Masalah Air Di Sg Bakap Utara Perak Akan Selesai Secara Bersepadu




Masalah air di DUN Sungai Bakap yang menjadi senjata politik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor dalam ceramah menghentam Kerajaan Perpaduan hakikatnya telah pun dibincangkan dalam mesyuarat di kalangan Menteri sejak tahun lalu.
Cuma masalah utama, kata Rafizi tidak sebagaimana penyelesaian dicadang Sanusi – bina loji rawatan air – masalah tersebut lebih besar kerana tidak cukup sumber air mentah di kawasan utara.
Air mentah katanya, perlu diambil daripada Kuala Kangsar, Perak dan memerlukan pelaburan berbilion ringgit. Manakala cara yang dicadangkan Kerajaan adalah dengan membuka kawasan perindustrian baharu di Selatan Pulau Pinang dan masalah pelaburan besar ke atas sumber air akan diatasi.
“Kita tahu masalah air bukan soal paip, loji air semata mata. Masalahnya sumber bekalan air. Satu memang tak cukup, kedua cuaca makin panas. Bila panas, sungai, tasik, memang air tak cukup macam dulu.
“Kalau buat 5 – 6 loji, dia (Sanusi) nak ambil air di mana?
“Air Sungai Muda kita kena hati hati sebab ada jelapang padi (yang perlukan air). Sanusi sebut ambil air sana-sini. Menang PRK Sungai Bakap, lepas itu kita tak ada beras?
“Untuk penyelesaian secara bersepadu masalah air di utara Perak sampai ke selatan Pulau Pinang kita kena pelaburan besar bawa air dari Kuala Kangsar ke utara. Bukan soal paip, meter, ia soal sungai. Keputusan ini tak ada kena mengena dengan PRK Sungai Bakap,” katanya .
Menurut Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar mencadangkan supaya diwujudkan kawasan perindustrian tenaga hijau di Pulau Pinang selatan dan sekali gus mengatasi masalah kemiskinan orang Melayu di utara Perak.
Dengan itu, katanya, masalah air akan selesai dan penduduk sekitar juga mempunyai peluang pekerjaan.
“Sebab untuk hidupkan utara Perak dan selatan Pulau Pinang perlukan pelaburan baharu kerana ini kawasan Melayu antara yang paling miskin di utara (Semenanjung).
“Kita perlu tumbuhkan lebih banyak industri. Datuk Seri Anwar ilhamkan buat satu kompleks perindustrian baharu yang berteraskan tenaga hijau.
“Sebab sekarang semua nak masuk, pelabur asing tanya ada tenaga hijau? Kalau tak ada tak mahu.
“Kita kena cari kawasan baru yang mesti datang dengan tanah untuk solar. Tetapi ada tanah, elektrik, namun air tak ada tak guna. Kita terpaksa peruntukan RM4 bilion bina sistem alihkan air dari Sungai Perak ke utara,” katanya.
Selain itu, Rafizi turut memberitahu bahawa Malaysia telah berada di landasan pemulihan ekonomi yang meyakinkan sejak diambil alih oleh Kerajaan Madani.
Katanya, modal asing telah kembali ke pasaran saham dan imej PM Anwar kembali meyakinkan pelaburan langsung asing (FDI) yang tidak masuk sejak 2020 lalu.
“Dalam tempoh 18 bulan lepas, Kerajaan Perpaduan telah tumpukan dasar dan program, dan alihkan peruntukan untuk kita bina balik momentum ekonomi.
“Kalau siapa main saham boleh tengok bursa saham di negara kita adalah bursa terbaik di rantau ini untuk tahun ini. Lima bulan pertama 2024 dari 15 kaunter saham paling tinggi di Asia Tenggara, 12 dari Malaysia. KWSP dalam laporan setakat Mac, keuntungan boleh diagihkan kepada pencarum naik 33% berbanding tahun lepas.
“Itu petanda awal, pelabur, pasaran saham telah beri reaksi bagus,” katanya lagi.
The post Masalah air di Sg Bakap, utara Perak akan selesai secara bersepadu first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/37154?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=masalah-air-di-sg-bakap-utara-perak-akan-selesai-secara-bersepadu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bela Talapia Depan Rumah Selesai Masalah Rakyat

Bela Talapia Depan Rumah Selesai Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 341 hits
Foto ihsan Facebook Datuk Seri Mohamad Sabu1 Ternak tilapia di halaman rumah Mat Sabu teruja tuaian pertamaKUALA LUMPUR Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menzahirkan perasaan teruja apabila usahanya menterna...
Bacabup Lombok Barat Ingin Tuntaskan Masalah Kemiskinan Dan Air Bersih

Bacabup Lombok Barat Ingin Tuntaskan Masalah Kemiskinan Dan Air Bersih

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 108 hits
Ketua DPC Partai Gerindra Lombok Barat ini mengaku dalam pemaparan tersebut juga memberikan gambaran solusi yang bakal dilakukan
Spr Pastikan Calon Prk Sungai Bakap Patuh Peraturan Kempen

Spr Pastikan Calon Prk Sungai Bakap Patuh Peraturan Kempen

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 134 hits
SURUHANJAYA Pilihan Raya menubuhkan dua pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya untuk memantau aktiviti calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap kata Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom Beliau berkata semua kaedah dan b...
Straight Fight Between Ph And Pn In Sungai Bakap By Election On July 6

Straight Fight Between Ph And Pn In Sungai Bakap By Election On July 6

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 387 hits
The upcoming Sungai Bakap state by election in Penang will see a straight fight between candidates from Pakatan Harapan and Perikatan Nasional Both the PH and PN coalitions followed through with their previously announced candidates PH with...
Prk Sungai Bakap Sprm Ingat Calon Parti Politik Tidak Langgar Undang Undang

Prk Sungai Bakap Sprm Ingat Calon Parti Politik Tidak Langgar Undang Undang

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 148 hits
Oleh Syeikh Baran Suasana di pusat penamaan calon DUN Sungai Bakap kelihatan tenang dan cuaca pagi ini dalam keadaan baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengingatkan calon dan parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil S...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti