Masalah Buli Di Sekolah



Kes buli di sekolah masih berlaku, biarpun dianggap kes terpinggir atau dalam peratusan yang kecil. Besar atau kecil peratusan kes tidak harus dipandang mudah kerana telah banyak berlaku kes akibat buli menyebabkan kematian, kecacatan dan kecederaan serius. 

Umumnya pihak sekolah berusaha bersungguh-sungguh mencegah dan menangani buli. Apa yang menjadi persoalan ialah sejauh manakah kecekapan dan keberkesanan sekolah dalam melaksanakannya. Ada beberapa kes buli memerlukan pemerhatian lebih teliti iaitu sebelum ia merebak menjadi wabak.

Sebenarnya, buli di sekolah adalah masalah yang agak signifikan. Tetapi, oleh kerana ia jarang dilaporkan, kecuali apabila membabitkan kes besar, maka belum wujud kefahaman mendalam mengenai makna, jumlah dan jenisnya serta kaedah pencegahannya.

Dari segi definisi, seseorang pelajar dikira dibuli apabila dia secara berulang kali terdedah kepada perlakuan negatif oleh seorang atau lebih, pelajar lain. Perlakuan negatif itu boleh jadi dalam bentuk keganasan fizikal, kekasaran lisan, perbuatan kasar, peras ugut, suruhan atau arahan tidak wajar, penyebaran khabar angin atau fitnah dan penyisihan yang disengajakan daripada kumpulan rakan sebaya.

Bagi mangsa, ketakutan, kepedihan dan kesakitan bukan saja dirasai ketika dibuli, malah juga apabila diancam untuk dibuli atau kemungkinan dibuli lagi pada masa akan datang. Selepas dibuli, mangsa menghadapi beberapa masalah besar, terutama dari segi psikologi, nilai diri, akademik dan perhubungan dengan orang lain.

Kajian di Ireland, Belanda, United Kingdom, Kanada, Norway, Amerika Syarikat dan Australia  menganggarkan kejadian dibuli berulang kali (sekali seminggu atau lebih) membabitkan empat hingga 13 peratus daripada pelajar sekolah, manakala anggaran pelajar membuli berulang kali ialah antara satu hingga 17 peratus.

Tetapi, apabila dikira kejadian buli yang berlaku sekali atau sesekali saja, maka angkanya agak besar, iaitu didapati 35 peratus daripada pelajar pernah dibuli, manakala 26 peratus pula pernah membuli.

Berdasarkan kes buli dilaporkan dan diceritakan di sekolah, dapat dirumuskan tiga komponen faktor menyebabkannya berlaku. Faktor itu ialah ciri peribadi pembuli dan mangsa, ciri keluarga pembuli dan mangsa, serta persekitaran dan budaya sekolah.

Disebabkan itu, pendekatan bagi pencegahan buli perlu menggariskan strategi yang memfokus kepada ketiga-tiga komponen faktor berkenaan.

Strategi yang memfokus kepada pembuli perlu menghukum pembuli; menggalakkan rakan sebaya, guru dan ibu bapa menunjukkan penolakan terhadap perlakuan buli; memberi maklum balas mengenai masalah ditanggung mangsa dan membantu pembuli mengembangkan empati terhadap mangsa; mengadakan penyelesaian konflik antara pembuli dan mangsa; dan memotivasi pembuli supaya berubah.

Strategi yang memfokus kepada mangsa pula perlu mengingatkan mengenai kemungkinan dibuli; latihan mengelakkan daripada keadaan kemungkinan dibuli; menggunakan pelbagai kaedah, termasuk drama, mengenai cara menangani buli; menggalakkan pelajar memantau dan melaporkan kes buli; meningkatkan kemahiran, keyakinan dan nilai diri; mewujudkan kumpulan penyokong bagi mangsa; dan mendidik ibu bapa tentang buli.

Bagi strategi memfokus kepada persekitaran dan budaya sekolah perlu meningkatkan pemantauan disiplin oleh sekolah; menubuhkan mahkamah buli dan melaksanakan program bersepadu pencegahan buli di sekolah.

Program bersepadu pencegahan buli di sekolah terdiri daripada pelbagai aspek. Tetapi, satu aspek selalu dipinggirkan ialah peranan pengawas yang sebenar. Ada sekolah menengah pernah mempunyai sistem pengawas yang amat baik pada satu masa dulu, tetapi tiada lagi pada hari ini. Sistem pengawas yang kuat adalah satu cara berkesan bagi mencegah buli di sekolah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/bhr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Lama Kencing Dana Sekolah Tamil Ke Ni

Kerajaan Lama Kencing Dana Sekolah Tamil Ke Ni

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 506 hits
Ini projek era janji dicapati ka ni Kerajaan lama didakwa menjanjikan dana RM39 7 juta kepada 13 sekolah Tamil tanpa mendapat peruntukan dan kelulusan kabinet Dana dimaksudkan itu tidak berada di Kementerian Kewangan kata sumber Kementerian...
Viral Kisah Misteri Di Sebuah Sekolah Yang Bikin Bergidik Ngeri Videonya Horor Banget Sih

Viral Kisah Misteri Di Sebuah Sekolah Yang Bikin Bergidik Ngeri Videonya Horor Banget Sih

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 347 hits
Pria ini diganggu suara cewek nangis eh malah dicariin divideoin lagi Greget banget emang ini orang
Misteri Peruntukan Rm39 7 Juta Pada 13 Sekolah Tamil

Misteri Peruntukan Rm39 7 Juta Pada 13 Sekolah Tamil

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 746 hits
Kerajaan lama didakwa menjanjikan dana RM39 7 kepada 13 sekolah Tamil tanpa mendapat peruntukan dan kelulusan kabinet
Hari Pertama Anak Masuk Sekolah Apa Yang Tak Patut Anda Post Di Sosial Media

Hari Pertama Anak Masuk Sekolah Apa Yang Tak Patut Anda Post Di Sosial Media

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 452 hits
Assalamualaikum Tahun depan Mikhail akan masuk darjah satu Seperti kakaknya saya tak akan hantar dia dan tunggu disekolah Ayahnya saja yang akan pergi hantar dan tunggu dia sementara nak tahu duduk kelas mana lepas tahu kelas ayah akan bali...
Buku Teks Digital Akan Digunakan Di Sekolah Menengah Bermula Tahun Hadapan

Buku Teks Digital Akan Digunakan Di Sekolah Menengah Bermula Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 440 hits
Dengan perkembangan arena digital suatu perkara yang boleh dikatakan dijangkakan ramai dimana bidang pendidikan turut mengimplementasikan penggunaan teknologi dan kandungan digital dalam pembelajaran Terkini ia diumumkan yang mana sekolah a...
Alasan Pgi Tolak Sekolah Minggu Diatur Ruu Pesantren Pendidikan Keagamaan

Alasan Pgi Tolak Sekolah Minggu Diatur Ruu Pesantren Pendidikan Keagamaan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 309 hits
Gomar juga mengkritik adanya batas minimal peserta sekolah minggu dan perizinan untuk sekolah minggu Kata dia sekolah minggu tidak bisa disamakan dengan pesantren
Ini Motif Pelempar Batu Ke Dua Gereja Satu Sekolah Di Magelang

Ini Motif Pelempar Batu Ke Dua Gereja Satu Sekolah Di Magelang

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 282 hits
Kepada penyidik pelaku mengaku beraksi dibeberapa lokasi yang terjadi pada Jumat di kantor Nahdliyyin Center Salam dan Sabtu dua gereja dan satu SMK Pangudi luhur dilakukan sendiri
Kenapa Budak Kita Dalam Sekolah Tak Buang Sampah Tapi Luar Sekolah Terus Buang Sampah

Kenapa Budak Kita Dalam Sekolah Tak Buang Sampah Tapi Luar Sekolah Terus Buang Sampah

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 324 hits
Ini antara perkara yang selalu saya sebut dengan rakan guru masa sesi perkongsian Kenapa budak kita dalam kawasan sekolah dia tak buang sampah Tapi keluar saja kawasan terus dia buang Seolah olah macam tak ada didikan di sekolah bahawa tak ...
Sekolah Vernakular Halang Perpaduan Perdana Menteri

Sekolah Vernakular Halang Perpaduan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 385 hits
KUALA LUMPUR 17 Safar 1440H Jumaat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kewujudan sekolah vernakular di negara ini hanya menjadi penghalang kepada perpaduan rakyat lapor portal New Malaysia Times Pada permulaannya kita mahu mempu...
Cuktech Perluas Barisan Produk Di Malaysia Dengan Pelancaran Tiga Produk Kuasa Inovatif

Kawasan Terbaik Di Malaysia Dengan Internet Boleh Dipercayai Untuk Pedagang

Empowering Digital Teams With Sap Business Training In Malaysia

Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

Future Of Penang Turf Club Land Depends On Owners Says Chow

Buasir Otak Tv Bila Orang Minta Sedekah Tapi Kau Kedekut Be Like

Aduhai Cik Pepel Accident Lagi

Nasi Lemak Abang Strawberry


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Infinix Memperkenalkan Ekosistem Gt Verse Dengan Pelancaran Infinix Xpad Gt

A New Look At How Android Xr Will Bring Gemini To Glasses And Headsets

Mastering The Art Of Shelter Essential Survival Skill For Wilderness Adventures

Isobahtos Feat Fareedpf Chord Walai Tokou Chord

Co Opbank Pertama Perkenal Produk Takaful Dalam Talian

Is Linking Mykad To Fuel Subsidies Helping Malaysians