Kaji Betul Betul Sebelum Laksana Gojek Di Malaysia




Oleh Muzaffar Syah Mallow
Sebarang cadangan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek di negara kita memerlukan satu kajian yang mendalam sebelum ia dilaksanakan.
Walaupun ia dilihat dapat menjadi salah satu sumber pendapatan khususnya kepada mat motor dan golongan muda namun kita tidak seharusnya terburu–buru untuk melaksanakan perkhidmatan berkenaan. Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum kita ingin melaksanakan perkhidmatan berkenaan seperti faktor perundangan, insuran dan yang paling penting keselamatan pengguna jalan terutamanya pengguna motosikal itu sendiri.
Awal Januari lalu, kita didedahkan dengan statistik kemalangan jalan raya yang berlaku sepanjang 2018 oleh pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di mana statistik itu menunjukkan lebih 60% daripada 6,742 kes kemalangan maut lalu melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Statistik ini jelas menunjukkan kenderaan seperti motosikal memiliki risiko kemalangan maut yang agak tinggi jika dibandingkan dengan jenis kenderaan lain.
Tidak dapat dinafikan perkhidmatan Gojek mendapat tempat di beberapa negara termasuk Indonesia, namun perlukah kita mengambil contoh dari negara lain untuk dilaksanakannya di negara kita berdasarkan pendedahan JKJR itu.
Kita juga harus mengambil kira tahap keselesaan penunggang motosikal. Dengan keadaan cuaca negara kita yang tidak menentu, kadang–kadang panas dan kadang–kadang hujan, adakah penunggang motosikal akan berasa selesa menaiki motosikal dalam keadaan cuaca sebegini. Bagaimana pula dengan risiko berlakunya kegiatan jenayah seperti rompakan, kecurian serta gangguan seksual ketika menunggang motosikal dengan individu yang tidak dikenali langsung? Bagaimana pula aspek pencemaran alam sekitar melalui pelepasan asap motor, adakah dengan melaksanakan perkhidmatan Gojek dapat mengurangkan kadar pencemaran udara negara kita.
Kita juga tidak harus lupa usaha giat yang sedang diambil bagi mengurangkan kadar trafik jalan raya yang kini penuh sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. Dengan adanya perkhidmatan Gojek, jalan raya dijangka menjadi lebih sesak sekaligus meningkatkan lagi risiko kemalangan jalan raya.
Oleh yang demikian, adalah penting untuk semua pihak yang terlibat membuat satu bentuk kajian penyelidikan yang lebih mendalam terhadap cadangan memperkenalkan Gojek dengan memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan keselesaan penunggang motosikal itu sendiri serta keselamatan pengguna jalan raya.
Segala aspek kelebihan dan kelemahan perkhidmatan Gojek harus diteliti sebelum sebarang kata muktamad diambil terhadap perlaksanaannya. Sekiranya kerajaan ingin melaksanakan juga, kerajaan harus memastikan pembawa Gojek diberi latihan mencukupi serta memastikan mereka terdiri daripada individu yang benar-benar layak membawa motosikal untuk tujuan perkhidmatan Gojek.
Pihak kerajaan juga harus meminda beberapa peruntukan undang–undang jalan raya sedia seperti Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memastikan perkhidmatan Gojek sah untuk disediakan dan digunakan.
Kerajaan juga harus memastikan pihak berkaitan industri ini menyediakan insuran yang sepatutnya bagi melindungi pembawa serta penumpang motosikal. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga perlu melakukan proses pemantauan secara konsistan serta kerap terhadap penyedia perkhidmatan Gojek supaya tiada mana–mana pihak melanggar peraturan sedia ada atau peraturan yang bakal disediakan kelak.
Satu bentuk peraturan terperinci juga perlu dibentuk khusus untuk mengawal selia pengunaan perkhidmatan Gojek supaya semua pihak yang terlibat dengan industri ini terutama pelanggan dapat ketahui hak mereka dengan lebih jelas serta langkah yang seharusnya diambil sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Muzaffar Syah Mallow merupakan pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang–Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).
FMT



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/21/kaji-betul-betul-sebelum-laksana-gojek-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sepatutnya Malaysia Ada Group Pemusnah Kucing Macam Di Vietnam China Baru Betul Maju Moden Kata Gadis Ini

Sepatutnya Malaysia Ada Group Pemusnah Kucing Macam Di Vietnam China Baru Betul Maju Moden Kata Gadis Ini

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 813 hits
The ReporterMedia sosial sepatutnya digunakan dengan baik dan bukannya digunakan dengan tujuan meluahkan perasaan geram melampau sehingga mencetuskan rasa kurang senang netizen Mungkin remaja perempuan ini masih muda dan berfikiran singkat ...
Perlaksanaan Gojek Di Malaysia Ada Perkara Yang Perlu Dititik Beratkan

Perlaksanaan Gojek Di Malaysia Ada Perkara Yang Perlu Dititik Beratkan

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 262 hits
Sumber dari SoyaCincauKelmarin Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq meluahkan rasa terujanya apabila usulnya untuk melaksanakan Gojek DegoRide di Malaysia sebulat suara persetujui oleh kabinet melalui ciapan Twiiter beliau Tujuannya adalah u...
Pengusaha Teksi Ingin Memprotes Jika Perkhidmatan Gojek Dibenarkan Di Malaysia

Pengusaha Teksi Ingin Memprotes Jika Perkhidmatan Gojek Dibenarkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 235 hits
Kerajaan semalam mengesahkan mereka terbuka kepada pembangunan industri seru motor di Malaysia seperti Gojek Dengan perkhidmatan ini pengguna akan mendapat pilihan baru untuk pergi ke destinasi dengan lebih cepat kerana tidak terperangkap d...
Kerajaan Dilihat Terbuka Untuk Membangunkan Industri Seru Motor Di Malaysia Selepas Perjumpaan Dengan Gojek

Kerajaan Dilihat Terbuka Untuk Membangunkan Industri Seru Motor Di Malaysia Selepas Perjumpaan Dengan Gojek

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 378 hits
Dua tahun lalu kerajaan Malaysia telah mengharamkan perkhidmatan seru motor Dego Ride dan juga semua perkhidmatan seakannya kerana ia dianggap sesuatu yang merbahaya dan dikatakan tidak mendapat izin pihak kerajaan secara sah Terkini perkar...
Kesemua Jemaah Haji Malaysia Kini Di Mina Bagi Laksana Ibadah Melontar

Kesemua Jemaah Haji Malaysia Kini Di Mina Bagi Laksana Ibadah Melontar

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 322 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Politisi Malaysia Tolak Gojek Di Negaranya Karena Dianggap Lecehkan Martabat Generasi Muda

Politisi Malaysia Tolak Gojek Di Negaranya Karena Dianggap Lecehkan Martabat Generasi Muda

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 228 hits
Gojek juga dianggap bisa tingkatkan pelecehan seksual polusi udara dan kemacetan di Malaysia Baiknya gimana dong
Pbb Dakwa Kemiskinan Di Malaysia Lebih Tinggi Dari Data Rasmi Kerajaan Kaji Semula Kaedah Ukur

Pbb Dakwa Kemiskinan Di Malaysia Lebih Tinggi Dari Data Rasmi Kerajaan Kaji Semula Kaedah Ukur

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 405 hits
PETALING JAYA 23 Ogos Kerajaan akan mengkaji semula dakwaan pelapor khas Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu yang menyatakan kadar kemiskinan di Malaysia melebihi kadar dikeluarkan data rasmi kata Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Moham...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik