemudian berunding dengan Majlis Raja-Raja sebelum membuat keputusannya.

Pertemuan Agong dengan Majlis Raja-Raja berlangsung pada Ahad 25 Oktober 2020. Pada petang itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin mengeluarkan kenyataan: “Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.”
Kesimpulannya, pada hari itu, Agong membuat keputusan tanpa menurut ‘nasihat’ Perdana Menteri. Keputusan Seri Paduka itu disambut baik oleh rakyat jelata yang menyifatkannya sebagai ‘kebijaksanaan Istana.’

Bagaimanapun, pada 12 Januari lalu, Agong perkenan mengisytiharkan darurat atas nasihat Perdana Menteri ‘sebagai langkah proaktif membendung penularan Covid-19 yang meragut lebih 1,000 nyawa setakat ini.’ Ekoran darurat diisytiharkan, Parlimen digantung dan tidak boleh bersidang hingga sekarang.

Menarik sekali, enam minggu selepas itu, Agong bertitah, Parlimen boleh bersidang pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai olehnya atas nasihat Perdana Menteri. Malangnya hingga hari ini, ‘tarikh’ itu belum lagi disebutkan atau ditetapkan dan Parlimen masih lagi tidak bersidang, walaupun pelbagai pihak menyarankan persidangan boleh dilakukan secara maya atau hibrid.

Pada 20 Mei lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor segera mengadakan perbincangan khas berhubung pandemik Covid-19. Melalui perbincangan itu, semua pemimpin politik di negeri itu dikehendaki mencari jalan membendung penularan wabak dan menyelesaikan masalah rakyat.

Tindakan Sultan Johor itu menunjukkan istana boleh (dan wajar) proaktif menggerakkan badan eksekutif melakukan sesuatu yang berkesan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Jika kita aplikasikan contoh di Johor di peringkat Pusat, maknanya Agong boleh menasihati badan eksekutif (kerajaan) untuk mengatur strategi lebih baik bagi menyelesaikan masalah rakyat.

AMANAH
Pada Januari lalu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah agar masyarakat Islam tidak memberikan amanah atau menyerahkan tanggungjawab kepada kalangan yang berimej mungkar dan munafik, kalangan yang lemah moral dan rendah akhlaknya, kalangan yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa serta kalangan yang tidak amanah dan tidak ikhlas.

Pengajaran yang boleh diambil daripada teguran Sultan Johor dan Sultan Perak tersebut, Agong boleh memberi teguran serupa kepada Perdana Menteri dan jemaah menteri agar kesejahteraan negara dan kebajikan rakyat terus terpelihara.
Dalam syarahan umum bertajuk Supremacy of Law in Malaysia pada 23 November 1984, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah: “The executive itself cannot just act as it pleases, for its own powers are also subject to precise restrictions. Even where limits do not appear to be sufficiently clear, there are rules of unwritten law which dictate the courses of action that may be followed.”

Yang dimaksudkan oleh baginda adalah konvensyen. Implikasinya, Perlembagaan bukan bersifat eksklusif, ada ruang untuk konvensyen dan atas prinsip yang sama mesti ada ruang untuk good governance, kebijaksanaan istana dan kebertanggungjawaban kepada kesejahteraan rakyat.

Perkara 40 Fasal (1) memang menyatakan Agong hendaklah bertindak atas nasihat jemaah menteri atau mana-mana ahli jemaah menteri kecuali mengenai perkara yang disebutkan dalam Fasal (2) tadi. Pada masa sama, fasal itu juga menyatakan Agong berhak meminta dan mendapatkan maklumat daripada jemaah menteri. Ini bermakna kewajipan Seri Paduka bertindak atas nasihat jemaah menteri itu selari dengan kewajipan jemaah menteri untuk sentiasa memberi maklumat yang lengkap, tepat dan betul kepada Seri Paduka.

Rakyat mengharapkan Seri Paduka terus istiqamah memberi nasihat dan teguran sebaik mungkin kepada badan eksekutif.
Tidak ada Perlembagaan yang sempurna, mampu meramal dan mengambil kira semua kontingensi pada masa depan. Samalah juga dengan Perlembagaan Persekutuan kita. Langkah Sheraton dan ledakan pandemik Covid-19 adalah dua kontingensi yang pasti tidak diramalkan pada 1957.

Masih ada ruang bagi istana memainkan peranannya demi memelihara kesejahteraan negara dan kebajikan rakyat.

Oleh: DATUK Salleh Buang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/masih-ada-ruangkah-peranan-istana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Israel Menuju Hancur Muhyiddin Masih Sokong Idea Dua Negara

Israel Menuju Hancur Muhyiddin Masih Sokong Idea Dua Negara

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 271 hits
Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan bahawa negara Zionis Israel hampir menuju ke penghujungnya ketika tunjuk perasaan memuncak di seluruh dunia mengecam keganasan rejim Tel Aviv ke atas rakyat Palestin ADUN Senggara...
Akun Telegram Direktur Kpk Sujanarko Masih Diretas Perlu Satu Pekan Reset Password

Akun Telegram Direktur Kpk Sujanarko Masih Diretas Perlu Satu Pekan Reset Password

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 215 hits
Sujanarko diketahui tak memiliki akun Telegram Namun pada Kamis 20 Mei 2021 kemarin sekitar pukul 20 30 nama dirinya tiba tiba muncul dalam Telegram Akun yang digunakan peretas dengan nama Pak Sujanarko
Berita Baik Meski Mahiaddin Kecundang Dengan Rambutan Kerajaan Pn Ini Masih Lagi Cerah Masa Depannya

Berita Baik Meski Mahiaddin Kecundang Dengan Rambutan Kerajaan Pn Ini Masih Lagi Cerah Masa Depannya

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 248 hits
Berikutan kedudukan Mahiaddin Md Yasin ketika ini semakin jatuh terperosok dikutuk dihina dan dibenci sehingga dipertandingkan dengan rambutan pun hanya mampu mendapat 4 peratus undi manakala buah tempatan itu menang bergaya dengan meraih 9...
Selepas Setahun Petugas Penjagaan Kesihatan Masih Tidak Cukup Kata Bekas Timbalan Menteri

Selepas Setahun Petugas Penjagaan Kesihatan Masih Tidak Cukup Kata Bekas Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 279 hits
Kerajaan sebelum ini digesa mengambil 10 000 pekerja khas termasuk graduan menganggur untuk membantu proses pengesanan kontak PETALING JAYA Selepas lebih setahun penularan wabak Covid 19 negara masih kekurangan sumber tenaga manusia dalam s...
17 Pengajaran Kepada Kamu Yang Masih Single Jodoh Perlu Usaha Be Prepared

17 Pengajaran Kepada Kamu Yang Masih Single Jodoh Perlu Usaha Be Prepared

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 287 hits
kredit tp AssalamualaikumSetiap orang impikan kisah hidup yang lebih baik Mempunyai pekerjaan yang bagus dan mempunyai seseorang yang ada selalu di sisi kita sebagai pasangan hidup Tetapi ditakdirnya soal jodoh itu agak lambat sikit sampai ...
Kes Positif Covid 19 Tertinggi Masih Ramai Ingkar Sop

Kes Positif Covid 19 Tertinggi Masih Ramai Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 302 hits
Oleh Anggota Polis Diraja Malaysia bersama Angkatan Tentera Malaysia memeriksa surat kebenaran rentas daerah pemandu serta penumpang kenderaan semasa bertugas di Sekatan Jalan Raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 di Lebuh Raya Persek...
Mapim Gencatan Senjata Tak Akan Bertahan Selagi Israel Masih Menjajah Bumi Palestin

Mapim Gencatan Senjata Tak Akan Bertahan Selagi Israel Masih Menjajah Bumi Palestin

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 313 hits
nbsp KUALA LUMPUR Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia menyifatkan gencatan senjata di Gaza tidak bertahan lama melainkan Israel menarik diri dari wilayah yang dijajah di Tebing Barat terutama Baitulmaqdis dan menamatkan pengepungan...
Tak Berjodoh Dengan Ibunya Putri Desy Ratnasari Masih Jalin Hubungan Baik Dengan Irwan Mussry

Tak Berjodoh Dengan Ibunya Putri Desy Ratnasari Masih Jalin Hubungan Baik Dengan Irwan Mussry

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 182 hits
Sempat menjalin asmara selama 8 tahun dengan bundanya sang anak pun masih memanggil Irwan dengan sebutan Daddy Tetap jaga silaturahmi
Kasino Genting Masih Beroperasi Walau Diarahkan Tutup

Kasino Genting Masih Beroperasi Walau Diarahkan Tutup

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 319 hits
Ilustrasi Hiasan Kasino Menurut laporan sebuah portal Kasino Genting Highlands masih beroperasi walau telah diarahkan menghentikan perniagaannya oleh Menteri Pertahanan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob Laporan portal https m malaysiakini com n...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri