Masalah Pn Ialah Ego


Semua orang tahu hubungan antara UMNO dengan PPBM-PAS tidaklah mesra pada masa sekarang. Meskipun mereka berada di bawah satu kumpulan yang sama iaitu Perikatan Nasional (PN), namun hubungan mereka dingin meskipun tidak tegang.
Mereka bersatu kerana dua perkara. Pertama, kerana ingin memelihara kerajaan yang mereka pegang ini agar tidak jatuh dan kedua, kerana berkongsi agama,  bangsa dan bahasa yang sama (secara majoritinya).
Mereka baru sahaja menjadi kerajaan namun hubungan mereka menjadi keruh. Hubungan mereka keruh kerana masing-masing mempunyai ego.
UMNO ego kerana mereka merasakan bahawa mereka adalah 'abang besar' dalam perikatan itu. Hal ini terjadi kerana mereka biasa menjadi ketua semasa mereka mengetuai Barisan Nasional dahulu. Tambahan pula, mereka mempunyai jumlah kerusi terbanyak di Parlimen.
PPBM ego kerana mereka merasakan bahawa mereka ketua dalam perikatan itu memandangkan pemegang jawatan Perdana Menteri itu datang dari parti mereka. Oleh kerana jumlah kerusi Parlimen mereka kecil, mereka berusaha untuk merampas kerusi milik UMNO dalam pilihan raya akan datang. Bukan itu sahaja, mereka juga cuba merampas ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan dan bahagian.
Memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai sikap ego, sepatutnya PAS perlu memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung hubungan baik antara UMNO dan PPBM. Namun PAS tidak bertindak seperti itu. PAS dilihat cenderung menyebelahi PPBM dalam banyak perkara.
Kerana sikap ketiga-tiga parti itu begitu, maka hubungan UMNO dan PPBM bukan sahaja dingin malah bertambah keruh. Terdengar desas-desus yang mengatakan bahawa UMNO mahu keluar daripada perikatan itu. Desas-desus itu menjadi bertambah betul apabila terdapat beberapa ahli parlimen UMNO yang tidak lagi menyokong kerajaan PN. 
Ini adalah suatu perkara yang tidak sihat. PN yang dilihat rapuh itu bertambah rapuh. Kerajaan PN yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin mungkin boleh tumbang pada bila-bila masa.
Kerajaan PN dilihat tidak tumbang kerana perlaksanaan darurat. Tanpa darurat, barangkali kerajaan PN ini telah lama jatuh.
Tidak diketahui apa akan berlaku pada PRU 15 akan datang. Adakah UMNO-BN akan kekal lagi bersama PN atau bergabung pula dengan parti-parti pembangkang lain seperti PKR-Amanah-DAP?
Menjadi tanda tanya juga, adakah UMNO akan bertanding menentang PPBM-PAS di beberapa kerusi parlimen? Dan jika mereka bertanding sesama sendiri, siapa yang akan menang?
Adakah UMNO-BN berupaya untuk menjadi kerajaan semula selepas PRU-15 nanti? Atau adakah Pakatan Harapan masih berupaya merampas kembali kerajaan Persekutuan atau adakah PPBM-PAS akan terus kekal menjadi kerajaan seperti hari ini?
Sesungguhnya politik ialah cabang seni serba mungkin dan tidak wujud ukuran yang jelas untuk membuat apa-apa ketetapan. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2021/03/masalah-pn-ialah-ego.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Hb X Tak Masalah Mudik 2021 Asal Jumlah Cuti Bersama Dikurangi

Sultan Hb X Tak Masalah Mudik 2021 Asal Jumlah Cuti Bersama Dikurangi

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 315 hits
Ya tidak apa apa Berarti kalau memang seperti itu nanti kebijakannya seperti apa saya belum tahu persis Pasti nanti ada kebijakan kata Sultan HB X
Masalah Tanah Imam Salat Subuh Di Temanggung Dibacok

Masalah Tanah Imam Salat Subuh Di Temanggung Dibacok

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 239 hits
Sebelumnya Polres Temanggung menahan Mundari atas dugaan sebagai pelaku pembacokan terhadap imam salat Subuh di Musala Al Iman pada Minggu dengan korban Muhndori dan istrinya Trimah
Anak Sulung Tak Ada Masalah Anak Ke 2 Selalu Buat Mama Nak Marah Kenalilah Setiap Perangai Anak Anda

Anak Sulung Tak Ada Masalah Anak Ke 2 Selalu Buat Mama Nak Marah Kenalilah Setiap Perangai Anak Anda

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 459 hits
Dilema bagi ibu ayah untuk berlaku adil dan memberikan kasih sayang yang sama rata antara anak anak Kadang kadang sikap ibu ayah yang terlalu fokus kepada seorang anak sahaja menyebabkan anak kedua rasa terpinggir Sebab itulah wujudnya sind...
Yang Ada Masalah Akan Melompat

Yang Ada Masalah Akan Melompat

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 416 hits
Yang Tak MELOMPAT sebab kekadang tidak ditawarkan Yang tidak lompat sebab dibayar untuk kekal ditempat sama Kalau aku Tak dibayar aku lompat Yang lompat pasti AdA peluang yang lebih baik Yang MELOMPAT atas pilihan Mana yang lebih kurang mud...
Saya Takde Masalah Bersedia Jumpa Anwar Kata Azam Baki

Saya Takde Masalah Bersedia Jumpa Anwar Kata Azam Baki

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 207 hits
March 17 2021 Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki bersedia untuk menerima dan bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Jelasnya beliau dan SPRM sendiri tidak mempunyai masalah untuk...
Pn Tidak Selesaikan Masalah Rakyat Mengapa Ph Dipersalahkan

Pn Tidak Selesaikan Masalah Rakyat Mengapa Ph Dipersalahkan

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 169 hits
Propaganda peringkat akar umbi penyokong Umno yang masih menamakan kerajaan Perikatan Nasional sebagai Pakatan Harapan amat mengelirukan rakyat terutama di luar bandar Menggunakan sebahagian pimpinan PN dari Bersatu sebagai momokan kononnya...
Kasus Sewa Rumah Jabatan Sekda Buleleng Sebut Selama Ini Tidak Ada Masalah

Kasus Sewa Rumah Jabatan Sekda Buleleng Sebut Selama Ini Tidak Ada Masalah

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 232 hits
Bagian hukum saat ini sedang ditugaskan untuk melakukan analisa bagian yang menjadi persoalan Analisa diperlukan mengingat kegiatannya sudah beberapa tahun dan selama ini tidak ada masalah
Myclarity Mengurangkan Masalah Mata Seperti Rabun Jauh Dan Rabun Dekat

Myclarity Mengurangkan Masalah Mata Seperti Rabun Jauh Dan Rabun Dekat

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 234 hits
Hi Korang Ramai yang tak tau kak lily ni rabun orangnya Tapi nampak cam helok jer kan hahaahaha kalau korang nak tau bila kat rumah memang kak lily berspek mata jelah once keluar jer rumah barulah bercontact lens bagai Sebab dulu kak lily m...
Ak 26 Masalah Bekalan Air Bersih Berterusan Di Kelantan

Ak 26 Masalah Bekalan Air Bersih Berterusan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 354 hits
Masalah bekalan air bersih dihadapi penduduk Kelantan masih berterusan Masalah dihadapi berlaku bukan tidak berjadual seperti dihadapi penduduk di luar Kelantan Sebaliknya di Kelantan di sesetengah tempat berlanjutan sehingga melebihi seten...
Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Why Can T Staff In The Retail And F B Industry Sit Down Netizen Goes Viral For Questioning The Norm

Psychological Survival Mastering The Mental Game In The Wild

Resipi Sup Daging Ala Thai Paling Senang Tanpa Rempah Sup Bunjut

Mca Youth Govt Must Not Burden Citizens With Chaotic Unjust Expanded Sst Implementation

Kewpie Turns 100 And It S A Celebration Worth Squeezing Into

Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus

Pagar Makan Tanaman Hijau Daun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Laptop Murah Bawah Rm1500 Untuk Pelajar Di Malaysia

Rmk13 Jadi Pemacu Atasi Cabaran Ekonomi Dokumen Teras Laksana Ekonomi Madani Pm Anwar

Tiada Keperluan Ambil Kenyataan Pm Siasatan Kes Yusoff Rawther Akan Diteliti Semula Kpn

Dua Lelaki Ini Dijatuhkan Hukuman Penjara Kerana Mencuri Tandas Emas

Senarai Filem Melayu Dan Tempatan Malaysia 2025

Sambutan Hari Bapa Bertemakan Pantai Bersama U S Potatoes