Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buloh


Dugaan bagi penulis nak cerita balik lauk yang sudah dimakan haha lapar balik! 😆
Kalau sebut buah belimbing rata-rata daripada kita semua pasti akan ketahui akan bentuk buahnya bukan? Kalau buah belimbing biasa dan besar kalau dibelah mesti bentuk bintang hehe, berlainan pula bila disebut buah belimbing buloh, rupanya sudah tentu berlainan sekali.
Kalau tak pernah tengok sila google rupa sebenarnya tau, jarang sangat atau juju tak pernah tengok ada penjual menjual buah belimbing buloh dipasaran lah, juju dapat buah ini pun sebab bos di pejabat yang rajin bawa dan edar kepada kami geng mak-mak yang suka memasak.
Khasiat tersembunyi buah ini dapat mencegah penyakit darah tinggi, kencing manis, memudahkan pencernaan dan paling best ia melawaskan tau. Lepas makan cepat je nak membuang dan mudah betul hahaha, legaaaa! 😍
Untunglah kami! Dari kecil memang dah terbiasa dengan pokok buah cermai dan pokok belimbing buluh sebab masa kecil selalu pi menempel memanjat pokok jiran punya hahaha adui kalau ingat balik kami adik beradik makan kutip buah ni dari atas pokok tau dan lap dekat baju isap buah ni pelan-pelan. 
Walaupun masam itulah mainan kami nak habislah masa di luar bermain, bila dah besar sudah berkahwin dekat lapan tahun lebih baru lah nak mencuba buat lauk rare macam ini. 
Rupa-rupanya sedap yang teramat sedap bila ada gabungan buah belimbing buloh didalam masakan, tak semestinya dalam masak lemak, pelbagai jenis lauk boleh dimasukkan sebagai pengganti kepada asam keping dan asam jawa.  Bukan kali pertama masak tau, dah banyak kali. Maka inilah bahan asas nak hasilkan masak lemak cili padi belimbing buluh. Cili padi menyorok sebab kena buat dua sesi masakan, ada anak kecil kena jaga perut dia juga tak boleh amal pedas keterlaluan. 
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buloh

Ayam / Ikan / Daging / Ketam / Sotong / Aneka seafood - di potong kecil ikut citarasa. 1 ulas bawang merah - di mayang nipis atau di potong membulat.Serai di titikkan - tumbuk bagi pecah sikit lagi senang. 5-6 biji belimbing buloh - ikut kesesuaian lauk kalau banyak ayam/ikan, letaklah lebih. 5-6 biji cili padi kampung - tumbuk kasar1 biji tomato besar - di belah 4 bahagian1 inci halia / daun kunyit - di potong nipis1 inci kunyit hidup - di tumbuk lumat 1 keping asam keping - tak payah letak pun tak apa, nak letak pun lagi bagus aroma tu mengancam hidung.1 kotak santan - kalau beli fresh 1 biji kelapa.2 cawan kecil air masakCara memasak:Pertama sekali, ambil 1 sudu besar minyak masak. Tumis cili padi, kunyit, halia, bawang besar, serai sehingga naik bau. 
Kemudian masukkan buah belimbing buloh, kenapa masuk awal? Sebab nak bagi aroma buah dari belimbing buloh tu keluar dan air dari buah tu terbit di gabung dengan minyak baru sedap. Jangan lama ye, asal ia bertukar sedikit kekuningan terus masukkan santan dan masukkan 2 cawan kecil air masak.
Tunggu ia reneh sikit, kemudian masukkan bahan utama seperti ayam, tomato, daun kunyit. Tunggu sehingga ia reneh dan masukkan garam secukup rasa. Siap!
 Macam julia, suka kecilkan api, tak nak ia meruap sebab ada santan kan. Biarkan dalam 20 minit dan rasa cukup tak garam. 
Lagi sedap jika lauk ini di simpan dalam 2-3 jam kemudian baru panaskan buat kali kedua, ia punya rasa perghhhhh meletop tau, satu rumah berbau masakan ni asbab buah inilah. Hehe.  Goreng ayam sikit dan ada sayur cukup dah makan bersama nasi panas-panas. Fuhhh! 😝
Abg Qi bertambah tau lauk, suka sangat hirup kuah masak lemak masam-masam sedap tengok dia makan.  😋
Pertama kali bagi si Abg Qi makan lauk yang ada buah belimbing buloh tau, nampak dia mudah terima makanan kampung asli dan cepat belajar menu Melayu. Bertuahnya kamu Abg Qi, nanti umi masak lauk lain yang baru dan tak pernah Abg Qi rasa lagi tau. Kena ajar dari kecil, nanti besar tak ada lah dia terlalu memilih makanan betul tak.
Okey, selamat mencuba tau! Gosok perut berkeroncong tengok gambar ini semua, haishhh dugaan penulis hahaha. 😜

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2019/08/resepi-ayam-masak-lemak-cili-padi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kiub Ayam Maggi Melengkapkan Cita Rasa Masak Lemak Cili Padi Ayam Dan Pucuk Ubi

Kiub Ayam Maggi Melengkapkan Cita Rasa Masak Lemak Cili Padi Ayam Dan Pucuk Ubi

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 424 hits
Sayur pucuk ubi adalah salah satu makanan kampung yang sedap Selalunya pucuk ubi direbus dan dijadikan ulam Namun pernah tak korang terfikir nak jadikan pucuk ubi sebagai salah satu bahan campuran dalam masak lemak cili padi Kali ini RASA i...
Ketam Masak Lemak Cili Padi Cara Paling Mudah Cepat

Ketam Masak Lemak Cili Padi Cara Paling Mudah Cepat

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 3284 hits
Ketam Masak Lemak Cili Padi is done Resepi boleh lihat di youtube Malas nak taip Tengok videolah lagi faham kan selamat mencuba yang pasti sedap selepas siap masak
Resepi Masak Lemak Ikan Masin

Resepi Masak Lemak Ikan Masin

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 523 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Masak Lemak Ikan Masin pula dengan korang Rasanya ramai kut peminat masakan kampung macam nie kan Kebetulan ada nenas yang Mak Abang Man bekalkan untuk kami takut rosak macam tu a...
Masak Lemak Ayam Pencen

Masak Lemak Ayam Pencen

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 601 hits
Assalamualaikum semua Lama juga tak ber update blog ni Harap masih ada lagi yang sudi berkunjung Banyak sangat yang berlaku sebenarnya kebelakangan ini InsyaAllah ada masa nanti akan diceritakan Ok Hari ni Cik Ila nak cerita pasal ayam penc...
Ketam Nipah Masak Lemak Cili Api

Ketam Nipah Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 814 hits
Resepi ketam nipah Cara memasak ketam nipah sedap giler Resep kepiting Kepiting masak lemak Hmmm sedap tau Rasa manis kuahnya rasa fresh isi ketamnya Lama tak makan Jarang orang jual Bila dengar ada orang jual terus beli 2kg Ketam nipah wow...
Ayam Masak Merah Versi Kering

Ayam Masak Merah Versi Kering

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 858 hits
Kalau makan kenduri lauk yang wajib ada ayam masak merah Dipadu pula dengan nasi tomato melengkapkan menu lauk kenduri Tapi kali ni min nak kongsi resipi ayam masak merah versi kering yang gerenti sedap dan tidak menjemukan Keluarga pasti s...
Menu Sihat Resepi Nasi Ayam Kukus Mudah Dan Mengenyangkan

Menu Sihat Resepi Nasi Ayam Kukus Mudah Dan Mengenyangkan

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 1047 hits
Menu Sihat Resepi Nasi Ayam Kukus Mudah Dan Mengenyangkan Assalamualaikum dan salam sejahtera Rentetan daripada makan tengahari di Restoran CH Corner Seri Iskandar baru baru ini masih teringat ingat menu yang Sha makan di situ hingga terbaw...
Resepi Pasta Ayam For Baby

Resepi Pasta Ayam For Baby

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 650 hits
Pasta ayam for baby Try and error8 bulan ke atas dah boleh perkenalkan baby dengan masakan tumis menumis yee 1 sudu pasta blander untuk 2 kali makan Pasta diblander kasar pakai blander kering sebab Hana dah prepare stok frozen untuk ayam da...
Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap

Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 902 hits
Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap Lamanya tak kongsi resepi dalam blog ini Dah alang alang free ini cik en nak kongsi dengan korang Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap Sesuai la untuk korang tengah demam atau diet Kaki ayam ini mempunyai kolage...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut