Masak Kicap Ikan Mackerel






Dunia sekarang ramai tidak kira lelaki perempuan, tua muda suka menggunakan emosi untuk memaki hamun atau mengatakan orang lain sebagai bodoh dsb di media social. Tidak kurang pula manusia yang bila ada orang yang tak sependapat dengan beliau, akan terus komen mendoakan suatu yang tidak baik pada orang lain. Sedangkan mereka tak kenal pun siapa penulis. 
Mudah mudah untuk menambah dosa dalam buku catatan. Selepas itu, beliau dah lupa dosa yang telah dibuat. Akan bertemu semula dengan catatan dosa itu saat malaikat maut muncul. Ketika itu, akan diperlihatkan semua catatan baik buruk besar kecil. Hatta sebesar zarah. Ini belum lagi saat diperhitungkan dan timbangan amal di Padang Mahsyar. Ada yang muflis bila tiada lagi pahala yang ada untuk dibayar pada orang yang telah kita sakiti di dunia, terpaksa pula mengambil dosa orang tersebut.
Jadi pada mak cik mak cik bawang gunalah akal sebelum nak menghentam orang lain yang tak sependapat dengan kamu. Fahami konteks yang ditulis, jangan hanya memahami surface sahaja. Saya tidak bodoh untuk meruntuhkan rumah tangga orang kerana saya adalah seorang isteri dan seorang ibu juga. 
Boleh baca catatan saya sebelum ini di SINI. Ada yang siap tulis, tak perlu nak kenang kenang. Laa itu hak masing masing lah. Setiap orang punya ingatan dan kotak ingatan yang berbeza terutama di masa remaja. Itu lah akal dan kecerdikan pun berbeza.
Semua kita telah ditetapkan qada dan qadarnya. Itu sebab dalam rukun Iman ke 6, adanya beriman pada qadha dan qadar. Qadha adalah ketetapan Allah yang telah ada sejak zaman azali, baik yang berkaitan dengan kebaikan maupun keburukan. Qadar adalah ukuran atau kadar dari ketetapan Allah tersebut. 
Orang bertemu berkahwin dan bercerai kerana jodoh tak panjang. Jodoh tak panjang itu, adalah kata kita. Yang hakikatnya, itu lah qadha, qadar dan takdir yang telah ditetapkan yang tidak kita ketahui. Jangan cakap berdamai dengan takdir tapi kita kena menerima takdir. 
Saya berpendapat tidak salah untuk mereka yang sama profession untuk bekerjasama. Bukan sahaja artis atau penyanyi tapi profession lain juga seperti arkitek, doktor juga. Tidak semesti bekerjasama untuk mereka yang telah bercerai, kembali jatuh hati dan kahwin semula. Itu fikiran yang bodoh yang difikir oleh orang yang tidak ada pendidikan tinggi. 
Jadi kepada makcik yang telah mendoakan yang tidak baik pada saya tu, supaya mencari saya dan membuat permohonan maaf secara terbuka juga. Jika tidak, tunggu sahaja lah apa yang telah dipesan oleh Rasulullah untuk berlaku. Mati pasti berlaku. Ianya umpama kelipan mata sahaja. Saya tidak delete entri tersebut sebaliknya hanya archieve sahaja atas permintaan anak anak saya. Saya juga tidak block makcik seperti diminta supaya makcik boleh cari saya sebelum makcik mati. OK setakat ini dahulu. 


Saya hari ini memasak ikan mackerel yang dibeli di Tesco dengan harga UK8 seekor. Walaupun di London, kalau dah tekak Melayu tu, ikan mackerel pun saya masak kicap. Kalau di sini, mat saleh biasanya akan marinate dengan garam dan lada hitam dan dipanggang samada dalam oven atau atas pan. 
Saya sebenarnya tidaklah peminat ikan sangat. Tapi untuk keseimbangan dalam pemakanan saya makan lah juga. Kalau ikan biasanya, mesti digoreng, barulah laju saya makan. Kalau ikan yang tidak digoreng terlebih dulu, macam kurang lah sikit.
Tapi seriouslah sedap ikan mackerel ni. Isinya lemak manis juga walaupun bukan ikan yang betul betul segar dari laut. Bila dibuat masak kicap, lagi bertambahlah sedapnya. Selera Melayu kan, memang suka lauk berkicap.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua.....

Masak Kicap Ikan MackerelOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ikan mackerel 4-5 biji bawang merah - hiris4 ulas bawang putih - hiris1-2 biji cili hidup - hiris1 inci halia - hirisKiub pati ayam1 sudu besar sos tiramKicap secukupnyaSedikit air asam jawa
Cara cara:Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 

Menggunakan minyak yang sama, tumis semua bahan yang dihiris. Masukkan air asam jawa, sos tiram dan kicap secukupnya. Biarkan mendidih seketika.
Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Kacau rata. Biarkan sebati dengan kuah.


Sedia untuk dihidangkan. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/05/masak-kicap-ikan-mackerel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lauk Nanas Masak Lemak Ikan Masin Di Rumah Pengantin

Lauk Nanas Masak Lemak Ikan Masin Di Rumah Pengantin

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 165 hits
Lauk Nanas Masak Lemak Ikan Masin di Rumah Pengantin Baru baru ni singgah rumah pengantin anak jiran Kahwin Meriah dengan pelbagai lauk pauk Ada nasi Putih Dan nasi mintak Nona sudah tentu amek Dua Dua jenis nasi Lauk pun Campur semua Kuran...
Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 202 hits
Memulakan kehidupan di rantau tidak semudah di negara sendiri Hari pertama sampai dah malam memang kepenatan selepas berjam jam dalam penerbangan Yang terlarat sekadar mengemas bag pakaian sahaja Lepas tu dah masuk tidur Jadi kami hari keti...
Cara Masak Telur Ikan Yang Betul

Cara Masak Telur Ikan Yang Betul

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 188 hits
Jujur saya tak pernah masak telur ikan ni apatah lagi memakannya memang jarang sangat So untuk korang yang suka masak dan makan telur ikan ni nah ni tip untuk korang Mungkin korang dah tau tapi tak kira nak share jugak Haha Cara masak telur...
Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 195 hits
Rendang asam atau ikan masak asam perkongsian Siti Hazneza Abdul Hamid ini merupakan lauk kegemaran keluarganya Hidangan ini katanya boleh menggunakan apa jua jenis ikan Sama ada ikan talang segar ikan masin ikan gelama malah ikan bilis pun...
Resipi Sambal Ikan Kayu Yang Sedap Tak Jemu Makan

Resipi Sambal Ikan Kayu Yang Sedap Tak Jemu Makan

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 133 hits
Resipi sambal ikan kayu ini antara lauk ringkas yang mudah disediakan Sedap dimakan bersama nasi panas ulam ulaman dan telur dadar Kombinasi rasa pedas masam dan lemak manis daripada sambal yang direneh lama digandingkan dengan ikan kayu go...
Lain Daripada Yang Lain Murid Di Pulau Tioman Hadiahkan Ikan Mewah Bernilai Lebih Rm300 Sempena Hari Guru

Lain Daripada Yang Lain Murid Di Pulau Tioman Hadiahkan Ikan Mewah Bernilai Lebih Rm300 Sempena Hari Guru

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 107 hits
ROMPIN Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik dalam membentuk generasi masa depan nbsp Ia bukan sekadar sambutan simbolik tetapi lambang kasih sayang pengh...
Nasi Goreng Telur Ikan Bilis Tak Sampai 10 Minit Dah Siap

Nasi Goreng Telur Ikan Bilis Tak Sampai 10 Minit Dah Siap

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 159 hits
Nasi semalam ada lebih Janganlah dibuang kerana boleh dijadikan satu menu yang sangat sedap iaitu Nasi Goreng Telur Ikan Bilis Memang senang nak buat ni tak sampai 10 minit confirm dah siap Sedap dan mengenyangkan pula tu Jom cuba boleh jad...
Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap Sedap

Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap Sedap

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 187 hits
Memang sedap Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa untuk kudapan sarapan atau minum petang boleh cuba resipi Tauhu Goreng Crispy perkongsian saudari Mastura Razali ni Sedap mudah dan tidak menggunakan banyak bahan Ia sangat enak dinik...
Resepi Som Som Sagu Mata Ikan

Resepi Som Som Sagu Mata Ikan

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 170 hits
Assalamualaikum Ada dessert yang SAa craving dna percaya tak SA sedang focus fahamkan acaner nak buat dessert ni sedapnya ya ampun dah 2 3 kali SA makan tapi SA tetap nak belajar buat gak kalau share tu maknanya menjadi la tu kalau x share ...
F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Find Your Unique Selling Point

Israel Serang Iran Tokoh Tokoh Ini Jadi Korban

Hiburan Lebih 200 Mayat Dijumpai Lelaki Duduk Seat 11a Mangsa Tunggal Terselamat Dalam Nahas Air India

Spend Time Dengan Cousin Kat Jumptopia Space Warriors Paradigm Mall Jb

How To Encourage Siblings To Play Together Nicely

Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Why Garage Flooring Matters Protect Your Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus

Gempak Imedia Bawa Pulang 8 Anugerah Yang Dicalonkan Di Mda 2025

Denmark Mahu Tinggalkan Perisian Microsoft Beralih Ke Libreoffice

Polis Buru Lelaki Pukul Pemandu Lori Kerana Berang Dihon

Psychological Survival Mastering The Mental Game In The Wild

Kuih Orang Banjar Namanya Batil Pisang