Masak Sambal Nanas Ibu Mentua Rasa Sekali Pasti Nak Lagi


Buah nanas banyak kegunaannya dalam masakan. Selain pajeri nanas, tat nanas, jelatah, ianya juga boleh dibuat sambal nanas. Mungkin ada antara anda yang belum pernah merasa sambal nanas. Jadi, inilah masanya untuk kita mencuba resipi ini.
Menurut Siti Nuryasmin yang sudi berkongsi resepi Sambal Nanas kegemaran suaminya, resipi ini diperoleh daripada ibu mentuanya. Jom kita buat. Kalau dah merasa, gerenti licin pinggan.
SAMBAL NANAS
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas
1 biji bawang bombay (bawang holland pun boleh) – Boleh beli online di sini
2 biji bawang merah 
4 biji bawang putih – Boleh beli online di sini
3 biji cili padi (kalau nak pedas, boleh letak banyak)
Segenggam ikan bilis (dicuci bersih) – Boleh beli online di sini
Sedikit belacan – Boleh beli online di sini
Gula apong 
Cili kering (direbus dan dikisar)
Bahan perasa

CARA MEMASAK:
Kupaskan kulit nanas dan dibuang matanya.

Kemudian, cincang buah nanas sampai hancur. Nak hiris kecil-kecil pun boleh ikut kesesuaian.

Kisarkan bawang bombay, bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan juga ikan bilis. Letakkan sedikit air untuk memudahkan proses mengisar.

Nak kisar hancur begini (seperti di dalam gambar) atau kisar kasar pun boleh mengikut citarasa masing-masing.

Tumiskan bahan kisar sampai naik bau.
Kemudian, masukkan cili kering kisar. Tumis sampai pecah minyak.
Setelah itu, masukkan sedikit gula apong/ gula melaka/ gula putih mengikut citarasa masing-masing.

Apabila bahan tumis sedikit kering, masukkan buah nanas cincang berserta dengan airnya. Tak perlu letak asam jawa atau asam keping kerana nanas itu sendiri bersifat masam.

Masukkan serbuk perasa/ garam/ ajinomoto. Saya guna serbuk perasa sahaja. Masak sampai sedikit kering.

Dah siap. Pastikan gabungan rasa ada sedikit masam, manis dan pedas.

Makan dengan nasi panas, sedap!
Kredit: Siti Nuryasmin
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Begini Buat Lompat Tikam Versi Terengganu, Mudah Dan Sedap

Buat Sate Dan Kuah Kacang Homemade, Memang Terangkat Rasanya

Mahukan Air Katira Versi Ekspres dan Sedap, Begini Cara Buatnya

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official



The post Masak Sambal Nanas Ibu Mentua, Rasa Sekali Pasti Nak Lagi appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2023/05/masak-sambal-nanas-ibu-mentua-rasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Tetamu Datang Mengejut Nak Masak Juadah Simple Buatlah Bihun Sup Utara Ni Sedap Sangat

Ada Tetamu Datang Mengejut Nak Masak Juadah Simple Buatlah Bihun Sup Utara Ni Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 258 hits
Hujung minggu ni nak jemput kenalan rapat beraya di rumah Selain nak sediakan rendang terfikir nak masak makanan berat lain tapi mahukan yang ringkas dan sedap Tak mahu tetamu rasa muak kalau sediakan hidangan yang berlemak semata mata Sala...
Jemu Masakan Bersantan Boleh Cuba Masak Sup Ayam Cendawan Dan Sambal Kicap Power Menu Orang Demam

Jemu Masakan Bersantan Boleh Cuba Masak Sup Ayam Cendawan Dan Sambal Kicap Power Menu Orang Demam

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 277 hits
Sekarang ni musim demam kadang kadang satu rumah demam jadinya kalau nak makan kita boleh masak menu yang ringkas dan mudah semampu mana untuk kita masak Menu apa yang je mudah dan sesuai untuk orang demam ni Jom kita cuba Sup Ayam Cendawan...
Mudahnya Nak Buat Popis Coklat Versi Baby Puas Dia Makan Kenyang Sedap Anak Pasti In Love

Mudahnya Nak Buat Popis Coklat Versi Baby Puas Dia Makan Kenyang Sedap Anak Pasti In Love

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 260 hits
Siapa kata anak kecil tak boleh makan manis Sebenarnya mereka juga boleh menikmati menu pemanis mulut Asalkan diperbuat dari bahan organik dan bebas gula atau bahan perasa yang lain anak tetap boleh makan manis Salah satu resipi yang sesuai...
Sarjan Wanita Cedera Dilanggar Lelaki Kejar Ibu Mentua

Sarjan Wanita Cedera Dilanggar Lelaki Kejar Ibu Mentua

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 209 hits
CHUKAI Seorang anggota polis wanita cedera parah di bahu selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman hari ini Ket...
Hiburan Kebenaran Pasti Terbukti Jangan Nak Gila Glamour Miera Leyana

Hiburan Kebenaran Pasti Terbukti Jangan Nak Gila Glamour Miera Leyana

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 205 hits
Pelakon akhirnya tampil membuat kenyataan berkenaan isu rumah tangga yang menimpa suaminya Rosland Othman Kata Miera terdapat dua cerita di sebalik satu kisah dan kontroversi yang timbul selain memohon individu berkenaan untuk tidak terlalu...
Kahwini Remaja 16 Tahun Pemimpin Ini Siap Bagi Jawatan Kerajaan Pada Ibu Mentua

Kahwini Remaja 16 Tahun Pemimpin Ini Siap Bagi Jawatan Kerajaan Pada Ibu Mentua

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 192 hits
WAN SITI AMINAHBerusia 65 tahun seorang lelaki bergelar Datuk Bandar sedang dikritik hebat kerana mengahwini gadis berumur 16 tahun Lebih memburukkan keadaan Datuk Bandar Araucaria Parana Brazil itu didakwa memberikan jawatan dalam kerajaan...
Terasa Nak Makan Nasi Kandar Ibu Ini Kongsikan Resipi Ekspres Boleh Cuba Terangkat Baq Ang

Terasa Nak Makan Nasi Kandar Ibu Ini Kongsikan Resipi Ekspres Boleh Cuba Terangkat Baq Ang

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 347 hits
Musim musim raya ni memang biasa sangat orang buat rumah terbuka Banyak juadah yang dihidangkan buat para tetamu dan semuanya sedap sedap belaka Rendang lemang kuah kacang dan masak lodeh adalah antara menu popular yang akan disediakan oleh...
Sambal Tumis Sotong Petai Ada Cara Nak Bagi Sotong Gebu

Sambal Tumis Sotong Petai Ada Cara Nak Bagi Sotong Gebu

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 301 hits
Sambal tumis sotong petai ini memang membuka selera Bagi peminat petai memang patut cuba masak ini tau Yang penting kena gunakan sotong yang segar Baru masakan itu tambah sedap Selain itu sotong tak boleh masak lama Nanti teksturnya akan ja...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord