Masalah Ayaq Dap Pp Cakap Besaq 0


 
1. Pulau Pinang tak patut ada masalah bekalan air
NIBONG TEBAL: Pulau Pinang yang membangun maju dan pesat serta memperolehi pendapatan tinggi tidak sepatutnya mempunyai masalah bekalan air berbanding negeri miskin seperti Kedah.

Pengarah Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, masalah tersebut sepatutnya menjadi perkara sangat memalukan bagi negeri yang ditadbir oleh DAP itu.

“Ada masalah ayaq (air) rupanya di Nibong Tebal ni. Aku ingat Kedah je (saja) hari-hari TV3 meratip masalah ayaq di Kedah. Hari-hari (TV3 lapor) ayaq sana tak dak, Rupanya Pulau Pinang pun tak dak ayaq,” sinisnya.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, Pulau Pinang bukan negeri yang besar di mana jajaran paip airnya juga hanya sepanjang kira-kira 2,400 kilometer (km) panjang berbanding seluruh Kedah sekitar 13,000 km.

Oleh itu tegas beliau, perkhidmatan perbekalan air di Pulau Pinang sepatutnya lebih mudah diuruskan, juga kerana kepadatan penduduknya, selain penyelenggaraan tidak semahal yang ditanggung Kedah.

Malah bongkarnya, Pulau Pinang menjual air kepada kapal semahal RM15 bagi satu meter padu, sekali gus wajar menyediakan infrastruktur bekalan air lebih baik, berbanding Kedah menjual air kepada domestik cuma RM0.55.

“Kami (Kedah) nak maintenance 7-8 km baru jumpa sebiji kampung. Dalam kampung itu pula pakai telaga. Hat habis tak dak, malas cedok baru dia buka air paip. Besar maintenance air di Kedah.

“Rupanya Pulau Pinang pun tak dak air. Awat (kenapa) jadi lagu itu? Bukan DAP pandai ke memerintah? Tak dak dah manusia yang pandai perintah negeri di di dunia ni selain pada DAP,” sindirnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Pulau Pinang juga katanya, mempunyai banyak sektor industri dan mereka dapat menjual air dengan kadar lebih mahal, apatah lagi negeri itu mengambil air mentah tanpa bayaran dari Sungai Muda yang berpunca dari Kedah.

Menurut beliau, Pulau Pinang mengekstrak 1,440 juta liter sehari (MLd) berbanding Kedah hanya 770 MLd iaitu separuh perbezaannya dan kerana itu juga negeri itu mencatat untung ratusan juta ringgit berbanding Kedah hanya puluhan juta ringgit.

Sindir Sanusi juga, seandainya beliau menjadi Ketua Menteri di negeri ini pasti masalah bekalan air tersebut dapat diselesaikan, pun begitu bersedia menawarkan lebihan air terawat yang dimiliki Kedah.

Jelasnya, Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar di Kulim yang bersempadan negeri ini mempunyai kebihan air terawat dan bersedia menjualnya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

“Kalau nak mai beli, saya saya jual. Saya bukan tak dak air bersih, ada. Kalau hang nak beli, kita jual. Di Lubuk Buntar ada lebihan air bersih di situ. Dengan suci hati. Syaratnya kena beli, tak boleh ambil free (percuma) macam Sungai Muda,” pelawanya. – HARAKAHDAILY 9/6/2024
2. Benarkah DAP hina Islam? 
Lihat ini, 
'AL-BAYAN SIRI 9: HORMATI ISLAM, HORMATI INSTITUSI.. 8 Jun 2020'
Peruntukan Undang-Undang Berkaitan Penghinaan Agama
Dalam konteks peruntukan undang-undang, kita melihat isu penghinaan terhadap agama Islam boleh ditangani menerusi perundangan sivil dan perundangan syariah. Ini kerana, kedua-dua perundangan tersebut ada menyatakan peruntukan bagi kesalahan menghina agama. Namun demikian, bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya terbatas kepada membicarakan kes-kes yang melibatkan orang Islam, berbeza dengan Mahkamah Sivil yang boleh membicarakan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.
Dari sudut perundangan sivil, terdapat beberapa peruntukan yang boleh digunapakai dalam menangani isu penghinaan terhadap agama Islam. 
Pertama, Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun. Kedua, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan pula merujuk kepada kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain. Jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. Ketiga, Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Dari sudut perundangan syariah, Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, di bawah Bahagian III – Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya memperuntukan beberapa seksyen berkaitan. 
Pertama, Seksyen 7. Menghina, atau menyebabkan dipandang hina agama Islam. Denda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kedua, Seksyen 8. Mempersendakan ayat Al-Quran atau Hadith. Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau perbuatannya, mempersendakan, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat Al-Quran atau Hadith adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ketiga, Seksyen 9. Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama. Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Jika diteliti secara keseluruhan, kita dapati bahawa peruntukan undang-undang sedia ada amat komprehensif dalam menangani penghinaan terhadap agama Islam kerana ia meliputi semua aspek, medium dan sasaran. Namun demikian, tidak dinafikan keperluan untuk mengkaji dari semasa ke semasa aspek hukuman yang dikenakan agar ia kekal relevan dan efektif dalam mendepani cabaran masa kini. Selain itu, aspek penguatkuasaan juga perlu diperkasakan. Ini kerana, tanpa penguatkuasaan yang efisien dan konsisten, undang-undang tidak akan mampu dimartabatkan sebagaimana yang menjadi aspirasi seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia.
ama yang sentiasa mengajar manusia berakhlak mulia. Bukan sahaja kepada sesama muslim tetapi jua dengan bukan muslim. Bukan setakat itu, Islam turut menitikberatkan etika dalam berinteraksi dengan semua makhluk-Nya termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Semua ini menunjukkan bagaimana Islam merupakan agama yang amat mementingkan ketertiban dalam menjalani kehidupan.
Kesimpulan
Islam merupakan agama yang sentiasa mengajar manusia berakhlak mulia. Bukan sahaja kepada sesama muslim tetapi jua dengan bukan muslim. Bukan setakat itu, Islam turut menitikberatkan etika dalam berinteraksi dengan semua makhluk-Nya termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Semua ini menunjukkan bagaimana Islam merupakan agama yang amat mementingkan ketertiban dalam menjalani kehidupan.

Sikap gemar menghina, mengutuk, mencaci dan memperlecehkan agama adalah amat jauh daripada akhlak Islam bahkan bertentangan dengan fitrah kemanusiaan yang cintakan kedamaian. Ia juga bukan cara untuk meluahkan pandangan atau kritikan kerana natijahnya hanya mengundang perbalahan dan perpecahan sama ada antara sesama penganut agama atau dengan penganut agama yang lain.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama yang berpayung di bawah naungan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, marilah kita menjadi rakyat yang lebih bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian beragama. Islam adalah agama bagi persekutuan, manakala agama lain bebas untuk diamalkan. Maka, hormatilah kedudukan agama Islam, sebagai lambang kesetiaan dan penghormatan terhadap Institusi Raja di negara ini.
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama)
Jabatan Perdana Menteri  
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah DAP  P.Pinang negeri busuk tahi babi, masalah kecik ayaq (air) pun, tak boleh selesai. Cakap besaq '0' tindakan. Kokok berderai, ekoq belumoq taik! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/06/masalah-ayaq-air-dap-pp-cakap-besaq-0.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Support For Dap Strong Despite Hannah Jagdeep Controversies Says Analyst

Support For Dap Strong Despite Hannah Jagdeep Controversies Says Analyst

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 267 hits
The selection of Asia Mobiliti a firm linked to Hannah Yeoh s husband for a Selangor project and a motion to appoint Jagdeep Singh Deo s father in law as the head of a Penang appeals board has raised the ire of many recently PETALING JAYA A...
Why Is Dap Top Brass Not Dispelling Mca S Claim Of 31 Firms Denied Opp To Bid For Transit System Project

Why Is Dap Top Brass Not Dispelling Mca S Claim Of 31 Firms Denied Opp To Bid For Transit System Project

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 247 hits
I AM shocked to hear that if an open tender had been called by the Transport Ministry and the Selangor state government for the direct responsive transit pilot project about 31 companies would have qualified including some big names Prof Ra...
Dap In Meltdown

Dap In Meltdown

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 242 hits
It is not going to be easy for Lim Guan Eng and Ramasamy to see their old comrades like Chow Kon Yeow or Hannah doing so well for themselves or laughing all the way to the bank when they themselves are down and out Nehru Sathiamoorthy Solid...
Copyright Row Dap Rep Submits Plans For Pok Mon Mural

Copyright Row Dap Rep Submits Plans For Pok Mon Mural

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 215 hits
The Kampar District Council has confirmed that Kampar MP Chong Zhemin s office has submitted applications to paint additional murals featuring characters from the popular Japanese anime franchise Pok mon The matter comes as the copyright di...
Throw Out Malaysian Malaysia Concept To Improve Ties With Umno Dap Told

Throw Out Malaysian Malaysia Concept To Improve Ties With Umno Dap Told

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 290 hits
Tengku Razaleigh Hamzah says the motto undermines the Malays and creates distrust between them and the other races Ties between Umno and the DAP can improve if the latter abandons its Malaysian Malaysia slogan says Umno veteran Tengku Razal...
Dap Timbulkan Kontroversi Article 153 Bahasa Melayu

Dap Timbulkan Kontroversi Article 153 Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 302 hits
DAP timbulkan kontroversi Article 153 Bahasa Melayu ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be fHlNQlPqoi4 src in org https www youtube com embed fHlNQlPqoi4 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtu...
Rafizi Cabar Sanusi Lapor Sprm Dakwaan Orang Pkr Dap Pau Untuk Projek

Rafizi Cabar Sanusi Lapor Sprm Dakwaan Orang Pkr Dap Pau Untuk Projek

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 117 hits
NASIONALRafizi cabar Sanusi lapor SPRM dakwaan orang PKR DAP pau untuk projekOleh Jun 10 2024 10 53amNaib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Foto BHNIBONG TEBAL Naib Presiden PKR Rafizi Ramli...
Penang Exco Rubbishes Dap Run Private Nrd Conspiracy

Penang Exco Rubbishes Dap Run Private Nrd Conspiracy

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 90 hits
Penang exco member Lim Siew Khim has denied allegations that the state government is running a private National Registration Department to dish out citizenship This comes after claims surfaced on social media suggesting that the Penang Citi...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan