Masak Nasi Ayam Hainan
Assalamualaikum WBT
HARI Sabtu, masa sarapan di Medan Selera Pasar Larkin, bincang dengan Pak Inche, nak masak apa untuk lunch? PI cadangkan masak nasi ayam. Jadi, lepas sarapan, terus turun ke pasar, beli sikit udang dan sotong, kami beli sekali la salad, timun dan tomato untuk nasi ayam. Ayamnya dah ada stok kat rumah, kirim dengan Cik Ani yang pergi Jualan Kasih FAMA sempena Chinese New Year. Jualan tu buat dekat Dewan Taman Bukit Indah, dewan ni sebelah aje dengan sekolah Cik Ani. Kesian, Cik Ani, sampai tua kena pergi sekolah, hahaha.

Sk masak nasi ayam resipinya ringkas ajelah, semua jenis rebus rebus rebus dan campak campak campak, aaa.. shiap! Puas hati masak nasi ayam sendiri, boleh makan bertambah-tambah. Yang utamanya, ayam tu la, kena rebus dulu, dah siap rebus baru boleh sediakan condiments untuk nasi ayam. Sk rebus ayam dalam pressure cooker guna mode HP 18. Lepas siap rebus, ayam tu keluarkan masuk dalam bekas dan gunakan air rebusan untuk masak nasi, buat sambal cili dan kicap ayam serta buat sup. Banyak kali jugak kongsi cara Sk masak nasi ayam, ni Sk kongsi lagilah. Sharing is caring, gituh!
Nasi Ayam Hainan Sk
Bahan-bahan dan Cara Memasak:
1/2 ekor ayam (potong dua)3" haliaKaki dan leher ayam (jika ada)
Masukkan ayam dan halia dalam periuk kemudian masukkan air secukupnya. Jika nak sup banyak lebihkan air, jika tak nak sup banyak, letak air lebih sedikit aje dari paras ayam. Tidak perlu masukkan garam. Rebus selama 20 minit (jika rebus atas api). Selesai merebus, keluarkan ayam, masuk dalam bekas lain. (Sk skip rendam dalam air ais)

Nasinya masak macam masak nasi putih tapi guna air rebusan ayam. Untuk menambah aroma nasi ayam, masukkan halia (boleh ambil dari air rebusan), bawang merah dimayang, bawang putih diketuk, bahagian bawah pokok daun bawang, garam dan ajinomoto
Nasi Ayam
2 1/2 pot beras3 ulas bawang merah dimayang2 ulas bawang putih dicincang1" halia1 kulit kayu manisAir rebusan ayam (sukat guna pot beras 2 1/2 pot)GaramSedikit ajinomoto
Masak dalam rice cooker. Taburkan daun bawang semasa dihidang

Kicap Ayam
1 senduk air rebusan ayam3 sudu kicap cair1/2 sudu kicap pekat1 sudu sos tiram1 sudu madu
Kacau rata, kemudian tuang atas ayam yang dah direbus

Bahan hiasan dan sayuran - Salad, timun dan tomato, susun dalam pinggan. Ayam ditoskan dari kicap, kicap diasingkan masuk mangkuk lain. Ayam dipotong letak atas pinggan salad

Sambal Cili
7 tangkai lada hidup (merah)1" halia5 ulas bawang putih1 sudu cukaJus dari sebiji limau nipisGaram secukupnya3 sudu gula pasir3 senduk air rebusan ayam (air biasa pun boleh)
Kisar halus lada, halia dan bawang putih. Kemudian masak atas api dengan air hingga mendidih. Masukkan garam, gula, cuka dan jus limau nipis, renihkan sebentar

Sup
Untuk sup, cuma tambahkan garam dan taburkan daun sup semasa menghidang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/01/masak-nasi-ayam-hainan.html