Masak Kari Ikan Merah


 Assalamualaikum WBT 


ALHAMDULILLAH.. bersemangat pulak rasa bekerja Jumaat pertama hari ini selepas Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail,  mengembalikan cuti hujung minggu ke hari Sabtu dan Ahad atas perkenan Sultan Johor. Semangat tu sebab hari Ahad, dapat dah bercuti rehat sama-sama dengan Pak Inche, selain hari Sabtu. Lagi best, hari Isnin ni dapat cuti ganti kerana minggu ni kami bekerja 6 hari dari Ahad hingga Jumaat. Kira adillah tu, minggu depan kerja 4 hari sahaja.




Hari ahad lepas, PI punyalah rajin pergi ke Pasar Borong Pontian. Saja-saja, katanya. Taman perumahan kami bersempadan dengan daerah Pontian, nak ke PBP ni dalam 30 minit gitu kalau tak jammed kat Pekan Nanas laa




Tak lama lagi nak Raya Cina kan. Udang RM140/kilogram. Sk suruh PI beli 4 ekor, tapi dia ingat Sk gurau. 



Lobster, tak silap ni RM220/ kilogram. Ni kalau beli, mahu kepalanya Sk blend, masak ala-ala shark fin soup, baru berbaloi
 


Pak Inche beli ikan senangin dan ikan merah. Ikan merah tu saiz kecik,  tengok kat gambar lobster tu. Udang kena tunggu lepas raya cina la baru beli. Nak tahu tak kenapa seafood jadi mahal bila nak raya cina? Menurut seorang tauke ikan di Pasar Pontian, dulu la, masa tu Sk ikut ke pasar, dia beritahu, orang cina percaya makanan laut yang bersaiz besar seperti ikan kerapu, ikan merah, bawal putih dan udang ni kalau dimakan menjelang tahun baru, nanti ada tuah. Sebab tu jadi mahal. Ikan merah yang PI beli ni saiz kecik, tu tak mahal sangat tapi PI kata, ikan merah yang besar-besar bas,  RM120/kilogram. Tu tak apa, kena beli seekor terus. Dia tak jual potong-potong. 



Tak tahan agaknya nak makan ikan merah yang dibeli tu, PI minta masakkan semalam. Sk masakkan karilah yang senang. Itu pun karinya togel jer tak letak bendi dan tomato, ikan semata. Ingatkan balik semalam nak singgah kedai dulu tapi jammed rabak, pukul 6.12pm masih ada kat atas jalanraya, mana nak singgah kedainya




Sk dah lama masak kari tak letak santan. Bukan pasal apa, sayang kadang santan guna sikit aje, lepas tu lama tak masak, santan nya dah tak elok. Selalu lupa nak simpan dekat freezer. Hari tu tengok ada seseorang share kalau nak lagi sedap, letak santan selepas rempah kari pecah minyak, Sk buat macam tu la. Sk guna setengah kotak santan kara yang kotak kecik segitiga tu. Memang jadi elok kuah kari dan sedap. PI pun kata sedap, tahulah dia tu kan cerewet pasal kari ni. Eh, tapi, berani ke PI nak kata tak sedap? Hahaha


Resepi Kari Ikan Merah

Bahan-bahan:
Ikan merah dipotong1 biji bawang besar dimayang 1" halia hirisRempah 4 sekawanRempah tumis2 tangkai daun kari3 sudu rempah kari ikan50ml santan kotakAir secukupnyaGaramAjinomoto

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak


2. Tumis bawang, halia, rempah empat sekawan dan rempah tumis hingga wangi. Masukkan daun kari


3. Masukkan rempah kari ikan dan sedikit air, kacau sekejap, tambah sedikit lagi air, kacau hingga terbit minyak. Ulang beberapa kali


4. Apabila rempah sudah sebati, masukkan santan dan tambah lagi sedikit air. Biarkan sehingga terbit minyak lagi sekali, kacau selalu supaya tidak hangus dasarnya


5. Bila dah terbit minyak, tambah air secukupnya, kemudian masukkan ikan. Biar mendidih dan ikan masak sambil dikacau perlahan


6. Letak garam secukupnya dan ajinomoto, kacau sekejap, siap




Ikan goreng wajiblah ada. Sk masak ikan ni sebenarnya dua ekor, sekor tu potong tiga bahagian. Dua keping Sk perap dengan garam kunyit, lagi empat keping Sk masak kari. Jadinya, malam tadi Sk goreng sekeping aje ikan dan ada bakinya sekeping lagi kita goreng malam ni la. Kari ikan pun berbaki dua keping. Sk kan memang suka masak untuk dua kali makan, hahaha




Mujur ada lada merah tiga biji dalam peti sejuk. Dah layu ladanya tapi bolehlah nak buat sambal belacan. Sk tambah 11 biji cili padi hijau. Arwah ibu cakap, petua nak bagi sambal belacan sedap kena letak bilangan ganjil. Letak belacan bakar sebesar ibu jari dan sedikit ajinomoto, tumbuk sampai lumat. Yesss, guna lesung batu pasal tak jumpa penutup chopper Sk, Mana tah perginya, merajuk la tu lama tak guna, hahahah




PI goreng papadom jugak. Tapi sebenarnya kalau ada sambal belacan, tak perlu pun ada papadom tu. Begitu juga sebaliknya sebab dua benda tu macam tak sesuai bergandingan. Satu lagi, papadom lagi sedap makan dengan kari ayam. Itu kat tekak Sk la, lain orang, lain kesukaannya.. tak gituuuuu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/01/masak-kari-ikan-merah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api Confirm Licin Nasi

Resepi Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api Confirm Licin Nasi

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 251 hits
Siapa kat sini peminat ikan masin Kalau suka makan dengan nasi panas nah Resepi Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api ni memang padu Campur sambal pedas dengan ikan masin memang buat bertambah tambah nasi Jom kita try masak ikut resepi n...
Ikan Masak Asam Lagi Lama Terendam Kuah Lagi Sedap

Ikan Masak Asam Lagi Lama Terendam Kuah Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 186 hits
Ikan masak asam ini boleh jadi idea buat yang buntu untuk menyediakan lauk berasaskan ikan Penyedapnya adalah rasa masam dari asam jawa yang menyatu dengan isi ikan Resipi ini boleh menggunakan sebarang jenis ikan selain ikan kembung sama a...
Makan Asam Pedas Ikan Merah Pak Yahya Asam Pedas

Makan Asam Pedas Ikan Merah Pak Yahya Asam Pedas

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 210 hits
Assalamualaikum WBT LEPAS makan Sk dan PI meneruskan perjalanan menuju ke Muar PI la yang memandu kalau ikut jalan kampung ni Sk jadi co pilot sambil teman PI borak borak pasal kucing la banyaknya hahahah Tiada tujuan lain nak ke Muar selai...
Ikan Puyu Masak Lemak Cili Api Menu Lunch Hari Ini

Ikan Puyu Masak Lemak Cili Api Menu Lunch Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 249 hits
Assalamualaikum Hari ni SA masak awal pukul 11 dah siap masak 2 minggu lepas PZ ada beli ikan Puyu kan Tak masak lagi rupanya terus SA masak sementara tunggu PZ petik pucuk pegaga kat depan rumah gemuk gemuk dah pucuk pegaga tu Ikan puyu ma...
Resepi Ikan Masak Singgang

Resepi Ikan Masak Singgang

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 177 hits
Ikan masak singgangBahan bahan Ikan apa apa jenis pun tak apaLengkuasKunyit Bawang putih Kacang bendi Asam kepingAir 1 1 2 cawanGaram dan secukup rasaCara caranya Masukkan air dalam periuk dan campakkan sekali lengkuas kunyit dan bawang put...
Resipi Ikan Tenggiri Masak Padang

Resipi Ikan Tenggiri Masak Padang

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 118 hits
Alhamdulillah akhirnya dapat juga masak sendiri ikan tenggiri masak padang ni sebabnya selalu anak anak sibuk nakkan urat keting masak minang atau selalunya nakkan ayam jadi kita ni turut jer Bahan bahan5 6 keping ikan tenggiri 1 mangkuk sa...
Mayat Lelaki 23 Tahun Itu Ditemui Terapung Dalam Kolam Ikan

Mayat Lelaki 23 Tahun Itu Ditemui Terapung Dalam Kolam Ikan

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 119 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang lelaki ditemui lemas dalam kolam ikan di Kampung Old Stream dekat Bidor awal pagi tadi Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat lelaki 23 tahu...
Ikan Bakar Segar Hj Musa Akmal Bahari

Ikan Bakar Segar Hj Musa Akmal Bahari

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 154 hits
Lokasi Ikan Bakar Segar Hj Musa Akmal Bahari Alamat Jalan Bukit Baru Duyong Taman Semabok Jaya 75460 Melaka Waktu Operasi 5 00 petang 11 00 malam Tutup Tarikh Lawatan 24 Disember 2024 Ikan Bakar Segar Hj Musa Akmal Bahari menjadi lokasi per...
Brunch Lempeng Kelapa W Asam Pedas Ikan Sembilang

Brunch Lempeng Kelapa W Asam Pedas Ikan Sembilang

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 151 hits
Assalamualaikum WBT LAGI dua hari nak masuk tahun 2025 ni asyik fikir nak makan sedap aje Mula tahun 2025 nak mulakan diet drastik Berat Sk statik tak turun turun hampir dua tahun Setiap kali timbang pergerakan angka tu macam lebih kurang t...
A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

What Are The Benefits Of Steamed Fish

Malaysia Asean Chairmanship Off To A Disappointing Start

Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Designing Easy Websites And Apps

Euro Dibawah Tekanan

Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gunakan Prinsip Pilihan Dalam Semua Pergaulan Dan Perhubungan Anda Dalam Kehidupan

Pusat Pakaian Hari Hari Sediakan Kelengkapan Sekolah Setempat

Strategi Efisiensi Energi Pada Penggunaan Forklift Di Industri Logistik

Tuduh Pm Derhaka Tidak Berasas Hanya Modal Politik Pembangkang Penganalisis

Januari Telah Pun Meninggalkan Kita

Santai Santai Bowling