Masak Apa Tu
Assalamualaikum..
Haritu I beli Cendawan Tiram Organic dengan Izzah. Beli Hari Khamis and plan malam tu nak masak la, sekaaaaaaali boleh tertinggal dekat office. I punya la berkobar-kobar nak masak malam tu, sekaaaaaaaali tertinggal kat office puleks. Dah namanya rezeki nak makan ramai-ramai kat kampung dengan Ayang, Kaklong semua sebenarnya so esok malamnya, baru la I masak masa dekat Kampung. Dari sepeket tu, boleh masak 3 jenis. I buat Sambal Air Mata, Masak Lemak Cili Api Cendawan + Pisang Muda (Yang ni Kaklong masak) and buat Sup campur dengan Fishball. Semuaaaaaa pon sedap. Actually kalau goreng celop tepung cicah dengan sambal kicap pon sedap tapi dah takde portion dah. So next time la. I suka la Cendawan Tiram yang Abang Izzah punya ni sebab ruas daun dia (daun ke panggil) memang besar-besar and takde lebam macam serap air tu. Cendawan ni kekadang ada bau kayu sikit kan? Yang ni takde. Kata Abang Izzah, yang ni tanam sendiri and bukan Commercial punya, tu pasal dia lain. Cecece. Yer je tu hahahahaha. So, kepada sesapa yang takde idea nak masak apa, boleh je masak macam I ni. Actually Cerndawan Tiram ni memacam jenis lagi boleh buat. Hiris bawang merah, bawang putih, lada kecik and bawang besar lepas tu letak serbuk kunyit sikit and goreng pon sedap. Tak pon goreng dengan Sos Tiram lepas tu letak Broccoli and Tauhu Jepon. Masak Sardine letak Cendawan ni pon sedap tau? Tak pon goreng telur hancur letak cendawan ni. Haritu I ada nampak orang Goreng Taugeh letak Cendawan Tiram ni jugak but my favorite among all mestilah Sambal Air Mata. Dah tak payah lauk lain dah. Sazli pon memula taknak makan nasik kononnya but tertewas kah kah kah. Orang cakap sedap tak caya. Nak pulak masak dengan kasih sayang, lagilah sedap. Lawan dengan Kicap Manis and Telur Mata Goyang perrrrghhhhh!!! Nah, I belanja gambar yang masak cendawan ni + yang kitorang masak masa dekat kampung. Balik kampung memang jawab dia gemok la. Makan je kerja-kerjanya. Aaaaaaadoi
Sambal Air Mata Cendawan. Nak resepi ke? OK. Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih, belacan + ikan bilis. Tumis. Lepas tu masukkan la sedikit serbuk kunyit. Kalau ada daun kunyit or serai, boleh masukkan time ni. Lepas tu masukkan air sampai kering dalam 2 kali supaya makan pedas but tak sakit perut. Perasakan dengan garam and gula and masukkan cendawan. Tips nak sedap, last sekali masukkan santan kotak dalam 2 sudu. Tunggu sampai santan tu menyerap masuk dalam sambal and it's donnnnnnnneeee!
Masak Lemak Cili Api Cendawan With Pisang Muda. Masak je sama macam masak lemak cili padi korang tu. Pisang tu kena rebus asing. Masukkan pisang ni sekali dengan cendawan. Memang menyingkuh makan. Bersilang-silang tangan.
Sup Cendawan ni pon nothing fancy. Tumbuk bawang merah, bawang putih. Lepas tu tumis and masukkan Perencah Sup Sayur Adabi. Masukkan air + fishball + cendawan and I campakkan Lada Kecik seketul-seketul macam tu. Salt to taste. Siap!
Sambal Tomato.
Lawan dengan Ikan Talapia Goreng. Ikan Talapia ni salut dengan tepung gandum + air je.
Sapa ingat yang I pernah phobia makan Ikan Talapia? Hahahahaha. Selepas almost 5 years, baru la I boleh makan balik Ikan ni, tu pon syarat dia kena goreng garing-garing. Kalau lembik-lembik I kenot lagi. Boleh baca dekat sini. Makan panas-panas sedap la Ikan ni. Mak cakap dia beli sekor seplohengget. Tau la kan, Ikan Talapia ni kekadang dia ada rasa macam sampah sikit. Sampah ke sebenarnya? Macam ko penah makan sampah pulak kan yang tau rasa sampah macam mana. Hahahahaha. But, Ikan Goreng mana pon kalau makan panas-panas memang sedap. I kalau Ikan Goreng + Kicap Manis pon dah cukup dah. Tingat dulu masa kecik, kalau Arwah Ayah suruh bagi kucing makan, I letak Ikan Bilis Tumbuk lepas tu gaul dengan Nasi and Kicap. Tak cukup diri sendiri suka makan kicap dengan kucing pon I drag sama makan kicap. Hahaha. Sampai satu tahap, kucing I nak makan Nasi kena ada kicap baru dia makan OMGGGGGG. Now kat rumah kitorang ada kucing baru tau? Kaklong letak nama dia Misha Omar. Kemain nama nak penyanyi je. Misha ni pregnant, entah anak sapa taktau la. Shein suka la dengan Misha ni. Abes dikeleknya Shein. Kena balut pon redha je. Kena angkat dekat ketiak, kena paksa tidor atas riba dia. Kekadang Misha rimas, dia lari. Shein ikut je mana si Misha ni pergi sampai keliling rumah. Hahahahaha
-eNd-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surayasulatin.blogspot.com/2019/03/masak-apa-tu.html