Masak Daging Salai Goreng Kunyit


Ada separuh lagi daging salai mak bagi. Separuh daging salai masak lemak cili api. Separuh lagi daging salai masak goreng kunyit. Sama macam masak daging salai berlada cuma tambah kunyit je. Kalau tanya saya daging salai masak apa sedap?

Dah tentulah saya pilih daging salai masak lemak cili api dan daging salai goreng kunyit. Saya membesar dengan dua jenis masakan tu je kalau berasaskan daging salai. Dua jenis tu je yang mak saya masak. 

Ada juga saya tengok resipi daging salai masak kicap. Rasa macam tak kena dengan selera pulak. Tekak dah biasa dengan bahan kunyit agaknya.

Bagi yang tak tahu apa itu daging salai (smoked meat). Daging salai adalah daging mentah yang disalai di atas bara kayu. Biasanya daging mentah akan diletakkan atas penapis besi atau alas khas. Proses menyalai agak lama. Lapisan luaran daging kena betul betul mengecut.

Begitulah cara buat daging salai. Kaedah salai ni digunakan zaman dulu lagi untuk mengawet makan supaya tak rosak dan tahan lebih lama. Dulu-dulu kan mana ada peti ais nak simpan bahan mentah

Disebabkan cara buat daging salai tu agak rumit. Jangan ditanya kenapa harga daging salai mahal. Apatah lagi bila dah jadi lauk. Rezeki saya dapat daging salai mak bagi, tinggal masak je



Resipi daging salai goreng kunyitBahan-bahan
Daging salai potong nipis nipis *Cuci dengan tepung gandum untuk elakkan berbau dan toskan
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Cili api ikut kepedasan masing-masing
2 inci kunyit hidup
2 batang serai * diketuk
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Air secukupnya

Cara penyediaanPanaskan minyak dulu.  Masukkan bahan tumis (bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit). Boleh kisar atau tumbuk. Tumiskan sekali dengan serai. Dah naik bau dan garing sikit masukkan daging salai, kacau rata dan tambah air. Masukkan garam juga.Biarkan sampai daging empuk. Selagi belum empuk tambah air lagi dan adjust rasa.Agak agak dah empuk biarkan kuah kering sikit. Kemudian angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Memang padu rasa daging salai goreng kunyit yang serba pedas ni. Aroma asap tu yang buat lagi best. Sesekali dapat makan lauk luar dari biasa baru lah berselera  makan. 
Ini pun saya makan sorang. Encik suami tak makan daging sangat. Makan tu makan tapi bukan kegemaran.

Ulang lah daging salai goreng kunyit untuk 3 kali makan. Makan tengahari, malam dan simpan untuk makan tengahari esoknya.

Sekarang dah tak susah nak dapatkan daging salai. Ada yang dah siap dihiris nipis jual dalam pek sekali dengan pes. Dah banyak juga kedai yang menyediakan masakan tradisional berasaskan salai salai ni.

Contohnya kat Kuala Pilah ada beberapa kedai popular dengan masakan daging salai masak lemak cili api. Daging salai juga banyak dijual ditepi jalan. Pernah beli sekali orang kirim. 1 kg daging salai RM50 ke RM55 kalau tak silap.

Selain daging salai, ada ayam kampung salai, itik salai. tolo (baca : telur) itik dan macam macam lagilah. Meriah tepi jalan Seremban-Kuala Pilah orang berniaga macam-macam.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2021/08/masak-daging-salai-goreng-kunyit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daging Salai Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 406 hits
Setelah sekian lama berhajat nak makan daging salai akhirnya mendapat juga Itulah yang dikatakan rezeki tak salah alamat Alamatnya kat kampung baru mendapat Sejak raya puasa haritu teringin makan daging Tapi nak daging salai Kemain sangat s...
Kari Sotong Udang Goreng Kunyit Dan

Kari Sotong Udang Goreng Kunyit Dan

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 402 hits
Assalamualaikum LAMA tak masak Kari Sotong Biasanya suka padankan kari sotong macam ni dengan ayam goreng Dia punya pergi macam makan nasi daun pisang di Ashoka Curry House Tapi sebab semalam Pak Inche cuma pesan suruh gorengkan ikan kering...
Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah Simple Dan Sedap Untuk Orang Yang Sibuk

Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah Simple Dan Sedap Untuk Orang Yang Sibuk

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 559 hits
Assalamualaikum guys Pandemik Covid 19 nampaknya tidak menunjukkan penurunan angka malah makin meningkat Dek kerana itu ibu ibu yang bekerja dan anak anak pulak masih meneruskan sesi pembelajaran secara PdPR pastinya kesibukan untuk menguru...
Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Hari Ini

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 268 hits
Resepi daging masak merah ala thai ni dan untuk kali pertamanya umi buat Ada je resepi daging masak merah lain tapi ikutlah mana yang mudah Yang penting guna bahan sedia ada je kat rumah tu Bila hari hari duduk kat rumah ni idea memasak tu ...
Nasi Goreng Dan Karipap Daging Untuk Sarapan

Nasi Goreng Dan Karipap Daging Untuk Sarapan

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 284 hits
Assalamualaikum PAGI ini goreng nasi tak ada rencah Rencah ke namanya Cuma tumis cili dan bawang yang dikisar sedikit cili boh jenama Puteri dan sambal belacan Masukkan telur dan serbuk belacan masukkan nasi kacau sampai garing siap Semalam...
Masak Goreng Goreng Aje Sampai Tangan Terkena Minyak Panas

Masak Goreng Goreng Aje Sampai Tangan Terkena Minyak Panas

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 849 hits
Aassalamualaikum Hi Korang Haaa hari ni SA masak goreng goreng je takde nak masak bersantan ke apa sedap selera makan selalu masak berkuah sup la apa la kali ni kasi tukar memang la x berapa nak laju makan sebab x berkuah tapi boleh je leta...
Peniaga Kongsi Resipi Cempedak Goreng Rangup Walaupun Sejuk Tapi Masih Rangup Krup Krap

Peniaga Kongsi Resipi Cempedak Goreng Rangup Walaupun Sejuk Tapi Masih Rangup Krup Krap

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 407 hits
Cempedak rangup antara kudapan yang sangat popular di Malaysia Malah kudapan ini boleh didapati di gerai tepi jalan ataupun pasar malam Bagi yang nak mencuba untuk buat sendiri cempadak goreng ranggup boleh ikuti resipi yang dikongsi ini Ce...
Mee Goreng Mamak Pak Zain Terbaik

Mee Goreng Mamak Pak Zain Terbaik

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 411 hits
Assalamualaikum Hi korang Petang tadi punya cerita Pak Zain tiba tiba tanya nak makan apa petang petang ni mulanya SA dan Dania cakap x nak makan sebab kitorang kenyang giler kot makan tengahari tadi tiba tiba terdengar bunyi keletang kelet...
Resepi Spaghetti Goreng

Resepi Spaghetti Goreng

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 1113 hits
Spaghetti GorengBahan bahan 8 ulas bawang putih ditumbuk8 10 biji cili padi ditumbuk 6 cmb minyak zaiton15 ekor udang saiz xl20 ekor kepah separuh biji capsicum merah dihirisseparuh biji capsicum hijau di hiris1 cmb parsley serbuk1cmb basil...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord