Masa Untuk Membuat Penilaian Dan Penjajaran



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Perdana Menteri telah dua kali memberi markah kepada KabinetMEMANDANGKAN Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah berusia setahun dan banyak penilaian  telah dibuat oleh pelbagai pihak, termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sendiri maka eloklah satu tindakan susulan yang menyeluruh dibuat.
Pada 6 Mei lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa beliau memberikan markah 50 peratus kepada anggota kabinet berbanding 40 hingga 50 peratus lima bulan sebelumnya.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Tetapi sebelum saya meneruskan perbincangan tajuk ini, izinkan saya membuat sedikit penjelasan mengenai analisis saya bertajuk “Kerajaan PH Terdedah Kepada Sabotaj” yang  tiba-tiba menular (viral) di media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Ini rencana lama. Ia ditulis dan disiarkan dalam Blog saya pada 20 Oktober lalu – lama sebelum kerajaan PH menyambut ulang tahun pertamanya 9 Mei lalu.
Walaupun bukan perbuatan saya menyebar semula rencana itu, namun saya memohon maaf seandainya timbul kekeliruan dan kegusaran akibat merebaknya tulisan itu.
Kalau boleh, izinkan saya mencadangkan kepada penggiat media sosial agar melawat Blog saya bagi memperoleh maklumat terbaru dan terus. Kadang-kadang berita yang ditulis semula dan disiarkan oleh media masa tidak berapa tepat dan bukan yang terbaharu.
Berbalik kepada keperluan PH membuat penilaian komprehensif dan menjajarkan semula janji-janji pilihan raya umum (PRU), dasar, rancangan dan pelantikannya, saya yakin ia boleh membantu memulihkan semula keyakinan dan sokongan orang ramai.
Mana-mana janji PRU, dasar dan rancangan yang tidak sesuai, tidak praktikal dan bertindih hendaklah dipinda atau digugurkan langsung.
Janji PRU, dasar dan rancangan adalah ciptaan kita sendiri. Jadi kita janganlah terlaku terikat atau terpenjara kerananya.
Lagipun, janji-janji itu kita rangka ketika kita pembangkang di mana banyak maklumat adalah tidak lengkap atau tidak tepat.
Sekarang kita tahu keadaan sebenar yang nyata lebih buruk daripada yang kita jangkakan maka kita berhak dan wajib membuat penyesuaian.
Prestasi Menteri
Begitu juga dengan watak-watak yang kita lantik untuk menganggotai Kabinet atau menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri dan Ahli Majlis Kerja (Exco) kerajaan negeri.
Jika ada yang masih merangkak dan meraba-raba setelah setahun diberi peluang dan tanggungjawab maka adalah kewajipan kita meminta mereka memikirkan semula kedudukan mereka dan, jika mereka berasa perlu, mengundurkan diri secara sukarela supaya orang lain boleh dilantik menggantikan mereka.
Saya rasa masa setahun sudah cukup lama. Mungkin tidak kepada penjawat tetapi bagi rakyat jelata yang menaruh harapan, ia mungkin macam selama-lamanya.
Setahun – 12 bulan, 52 minggu dan 365 hari – adalah cukup lama bagi mereka kerana mereka mengharapkan perubahan dan pembaikan apabila mereka mengundi parti kita.
Kita hanya mampu memberi pandangan dan menaruh harapan. Selebihnya adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri untuk memikirkan tindakan sewajarnya.
Beliau tentu lebih arif kerana beliau sendiri memberi markah 50 peratus sahaja kepada anggota kabinet beliau.
Pada fahaman saya, ini adalah markah purata. Ada yang bawah 50 dan ada yang atas 50. Yang bawah daripada 50 itu bolehlah dijadikan sasaran untuk diganti.
Rakyat jelata, khususnya yang mengundi PH, berhak untuk membuat penilaian siapa yang pada pengetahuan dan pandangan mereka, berjaya atau gagal memenuhi aspirasi mereka.
Pegawai Tadbir
Begitu juga dengan lantikan penting dalam Perkhidmatan Awam, agensi amanah dan syarikat berkaitan kerajaan.
Ada kakitangan awam yang masih setia kepada bos lamaSemua orang tahu ramai pegawai tinggi lantikan kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional (BN) masih dalam jawatan masing-masing. Malah ada yang dinaikkan pangkat kerana mereka layak atau kerana proses kenaikan pangkat biasa.
Kita juga tahu, ada saki baki lantikan bekas kerajaan BN yang masih setia kepada bos lama atau terikut-ikut cara dahulu.
Secara langsung dan tidak langsung mereka ini bersekongkol mensabotaj kerajaan PH demi mengekalkan jawatan masing-masing.
Ini adalah kerana mereka tahu bahawa hanya dengan cara itu saja mereka boleh melindungi dan merahsiakan keterlibatan masa lampau mereka.
Pada dasarnya, Perkhidmatan Awam adalah berkecuali dan setia kepada kerajaan yang memerintah – the government of the day.
Tetapi virus kerajaan kleptokrasi telah menjangkiti darah daging sebahagian daripada mereka akibat rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Ramai yang menggunakan “reversed psychology” dengan mendakwa mereka dianaktirikan dan dianiaya oleh kerajaan PH.
Sudah sampailah masanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bekerjasama dengan kerajaan membuang virus ini supaya cabang eksekutif dan pentadbiran boleh berganding bahu berkhidmat untuk negara dan rakyat jelata.
Pengurusan GLC
Begitu jugalah dengan pengurusan agensi Amanah dan GLC serta GLIC. 
Mana-mana yang tidak sehati dengan kerajaan PH atau berasa kurang layak eloklah mengundurkan diri.
Tidak terkecuali adalah ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan yang dilantik oleh PH sendiri.
Perdana Menteri mahu gaji kakitangan GLC lebih seimbangSekiranya mereka didapati tidak memenuhi syarat dan aspirasi lantikan mereka, kerajaan wajiblah berterus terang dan menasihatkan mereka agar berundur atau disingkirkan.
Tindakan yang sama perlu diambil ke atas ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan yang mengutamakan kepentingan peribadi daripada organisasi atau yang terlibat dengan jenayah korporat.
Kita dapati ada anggota pengurusan kanan yang membayar diri mereka sendiri gaji, elaun dan kemudahan yang berpuluh juta ringgit nilainya setahun sedangkan gaji kakitangan bawahan adalah pada kadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Amalan dan tabiat ini amat tidak secocok dengan saranan Dr Mahathir di persidangan “Invest Malaysia” Mac lalu agar pengurusan berkongsi keuntungan secara lebih adil dan saksama dengan pekerja.
Mana-mana pengurusan yang mengambil jalan mudah memberhentikan pekerja bagi mengurangkan kos dan mengekalkan keuntungan wajib dianggap sebagai pengurusan yang lemah dan gagal.
Kesimpulannya, setalah setahun memerintah, kerajaan PH wajib menilai semula keberkesanannya dalam konteks janji pilihan raya dan aspirasi rakyat jelata dan melakukan penyesuaian.
Saya amat yakin majoriti rakyat jelata boleh menerima realiti semasa jika kerajaan bertindak secara bijaksana, telus dan terbuka.
Tetapi mereka akan hukum kita kalau kita bertindak defensif, memutar-belitkan fakta dan cuba menegakkan benang kering.
Ingatlah, benang kering akan bertiup dalam angin dan tidak berguna. Tetapi benang basah boleh dipintal hujungnya dan dimasukkan ke dalam lubang jarum untuk menjahit kain yang koyak.
Wallahuaklam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/05/masa-untuk-membuat-penilaian-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ujian Muat Turun Zte Axon 10 Pro 5g Diperlihatkan 1 6gb Dalam Masa 20 Saat

