Masak Rendang Daging Lembu Pakistan


 Assalamualaikum WBT

RENDANG Daging untuk Hari Raya Aidiladha tahun ini, Sk guna Daging Kiub Segar Sejuk Beku dibeli dari PIJM. PIJM merupakan anak syarikat Perbadanan Islam Johor yang membekalkan produk daging halal. Mereka mengadakan jualan promosi RM40/ 2kilogram sejak 29 Mei sehingga 22 Jun lepas di mana harga asal adalah RM32 sekilo. Dapat harga promosi kerana ada baucer dari Perbadanan Usahawan Johor. Daging ini merupakan daging segar import dari Pakistan dan telah mendapat sijil halal dari JAKIM. Jimat RM24. Selalu Pak Inche beli daging lembu segar tempatan untuk masak rendang, kali ni kita cuba pula guna daging lembu Pakistan.

Beli bahan-bahan untuk merendang dari Pasaraya Maslee. Antaranya bawang merah besar, lengkuas, kunyit, halia dan serai. Cili kering masih ada lagi kat rumah


Daun kunyit ambil kat office, hehehe. Terima kasih Kak Narimah yang tanam pokok kunyit. Malas la nak gali kunyitnya, ambil daunnya sajo


Pesan kat Iman, rendamkan daging pukul 11 pagi. Sk masih kerja hari rabu sehari sebelum raya, tapi dapat pelepasan waktu pulang jam 12 tengahari, rasa rugi kalau ambil cuti. Tapi tulah, jalan sesak pulak walaupun balik awal, dah azan zohor baru sampai rumah. Pukul 2 baru mula nak merendang


Sk buat keputusan beli daging ni sebab ia dah siap dipotong kiub, dah selamat satu kerja, hahaha. Ada juga potongan yang berlemak macam ni. Ada yang potongannya besar sikit macam gambar di atas


Yang ni cantik daging dan potongannya. Dah nak mula memasak, tak kuasa pulak membelek dan audit seketul-seketul, kita lebur sajo dalam kuali


Serai besar-besar, Sk guna 4 batang aje, lengkuas anggaran 2", halia 2", kunyit seketul panjang ibu jari, bawang merah besar 4 biji, semua ni, potong kecil dulu baru kisar halus supaya tidak terlalu berserat. Selain tu, cuci dan toskan 2 sudu biji ketumbar, 2 sudu jintan putih dan 2 sudu jintan manis, kemudian sangai sehingga kering, kisarkan sekali. Tuang terus dalam kuali bersama daging yang sudah dicuci dan ditoskan airnya


Cili kisar ni dah siap ada bawang juga. Pes yang selalu Sk guna untuk masak sambal tumis atau asam pedas. Konon nak kisar cili kering lain tapi malas pulak nak menggunting dan merebus cili, jadi Sk ambil stok yang ada dalam semangkuk ni


Dah masuk semua dalam kuali, gaul dulu.... sebelum dimasukkan santan


Terpaksa akur dengan keadaan masa yang agak suntuk, Sk guna santan kotak aje. Stok yang ada jenama M&S, jenama Kara dah wassalam



Guna dua kotak santan 200 ml (saiz kecil), kemudian masukkan air dalam kotak santan yang sama, kocak-kocak-kocak, tuang dalam kuali. Anggarannya 400 ml santan dan 400 ml air untuk daging sebanyak dua kilogram


Masaklah atas api, kena sentiasa kacau dan tarik dengan sudip di keliling kuali supaya tidak berkerak


Part yang paling Sk suka bila rendang dah mula terbit minyak. Nampak kuahnya dah mula surut, Sk masukkan seketul kecil gula melaka, tiga keping asam gelugor dan dua kiub pati lembu


Layan ajelah gambar kabur ni, satu-satunya gambar diambil selepas masukkan kerisek dan daun kunyit yang dihiris halus. Sk tambah garam sikit, garam jangan letak awal, dah nak kering baru masukkan. Sebelum masukkan garam tu, rasalah sikit rendang kita agar boleh tahu banyak mana nak letak garam


Selera Pak Inche sekarang, nak rendang yang basah-basah. Tapi rendang Sk ni taklah basah sangat, kering sangat pun tak, sederhana saja. Sk suka masukkan banyak bahan kisar supaya nanti boleh cekut-cekut taklah makan daging semata-mata. Tanya Pak Inche, sedap tak? Dia angguk-angguk sambil laju menyuap dengan lemang masa makan malam raya tu. Pagi raya pulak, makan dengan ketupat palas. Sedaplah rendang Sk ni, kannnn.. jangan berani kata tak sedap, hahahaha

Nak resepi Rendang Daging Sk boleh tengok DI SINI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/07/masak-rendang-daging-lembu-pakistan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Daging Kurma

Masak Daging Kurma

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 176 hits
Assalamualaikum WBTMASAK seperiuk Kurma Daging untuk dimakan dengan Nasi Minyak Masa cari post lama tentang Nampaknya dah dua tahun berturut turut ni asal raya haji jer masak nasi minyak daging kurmak dan ayam masak merah hehehe Menu rasmi ...
Paling Suka Kalau Mommy Buat Daging Masak Kicap Talita Suka Air Tangan Watie Ibu Yang Penyayang

Paling Suka Kalau Mommy Buat Daging Masak Kicap Talita Suka Air Tangan Watie Ibu Yang Penyayang

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 270 hits
Kehadiran ibu baru Watie dalam kehidupan anak anak penyampai radio dan pelawak Shuib diterima baik anak anak Shuib yang sememangnya sudah akrab bersama Watie sebelum ini Malah menerusi satu perkongsian anak kedua Shuib Dzahira Talita Zahra ...
Kapolri Masak Rendang Dipantau Jenderal Lulusan Terbaik 89 Momennya Jadi Sorotan

Kapolri Masak Rendang Dipantau Jenderal Lulusan Terbaik 89 Momennya Jadi Sorotan

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 273 hits
Kapolri Jenderal Polisi Listyo Sigit Prabowo menyerahkan secara simbolis hewan kurban kepada panitia Qurban Polri Presisi Idul Adha 1444 H 2023 Saat masak rendang olahan dari daging kurban Listyo dipantau oleh Jenderal lulusan terbaik 89 Me...
Rajinnya Masak Bekal Sekolah Perfect Anak Nabila Huda Dipuji Siap Ada Daging Daging Wagyu

Rajinnya Masak Bekal Sekolah Perfect Anak Nabila Huda Dipuji Siap Ada Daging Daging Wagyu

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 260 hits
Bagi yang mengikuti akaun Tik Tok pelakon Nabila Huda pasti sentiasa melihat pelbagai menu disajikan setiap hari Hari demi hari menu bekal ke sekolah yang disediakan Nabila buat anaknya ke sekolah ternyata semakin menarik perhatian ramai Ma...
15 Resepi Daging Lembu Dan Kambing Yang Menarik Sempena Aidiladha Bakal Tiba

15 Resepi Daging Lembu Dan Kambing Yang Menarik Sempena Aidiladha Bakal Tiba

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 223 hits
Saya boleh membantu anda mencari resepi daging lembu dan kambing yang sedap dan menyelerakan bagi Malaysia Berikut adalah lima resepi yang saya dapati dari hasil carian web saya Resepi ini menggunakan daging lembu yang digoreng dengan cili ...
Daging Masak Kicap La Pula

Daging Masak Kicap La Pula

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 214 hits
DAGING MASAK KICAP LA PULA Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Hihi DARIPADA HARI PERTAMA AIDILADHA dapat je daging korban daging ke tulang ke semua masak sup je Haaa sampai juling biji mata Sampai t...
Resipi Tak Tahu Nak Masak Apa Raya Haji Nanti Cuba Resepi Daging Bulgogi Kegemaran Orang Korea

Resipi Tak Tahu Nak Masak Apa Raya Haji Nanti Cuba Resepi Daging Bulgogi Kegemaran Orang Korea

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 217 hits
Bulgogi bermaksud daging api potongan nipis daging lembu diperap dalam sos yang manis kemudian dipanggang sehingga rangup keemasan di luar dan lembut di dalam ARTIKEL BERKAITAN Adalah penting untuk hiris nipis daging lembu dan masak dalam a...
2 Resepi Untuk Masak Daging Korban

2 Resepi Untuk Masak Daging Korban

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 341 hits
1 Resepi Nasi daging utaraBahan bahan 1 5 kg daging lembu potong sederhana besar menjadi ketulan dan rebus bersama halia bawang besar belah dan garam Rebus sampai lembut Simpan air rebusan untuk nasi sebanyak 5 cawan 6 sudu besar Minyak mas...
Resepi Nasi Daging Utara

Resepi Nasi Daging Utara

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 282 hits
Nasi Daging Utara ni memang sinonim dengan orang Kedah dan Pulau Pinang sebab dua negeri ni lah resepi ini berasal Selain Nasi Ulam Nasi Lemuni dan Nasi Lemak Kuning Nasi Daging memang sangat terkenal dan selalu dimasak di kenduri raya atau...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready