Masalah Atomy
Isu atomy ni sebenarnya bukan susah pun nak faham.
Isu ni bukan sesimple halal atau haram bermuamalat dengan orang kafir. Isu ni kena buka luas lagi baru kita akan dapat apa sepatutnya kita buat.
Memang kita nampak nampak tak ada masalah jika hanya pandang pada basic muamalat iaitu barang niaga halal, system bebas riba, gharar dan maysir, maka kita akan sebutkan bahawa ianya harus. Kerana prinsip muamalah dalam islam
الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ
Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).
Tetapi jika kita melihat pada sisi yang lebih luas, kita akan lihat masalah yang lebih besar. Atomy secara terang terangan mendakwa bahawa mereka merupakan penyumbang kepada “Dreamy Foundation” yang menggerakkan missionary kristian. Sebuah projek yang menyebarkan kristianisasi. Apabila berlaku kes seperti ini, apa pertimbangan yang perlu kita lakukan ?
Dalam islam ada satu usul yang berbunyi
سد الذرائع
Saddu Zaraie bermaksud menghalang jalan-jalan yang membawa kepada perbuatan jenayah, dosa dan maksiat.
Saddu Zaraie merupakan larangan kepada setiap perkara yang boleh membawa kepada sesuatu perkara yang dilarang yang mengandungi keburukan dan kemudaratan. Akhirnya wasilah itu juga diharamkan sepertimana diharamkan larangan berkenaan.
Contoh Saddu Zaraie adalah larangan untuk melakukan ihtikar (monopoli), kerana ia merupakan satu jalan untuk menyempitkan urusan manusia dalam makanan asasi mereka. Asal hukum berniaga adalah harus, tetapi apabila berniaga secara monopoli, ia dilarang kerana mengundang kepada keburukan iaitu menyempitkan urusan manusia yang lain.
Sama juga dengan contohnya jika kita mendapat projek membuat bangunan untuk dijadikan rumah merah atau disko, maka adalah dilarang bagi kita untuk menerima atau meneruskan projek tersebut kerana ia akan dijadikan tempat berleluasanya maksiat. Asal hukum membina bangunan adalah harus, tetapi disebabkan tujuannya adalah untuk keburukan, maka hukumnya berubah menjadi haram. Lain pula hukumnya bila kita tidak tahu tujuan bangunan itu dibina.
Dalam kes atomy ni, masalah utamanya adalah mereka secara terang terangan mengakui bahawa mereka memberi sumbangan kepada projek kristianisasi. Wang yang kita salurkan kepada mereka (muamalah) akan digunakan untuk menyebarkan agama kristian.
Jika kita betul betul cakna dan peduli tentang aqidah kita dan pertentangan yang besar antara islam dan kristian (kedua-duanya merupakan agama missionary) pasti kita akan bersifat wara’ dengan meninggalkan perkara syubhah.
Nasihat saya, tinggalkanlah dan pilihlah jalan yang selamat. Setidak tidaknya kita prihatin tentang memandang remeh tentang isu kristianisasi. Rezeki dan wang kita jika dikorbankan atas jalan agama, pasti Allah akan balas beribu-ribu kali ganda. Tidak di dunia, pasti di akhirat. Ini adalah tanda sayangnya kita pada agama dan merupakan jihad kita walaupun kelihatan kecil (besar dimata saya).
Dr hapiz mahaiyadin pun ada hurai tentang perkara ni.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3909478632410166&id=100000442026372&sfnsn=mo
*Saya ada lukis kalau susah sangat nak faham.
Reza Amin
8 januari 2021
kredit : Ahmad Huzaifah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://faizsaaid.com/masalah-atomy/