Ujian Muat Turun Zte Axon 10 Pro 5g Diperlihatkan 1 6gb Dalam Masa 20 Saat

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 224 hits
ZTE Axon 10 Pro 5G adalah peranti mercu ZTE tahun ini Kehangatan peranti ini tidak sehebat peranti lain mungkin kerana jenamanya yang kurang popular dan ia sukar untuk dibeli Namun ia tidak menghalang pihak ZTE untuk terus memberi kejutan k...
Sikap Kadir Jasin Bahaya Kepada Masa Depan Ph

Sikap Kadir Jasin Bahaya Kepada Masa Depan Ph

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 335 hits
Baik dari kalangan menteri kabinet atau pemimpin PH yang jelasnya tidak ada yang terlihat tampil memberi sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad dalam isu perbalahannya dengan Istana Johor sekarang ini Ini memberi gambaran bahawa Tun Mahathir ...
12 Bulan Tempoh Singkat Kerajaan Perlu Lebih Masa Untuk Laksanakan Manifesto

12 Bulan Tempoh Singkat Kerajaan Perlu Lebih Masa Untuk Laksanakan Manifesto

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 277 hits
foto sumber internetALOR SETAR Dua belas bulan merupakan satu tempoh yang sangat singkat untuk kerajaan Pakatan Harapan Kedah melaksanakan semua manifestonya namun kerajaan negeri tidak pernah berhenti berusaha untuk menunaikan semua janji ...
S Pura Mungkin Cuba Lengahkan Masa Dalam Isu Air Daim

S Pura Mungkin Cuba Lengahkan Masa Dalam Isu Air Daim

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 332 hits
foto sumber internetPengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin percaya bahawa Singapura mungkin akan melengah lengahkan masa dalam pertikaian perjanjian air dengan Malaysia memandangkan republik itu sedang membangunkan bekalan airny...
Google Membawa Sokongan Kapsyen Masa Nyata Untuk Semua Media Terus Pada Telefon Anda

Google Membawa Sokongan Kapsyen Masa Nyata Untuk Semua Media Terus Pada Telefon Anda

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 241 hits
Google pada hari ini sedia menawarkan sokongan kapsyen atau sari kata pada video video YouTube sekaligus memudahkan lagi pengguna dengan masalah pendengaran menikmati kandungan berkenaan Pada acara Google I O 2019 Google berkongsi visi dala...
Neelofa Pernah Cuba Islamkan Saya Masa Di Rome

Neelofa Pernah Cuba Islamkan Saya Masa Di Rome

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 243 hits
Baru baru ini umat Islam mendapat perkhabaran gembira apabila pengarah dan penerbit Michael Ang mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu The post appeared first on
Guna Cara Ini Jadikan Membuat Tart Nenas Kerang Semakin Mudah

Guna Cara Ini Jadikan Membuat Tart Nenas Kerang Semakin Mudah

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 856 hits
Guna Cara Ini Jadikan Membuat Tart Nenas Kerang Semakin MudahTART NENAS KERANG
Nostalgia 8 Atribut Ramadan Masa Kecil Yang Mendadak Bikin Kangen Puasa Jadi Nggak Lemes

Nostalgia 8 Atribut Ramadan Masa Kecil Yang Mendadak Bikin Kangen Puasa Jadi Nggak Lemes

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 350 hits
Coba cek seberapa aktif kamu waktu kecil dulu Masa itu adalah masa masa di mana lapar ngga terasa dan tarawih ngga pernah capek
Air Nabeez Memulihkan Tenaga Sesuai Diambil Masa Sahur Mudah Sahaja Penyediaannya

Air Nabeez Memulihkan Tenaga Sesuai Diambil Masa Sahur Mudah Sahaja Penyediaannya

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 522 hits
Air nabeez ialah minuman yang diambil Nabi Muhammad SAW Ia dikatakan dapat memulihkan tenaga sesuai diambil ketika bersahur Memberikan tubuh nutrien daripada bahan semula jadi adalah perkara yang terbaik yang boleh dilakukan sepanjang Ramad...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint