Masanya Telah Tiba Untuk Pas Terajui Pn






3 November 2025


Seramai  16 Ahli Parlimen Bersatu dilaporkan telah mengutus surat kepada Muhyiddin Yassin menyuarakan rasa tidak setuju dengan keputusan memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan dan menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal.


Mereka turut tidak setuju dengan tindakan Bersatu cuba menghadapkan Timbalan Presiden Bersatu merangkap Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin ke Lembaga Disiplin parti.


Sebagai rekod, Hamzah sebenarnya sudah pun menerima surat untuk mengadap Lembaga Disiplin, tetapi beliau tidak hadir pada temujanji yang ditetapkan sebelum ini.


Tidak dipastikan sama ada Ahli Parlimen Larut itu akan diberi tarikh baru untuk mengadap Lembaga Disiplin  selepas ini atau beliau bakal terus dihukum berikutan ketidakhadiran itu.


Kumpulan 16 Ahli Parlimen berkenaan melihat tindakan terhadap tiga pemimpin itu melemahkan keyakinan rakyat terhadap Bersatu serta menggugat usaha PN untuk memenangi PRU16 akan datang, selain menyukarkannya menang  lebih banyak kerusi pada PRN Sabah, 29 November depan.


Seterusnya, 16 Ahli Parlimen berkenaan  mahu Muhyiddin bertindak membetulkan keadaan agar Bersatu tidak menjadi mangsa keegoan mana-mana pemimpin.


Dengan kemelut Bersatu adalah difahami merupakan pertembungan antara Muhyiddin yang disokong oleh Azmin Ali selaku Setiausaha Agung dengan Hamzah, adalah jelas surat daripada 16 Ahli Parlimen itu  merupakan pemihakan terbuka kepada Timbalan Presiden Bersatu.


Bersatu memiliki 31 Ahli Parlimen dan enam daripadanya telah beralih arah menyokong Anwar Ibrahim sebelum ini, dengan itu jumlah mereka kini ialah 25 orang.


Daripada 16 yang mengutus surat itu, ia tidak termasuk nama Hamzah, Wan Saiful dan Wan Fahysal.


Dua lagi lagi Parlimen yang memegang jawatan Naib Presiden – Radzi Jidin dan Ronald Kiande – sengaja tidak diajak untuk menandatangani surat berkenaan atas alasan menghormati kedudukan kanan mereka dalam parti.


Ini bermakna, jika termasuk tiga Ahli Parlimen yang dijadikan subjek mengapa surat itu diutus kepada Muhyiddin iaitu Hamzah, Wan Saiful dan Wan Fahysal, jumlah yang tidak memihak kepada Muhyidin ialah 19 orang.


Jika dimasukkan pula Radzi Jidin dan Ronald Kiande, jumlahnya bertambah lagi menjadi 21 orang.


Ertinya, daripada jumlah keseluruhan 25 Ahli Parlimen Bersatu, yang masih bersama Muhyiddin kini hanyalah antara 4 hingga 6 orang saja.


Tanpa perlu disuluh lagi, ini adalah isyarat yang cukup tidak cantik bagi seorang Presiden parti yang telah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri ke-11.


Begitu pun, untuk mengharapkan Muhyiddin memahami kemelut ini dan seterusnya sedia melakukan tindakan pembetulan atau berundur dengan rela hati, walaupun penolakan itu tidak diragui lagi, ia barangkali seumpama jauhnya jarak Kutub Utara dengan Kutub Selatan.


Muhyiddin tidak akan berundur atau mengalah kerana tidak mahu Hamzah mengambil tempatnya menerajui Bersatu.


Hakikat ini bukan sangat soal Muhyiddin, tetapi kerana ada kuasa lain yang begitu kuat mempengaruhi dan mencatur di belakangnya.


Sukar ditelah sama ada kuasa itu benar-benar sayangkan Muhyiddin atau mereka hanya “trojan horse” semata-mata.


Dalam keadaan ini dan bagi memastikan PN kekal relevan untuk memenangi PRU akan datang, jalan terbaik ialah PAS sebagai parti tergagah dalam gabungan itu harus segera berbuat sesuatu untuk menyelamatkan keadaan.


Muhyiddin yang sudah kehilangan sokongan Ahli Parlimen partinya sendiri, gagal mengawal Bersatu dan kepimpinannya gagal menterjemahkan penyatuan dalam keadaan gelombang rakyat mahukan perubahan, adalah dirasakan tidak sesuai lagi untuk terus menerajui PN.


Masanya telah tiba kini untuk PAS mengambil alih dan mengetuai PN bagi mengemudi gabungan itu menghadapi PRU16 datang.


Sebagai parti terkuat dan tergagah dalam PN, siapa calon PM11 setelah PN menang PRU16 nanti pun biar ditentu dan diputuskan oleh PAS. – ShahbudinHusin 03November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/masanya-telah-tiba-untuk-pas-terajui-pn/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/masanya-telah-tiba-untuk-pas-terajui-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Madani Enables Pas Mockery Of Palestinian Issue

Madani Enables Pas Mockery Of Palestinian Issue

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 115 hits
When Umno and PAS unite they are accused of wishing to go to war with other races like the Jews who did not want Muslims to be united during the Prophet s time This is a disease we must fight Let s join forces and send the enemy to hell PAS...
Cheeky Netizen Imagines How Pas Airline Would Look Like In An Ai Video

Cheeky Netizen Imagines How Pas Airline Would Look Like In An Ai Video

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 179 hits
WHILE AI is becoming more alarming for their ability to create life like videos we can t discount their comedy value Recently we had Queen Elizabeth and Stephen Hawking being resurrected from the grave and made to fight in a wrestling match...
Malaysia Went Overboard In Welcoming Trump Says Pas

Malaysia Went Overboard In Welcoming Trump Says Pas

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 231 hits
The party says the manner in which the US president was welcomed rubbed salt into the wounds of Gazans who were still suffering US president Donald Trump joined cultural performers in a brief dance on his arrival in Kuala Lumpur on Sunday m...
Pas Leader Warns Anwar Of Historic Mistake Downfall With Trump Meet

Pas Leader Warns Anwar Of Historic Mistake Downfall With Trump Meet

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 330 hits
THE federal government s decision to welcome United States President Donald Trump s visit to Malaysia will go down as the worst chapter in Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim s administration and could lead to his downfall says PAS info...
Sejak Bersama Dengan Pas Dia Belajar Dari Pas Cara Tikam Diri Sendiri Kiah Kah Kah

Sejak Bersama Dengan Pas Dia Belajar Dari Pas Cara Tikam Diri Sendiri Kiah Kah Kah

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 134 hits
Beban Bukti Hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam menjadi pentas terhadap satu peristiwa penting dalam sejarah politik Malaysia apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir untuk prosiding saman sivil yg beliau failkan terhadap ...
Pn Nearing Death Pas Leader Warns Amid Bersatu Infighting

Pn Nearing Death Pas Leader Warns Amid Bersatu Infighting

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 178 hits
A PAS leader has a bleak outlook for Perikatan Nasional s future amid a power tussle in Bersatu over the party presidency In a brief social media post Zuhdi Marsuki said the opposition coalition was showing signs of nazak I have said before...
Malaysianow Editor Seeks To Void Criminal Defamation Provisions

Armizan Replaces Ewon As Sabah Rep On Ma63 Technical Committee

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Produk Amazon Yang Boleh Dihantar Ke Malaysia Top Pilihan

Orang Sabah Nak Undi Bung Lagi Ke

Pemerhati Rasuah Malaysia Adakah Kerajaan Negeri Pusat Luluskan Kutipan Tol Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta

Aktiviti Program Pertemuan Pengerusi Mais Bersama Pibk Di Bawah Mais Ppim 14 11 2025

Singah Mengalas Perut Di Tuk Tuk Tomyam Kota Kinabalu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pembungkusan Makanan Eco Friendly Gaya Baharu Usahawan Moden

Trump Berkata Dia Akan Menyaman Bbc Sebanyak Sehingga 5 Bilion Kerana Penyuntingan Video

Pesona N Rdlingen Permata Tersembunyi Di Bavaria

Farah Lee Maklum Masih Belum Miliki Rumah Di Usia 36 Tahun Kalau Dah Terlibat Dengan Riba Rugi Dekat Akhirat Nanti

Khairy To Hit Sabah Campaign Trail For Old Friends Despite Uncertain Umno Return

Grup Whatsapp Mb Selangor Persoal Jawatan Harta Pemimpin Pkr